Ahad, 24 Februari 2013

BR1M jadi Broom bila P.Bala kata akuan bersumpah kes bunuh Altantuya yang pertama tu ori

Najib Razak  syok tengok rakyat sampai ada yang cium tangan dan janji akan undi BN bila dapat duit BR1M.Berita pun dari Bernama kalau tak bodek dan up Najib berita apa yang ada pada Bernama.Jadi alat Umno ja kerjanya.Janji ditepati jadi janji ditaburi bagi duit suruh undi BN!

Syok-syok juga Najib oii tu P.Bala yang baru sampai dari Cennai , India sudah tentu buat Najib ketaq lutut dan bertambah letih la nak umum tarikh pru 13.Najib cuba alih isu Deepak dan P.Bala dengan kata undi PR boleh rosak akidah, dibantu oleh Mufti Perak yang kata Pas lebih teruk daripada orang kapir..ni tak lain tak bukan nak tutup isu yang babitkan diri beliau dengan kes Altantuya.

Hasan Ali tiga line,Braheng Ali dan pak yet Umno takkan tak mau bela Najib dalam isu Bala dan Deepak yang kata macam-macam kat Najib.Kata pejuang Melayu dan Islam.Dapat duit Br1m semua pakat seronok tapi dalam kes dakwaan Deepak dan Bala tak ada sekoq pun yang mau tolong Najib.Duit dah dapat takkan tak tolong.

Muhyiddin tentu ketawa dan gelak sampai telinga kerana Bala dah balik Malaysia dok mimpi peluang nak jadi Pm makin cerah, mimpi Najib letak jawatan sebagai PM:-)

Skandal Altantuya;P.Bala pulang ,sedia bekerjasama dengan Deepak-Keadilandaily.com

Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang menghilangkan diri sejak 2009 dan pulang hari ini, sedia bekerjasama dengan Deepak Jaikishan bagi merungkai misteri pembunuhan Altantuya Shariibuu walaupun mengakui keberatan untuk berbuat demikian.
“Saya tak bercadang kerjasama dengan orang lain. Tapi jika dia (Deepak) datang kepada saya dan mahu bekerjasama, saya okay. Tapi, saya tak akan pergi kepadanya.
“Kerana SD (akuan bersumpah) pertama adalah benar. Saya ada semua maklumat, saya tahu semua,” katanya pada sidang media selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi, apabila ditanya pemberita mengenai kemungkinan itu.
Bala1Beliau  tiba di KLIA kira-kira jam 6.30 petang tadi dari Chennai, India selepas menghilangkan diri sejurus selepas membuat akuan bersumpah kedua pada 4 Julai 2009.
Pada sidang media itu, Bala turut bersumpah atas nama kitab suci Hindu, Bhagavad Gita bahawa kandungan akuan bersumpah pertama benar manakala akuan bersumpah kedua, palsu.
“Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka,” katanya sambil menjulang kitab itu, sambil memohon maaf kerana membuat akuan bersumpah kedua hingga menimbulkan masalah kepada banyak pihak.
“Minta maaf kerana buat akuan bersumpah kedua. Minta maaf atas segala masalah yang timbul. Ia tidak benar,” katanya.
Ditanya mengenai Flora Ong, wanita yang dinamakan Deepak sebagai memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan membolot kontrak lumayan serta hampir mengalami ‘nasib sama’ dengan Altantuya, ia tidak dijawab Bala, sebaliknya  R Sivarasa mencelah.
Ahli Parlimen Subang itu berkata: “Lebih baik ditanya kepada Deepak. Tak perlu tanya Bala. Flora adalah urusan Deepak.”
Bala2Bala kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menanti kepulangannya dan tidak menjangka menerima sambutan demikian di KLIA.
“Terima kasih semua. Saya tidak sangka terima sambutan sebegini. Saya sangat gembira,” katanya yang kelihatan sedikit sebak.
Ketibaannya disambut lebih 60 orang,  antaranya Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan peguam, Americk Sidhu.
Sementara itu, Badrul Hisham berkata, SAMM akan mengadakan sidang media bersama Bala pada jam 8 malam pada 27 Februari di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
“Ia pentas pertama penampilan Bala untuk bercakap i hadapan rakyat Malaysia,” katanya.-Keadilandaily.com

Tujuan pulang untuk bersama rakyat lakukan perubahan, kata Bala-M'insider

 P Balasubramaniam berkata kepulangannya ke tanahair adalah kerana mahu bersama-sama rakyat Malaysia lakukan perubahan untuk menukar kerajaan yang dianggapnya sebagai korup pada Pilihanraya 2013 yang dijangka tidak lama lagi.
Balasubramaniam merupakan salah seorang saksi dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantunyaa Shaariibuu pada 2008 dan mencetus kontroversi selepas menukar Pengakuan Bersumpah (SD) sehari selepas membuat pengakuan yang pertama.
“Saya pulang kerana mahu bersama rakyat Malaysia.
“Kita perlu menukar kerajaan yang korup ini, kita perlu tukar. Jika kita biarkan berlanjutan 50 tahun lagi, negara kita akan teruk,” kata Subramaniam yang baru tiba dari India hari ini.
Dalam laporan media awal minggu lalu, Balasubramanian telah menyatakan hasratnya secara terbuka untuk pulang ke Malaysia dan menetap secara tetap serta pada masa membantu Pakatan Rakyat (PR) berkempen dalam pilihan raya nanti.
Apabila ditanya mengapa sekarang baru pulang ke Malaysia, Balasubramaniam berkata beliau mendapati sokongan dan kebangkitan rakyat Malaysia untuk menentang kerajaan sebagai salah satu keyakinan buat dirinya untuk pulang ke Malaysia.
“Sepanjang saya di luar negara, saya ada memantau tentang perkembangan politik di Malaysia.
“Saya lihat rakyat Malaysia telah bangkit dan berani melawan kerajaan,” tambah beliau lagi.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini, penyiasat persendirian itu bersumpah secara terbuka mengatakan SD pertamanya adalah tulen dihadapan kira-kira 50 penyokong PKR yang menanti kepulangannya selepas beberapa tahun menghilangkan diri diluar negara.
“Di hadapan kitab suci agama Hindu (Bhagaravad Gita) ini, saya bersumpah bahawa Pengakuan Bersumpah yang kedua adalah tidak benar tetapi yang pertama tersebut adalah benar,” ujar Balasubramaniam.
Beliau juga sekali lagi menegaskan kepada wartawan bahawa SD kedua yang ditandatanganinya ketika itu adalah secara paksaan dan bukan sukarela.
“Semasa insiden yang berlaku pada malam itu, saya terpaksa menukarnya kerana bimbang tentang keselamatan keluarga dan diri saya.
“Saya minta maaf dengan masalah selepas SD kedua itu, tapi ingin saya ulangi disini SD kedua adalah bukan pengakuan yang sebenarnya,” kata Balasubramaniam lagi.
Balasubramaniam yang tiba seorang diri tanpa ditemani ahli keluarganya yang masih berada di India kelihatan tenang dan mengulangi pendiriannya untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya 2013.
Selain itu, Balasubramaniam juga berkata kekesalannya meninggalkan negara secara tergesa-gesa sebaik menandatangani SD kedua memandangkan situasi ketika itu memaksa dirinya untuk melakukan demikian.
“Selepas kejadian dan ugutan yang saya dan keluarga, tiada jalan lain selain keluar dari Malaysia,” ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, apabila ditanya tentang pendedahan oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan yang mengatakan membantunya dalam mendrafkan SD kedua, Balasubramaniam mengatakan perkara tersebut adalah benar dan tidak perlu disembunyikan lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan