Jumaat, 22 Februari 2013

Bagi Umno tak dapat cekup kepala dapat tarik kaki pun jadi la

Bila baca berita ni saya ketawa kerana beginilah sikap Umno bila tersepit.Tersepit ja cari Pas.Lepas tu bila gayung pulak bersambut dalam gelap tu yang pemimpin Umno nak sangat peluk Pas.Tak dapat cekup kepala dapat tarik kaki pun dah kira ok hahaha
Syok lagi tu walaupun Pas dituduh parti ajaran sesat,undi Pas kapir macam lebai pondok pro Umno kata masih ada yang syok nak peluk cium Umno.Ni lagi teruk pada Umno!Macam orang bercinta pulak taik hidung pun tak rasa masin,taik ayam pun kata gula,mandi tak basah tidoq pun tak lena.
Tiap-tiap malam TV3 siarkan berita burukkan Pas dan PR tapi dalam masa yang sama ada mangkok hayun  Umno masih mau peluk Pas.Gila macam ni masuk hospital mental pun tak boleh lega.Syabas ust Ahmad Awang!
Mubarak Perak: Dendam punca Pas tolak pelawaan Umno bersatu-Sinarharianonline
Penyatuan Pas dan Umno hampir berlaku di Perak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dengan membentuk kerajaan negeri secara bersama.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, Datuk Saharuddin Abd Jabbar berkata, penyatuan yang diharapkan bagaimanapun ditolak mentah-mentah oleh Pesuruhjaya Pas Perak ketika itu, Ahmad Awang.

Menceritakan detik-detik yang hampir mencipta sejarah itu, beliau bersama empat lagi pimpinan tertinggi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) ketika itu mengadakan pertemuan di Pejabat Perhubungan Pas Perak pada Mac 2008.

“Ketika kami sampai di pejabat Pas, kami disambut dengan baik malah sempat menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

“Selepas solat, kami memulakan rundingan berkenaan. Malangnya, Ahmad bertegas tidak mahu bekerjasama dengan Umno sebaliknya rela bersama DAP,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Baca semua di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan