Selasa, 19 Februari 2013

Penyamun ditembak,rakyat dilanyak,penceroboh negara bawa senjata?

Baca-baca betul laporan daripada Utusan Meloya dalam versi berbeza
Ketua geng samun kereta mewah mati ditembak

IPOH 18 Feb. - Seorang ketua kumpulan samun kereta mewah di sekitar Manjung mati ditembak selepas dikejar polis berhampiran Kampung Baru menghala ke Sungai Wangi, Ayer Tawar dekat sini awal pagi semalam.
Lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Taman Sungai Wangi dekat sini itu turut dikehendaki polis kerana terlibat dalam satu kes bunuh di Sitiawan tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, sepasukan polis yang sedang membuat tugasan pencegahan jenayah di daerah Manjung terserempak dengan suspek menaiki kereta Naza Citra berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 4 pagi.
Menurut beliau, anggota polis terlibat kemudian mengejar kereta tersebut dan cuba menahannya namun suspek enggan berhenti dan terus memecut kenderaannya.-Utusan Meloya

Kumpulan Bersenjata setuju berundur

LAHAD DATU 17 Feb. - Kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang menceroboh masuk Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini.
Bagaimanapun kumpulan berkenaan meminta untuk berjumpa dengan personaliti tertentu sebelum pulang ke negara asal mereka.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya sedang berusaha membawa individu berkenaan untuk membolehkan proses pengusiran dijalankan secepat mungkin.
Beliau enggan mendedahkan personaliti berkenaan tetapi mengesahkan Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini yang tidak diketahui tarikhnya.
"Tidak perlu saya kata lagi kerana sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik. Kita tidak buat rundingan dengan mereka lagi kerana apa yang dituntut di luar jangkauan kita," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid.
Kenyataan tersebut sekali gus menolak laporan media Filipina sebelum ini yang menyatakan bahawa kumpulan itu enggan berganjak daripada kawasan terbabit.
Selasa lalu kumpulan bersenjata itu yang menceroboh masuk Lahad Datu menuntut supaya rakyat etnik Sulu yang berada di negeri ini tidak dihantar pulang ke negara jiran itu.
Tambah Hamza, pada masa ini polis sedang merangka strategi untuk menghantar kesemua penceroboh berkenaan ke negara asal mereka secepat mungkin.
Dalam pada itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mendakwa keadaan keselamatan di Lahad Datu, terutama di kawasan diduduki penceroboh itu tidak terkawal sehingga menimbulkan kebimbangan.-Utusan Meloya

Ini nasib rakyat Malaysia  yang lawan BN hanya berbekalkan botol air dan garam

Ceroboh perairan negara bawa senjata dapat layan bukan main bagus.Benarkah mereka bersenjata?Ini juga satu persoalan.Mana gambar cuba tunjuk mai.

1 ulasan:

  1. Da tunjuk gambar dorang bawa senjata..tu pn klu hang ni update..klu x mmg x nmpk la gbr tu..lgpn pencerobohan ni anwar yang dalang..jd org2 anwar ni layak disepak terajang..ntah apa yg d perjuangkannyer sampai mati2 nk lawan kerajaan..xde motif perjuangan..menyusahkan ryt je..

    BalasPadam