Khamis, 21 Februari 2013

Ketua Wanita Umno Selangor bertambah kaya

Jangan duduk dalam Umno kalau takat jadi kucing kurap.Kepada penagih parti Umno dan yang duduk di luar parti Umno buat kerja untuk menangkan Umno,jadi barua Umno apa dapat kalau tak kaya macam Ketua Wanita Umno Selangor.Rugi laa..

PKR dakwa Raja Ropiah dapat durian runtuh tambahan

PKR mendakwa Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah memperolehi lebih banyak "durian runtuh" tambahan menerusi urusniaga penjualan tanah yang didakwa tidak didedahkan kepada Bursa Malaysia.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, ia merupakan tambahan kepada bayaran RM130 juta oleh syarikat Boustead Holding Bhd kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang dimiliki Raja Ropiaah itu.

Menurut Rafizi dakwaan itu adalah berdasarkan penelitiannya terhadap dokumen satu syarikat yang dinamakannya sebagai Bakti Wira Sdn Bhd dengan dokumen syarikat Awan Megah Sdn Bhd dan juga dokumen syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.

Rafizi mendakwa, beliau menyaksikan dokumen berkenaan pagi ini dalam kapasitinya sebagai seorang pemegang saham minoriti.

Rafizi mendakwa, Bakti Wira merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad yang dimiliki secara langsung oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Antara durian runtuh yang dimaksudkan Rafizi itu adalah:

1. Kontrak RM15 juta kepada Awan Megah tahun lepas oleh Kementerian Pertahanan walaupun Awan Megah gagal menyiapkan Puspahanas.

2. Awan Megah kekal memiliki 23.2 ekar tanah di Shah Alam yang bernilai jutaan ringgit.

3. Boustead membayar pendahuluan RM4 juta kepada Raja Ropiaah untuk membeli 20 peratus saham dalam Astacanggih.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi melontarkan cabaran kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menyamannya berhubung dakwaan-dakwaannya itu.

Katanya, beliau hanya menerima surat tuntutan dari Zahid Hamidi berhubung dakwaannya sebelum ini.
"Saya tak sabar nak tunggu Zahid Hamidi mempertahankan dirinya dalam mahkamah kelak," kata Rafizi.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi pihak berkaitan berhubung dakwaan berkenaan.-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan