Isnin, 21 November 2011

Woit! bola pun mau politik ka, jangan cakap bodoh la

Pakatan racun peminat Indonesia benci Malaysia-Malaysiakini

Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.

NONE"Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.

"Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.

"Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya ‘Maling’ yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012,  kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi  perlawanan akhir malam ini.
Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan.-Malaysiakini

Main bola di negara Indonesia bukan di negara sendiri.Team kampung lawan dengan kampung lain pun ada sentimen.Jangan cakap bodoh la woii.Kelantan lawan Terengganu , Perlis lawan Kedah pun ada sentimen ini perkara biasa dalam apa saja sukan bukan saja bolasepak.


Lembu taja lembu buat Umrah,lembu dalam kondo berak taik cair

Zaman sekarang saman mulut dah tak laku.Takat bagi warning suruh tutup mulut orang buat deeeek ja ha ha.Kesian Sharizat Ketua Wanita Umno.CEO NFC sedang berbincang nak saman pemimpin PKR kerana bongkar rahsia beli kondo mewah duit rakyat bernilai RM9.8 juta.Hingga kini hanya saman mulut saja yang ada.Macam mana nak saman yang dedah orang dalam sendiri ha ha.Orang dari dalam kandang lembu buka rahsia.Kalau tidak macam mana boleh tahu  ke mana duit lembu RM250 juta dibelanjakan.

Kini setelah dibongkar duit untuk projek lembu RM250 juta diguna untuk beli kondo mewah pemimpin PKR bongkar lagi kata duit projek lembu tu taja keluarga Shahrizat buat Umrah di Mekah! Memang tak makan saman betul la .Kerajaan Bn suruh tutup mulut la kenapa dibongkar lagi ke mana wang lembu tu dibelanjakan.Kenapa buat lembu dalam kondo berak taik cair?

Macammana nak buat pilihanaraya lembu dalam kondo asyik kena penyakit cirit birit dan berak cair.Penyakit ni tak akan lega hingga selesai pru 13.Panggillah buat pru sekarang nak tengok jadi macam mana hihi.Rakyat sedang menanti pru 13 diumumkan dah tak sabar nak humban lembu dalam kondo dan lembu-lembu yang pertahankan lembu dalam kondo!Tempat kenduri orang PR dan Umno bersatu sembang tajuk lembu dan mereka buat keputusan bahawa mereka tak mau jadi pencacai kepada segala lembu yang pelingkup wang rakyat.

NFC biayai RM32,000 pakej umrah suami, anak Shahrizat-KeadilanDaily 

 KEADILAN membongkar pendedahan lebih mengejutkan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Pembiayaan umrah melibatkan suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini.
“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Ahli Parlimen Machang itu.
Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang turut membongkar pelbagai penyelewengan NFC sebelum ini.
Menurut Saifuddin, KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam itu datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.
Selain perbelanjaan bersifat peribadi menggunakan dana awam, lebih membimbangkan pelbagai urus niaga dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura.
Justeru, KEADILAN menggesa supaya Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) dan polis menyiasat segala urus niaga antara NFC, National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) dengan syarikat-syarikat di Singapura.
Menurut Saifuddin, dua syarikat tersebut ialah Global Biofuture Pte Ltd dan Meatworks Singapore Pte Ltd.
Global Biofuture Pte Ltd terlibat dalam urus niaga makanan dan bahan api. Semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan pasar raya di Singapura dan disyaki terlibat sebagai ejen untuk mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan kepada NFC.
Semakan KEADILAN juga menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.
KEADILAN percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal RM250 juta kepada pelbagai syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai Global Biofuture di Singapura.
Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat di Singapura.
Semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815.
Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC yang mendapat dana sebanyak RM250 juta gagal memenuhi matlamat dan mencapai sasaran untuk membekalkan keperluan daging lembu tempatan.
NFC gagal membiak 8,000 lembu, jauh menepati sasaran iaitu 60,000 lembu setahun.
Pimpinan KEADILAN turut mendedahkan RM116 juta dari peruntukan itu dilabur dalam simpanan tetap yang memberi pulangan atas angin kepada syarikat berkenaan sebanyak RM666,952.96.
KEADILAN juga mendedahkan ahli keluarga Shahrizat memboroskan RM827,579 dari peruntukan projek lembu itu untuk melancong ke luar negara pada 2009.
Lebih mengejutkan, NFC turut membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar sebagai bayaran kepada National Mear and Livestocks Crporation yang juga dimiliki keluarga Shahrizat.
Bagaimanapun, Mohamad Salleh dalam satu kenyataan minggu lalu berkata harga sebenar kondo berkenaan ialah RM13.8 juta dan digunakan bagi tujuan pelaburan.-KeadilanDaily.com


Umno -BN for sale

BN masih relevan :PM-Berita Harian Online

Datuk Seri Najib Razak berkata, jenama Barisan Nasional (BN) masih relevan dan diterima rakyat, khususnya di kalangan generasi muda tetapi usaha mesti diteruskan bagi memastikan pengisian produk dan perkhidmatannya memenuhi kehendak dan keperluan golongan berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kejayaan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 (BNYJF) yang mendapat sambutan di seluruh negara dengan program kemuncak semalam membuktikan jenama BN terus mendapat sokongan dan sambutan.

 BN masih mendapat sambutan tetapi bergantung kepada produk dan perkhidmatan yang dikaitkan dengan BN. Jika ada pihak yang sangsi BN tidak boleh dipasarkan lagi, ia tersasar dan meleset kerana BNYJF mendapat sambutan.

“Oleh itu untuk mendapat sambutan pada tahap tinggi, maka kena kaitkan jenama itu dengan produk dan perkhidmatan yang baik,” katanya pada majlis penutup BNYJF, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.


Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata, jika konsep sama diterjemahkan dalam pilihan raya, jenama BN perlu dikaitkan dengan calon boleh menang untuk memastikan kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sudah 54 tahun produk jenama Umno-BN di pasaran.54 tahun tak boleh bagi air percuma .PR perintah baru 3 tahun di Selangor boleh bagi air percuma.Boleh laku lagi ka produk jenama BN ni?Bela lembu rugi RM250 juta.Adakah ini perkhidmatan terbaik.Pelingkup sahama RM52 bilion untuk Melayu-Bumiputera.Adakah ini produk yang bagus untuk terus digilap?MAS kena telan dengan AirAsia yang untung kroni yang pandai pusing saham Mas jatuh saham AirAsia naik mencacak. Siapa yang dulunya pemimpin Umno didakwa telan duit untuk orang miskin PPRT RM40 juta tu pun masih kata Umno-BN produk yang masih laku di pasaran.

Umno-Bn juga adalah produk penipu di pasaran kerana produk ni kaki pembohong kepada rakyat.Cakap berdegar-degar kata akta zalim telah dihapuskan tapi dalam masa yang sama tangkap rakyat di bawah akta ISA sebelum gubal akta baru ganti ISA.So jangan terpedaya lagi dengan janji-janji pembaharuan oleh pemimpin BN.Berapa kali lagi mau tipu rakyat?Mereka , Umno belajar dengan Amerika Syarikat untuk halalkan pembunuhan umat Islam di Iraq, Libya, Afghanistan dengan membohong kata negara-negara tersebut sarang pengganas dan merbahaya.Ini sama dengan kerajaan Umno-BN menangkap umat Islam dan dituduh militan tanpa didakwa di mahkamah.

Ketika Najib dianggap popular Tok Ayah Umno Tun Mahathir kata Umno hadapi masalah cari pemimpin dibayangi tanggapan korup -TheMalaysianinsider antara lain Tun kata, “Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini,” kata beliau sambil menambah, “kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini.”
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak boleh mengharap sahaja tetapi perlu bertindak bagi menjaga kedudukan mereka. 
“Mereka kena berusaha dan saya berpendapat masalah paling besar adalah perpecahan orang Melayu. 
“Sekarang ini keadaan terbahagi kepada tiga pihak, mungkin Umno yang paling besar,” katanya lagi. Kata beliau, 
“katakanlah Pakatan Rakyat dapat undi lebih daripada kita sekarang, itu pun sudah membahayakan.”

Apa agenda Hasan Ali?

Injil solar bukan punca murtad akui Himpun-M'insider

Penggunaan kitab Injil yang didakwa bersumberkan kuasa solar sebagaimana didedahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali minggu lalu bukan faktor utama menyumbang kepada isu murtad di negara ini, kata Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Minggu lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan pendirian bahawa kenyataan Hasan (gambar) bahawa umat Islam di Malaysia boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim.
“Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang ‘the power of reading the Bible’ seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,” kata Asri.
Ketika dihubungi, Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid memberitahu The Malaysian Insider, penggunaan gajet canggih seperti itu kemungkinan salah satu kaedah digunakan untuk memurtadkan umat Islam, tetapi yang utama jelasnya wujud gerakan untuk memurtadkan Muslim itu sendiri.
“Apa yang lebih utama adalah untuk mengenal pasti gerakan memurtadkan orang Islam kerana itu lebih merbahaya,” jelasnya.
“Keutamaan seharusnya diberi ke atas usaha (mengawal) pemurtadan itu sendiri, bukan setakat kaedah dan cara mereka gunakan untuk memurtadkan orang Islam,” kata ketua Himpun, yang mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam, Selangor bulan lalu memfokus agenda menangani gejala murtad.
Bersetuju dengan pandangan Asri, Azmi berkata, dengan peredaran teknologi yang pesat pada masa kini adalah mustahil untuk menyekat penyebaran gajet-gajet yang dikatakan mampu untuk memurtadkan orang Islam.
“Zaman teknologi berkembang pesat, mustahil kita mampu hadkan pengedaran alat berkenaan sedangkan bahan-bahan berkaitan keagamaan sekarang boleh didapati dengan mudah di laman-laman web dan Internet,” jelasnya lagi.
Tegasnya, apa yang penting adalah pemantauan pihak berkuasa ke atas gerakan-gerakan sedemikian yang dipercayai didalangi oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu.
“Masalah ini harus ditangani dengan segera oleh jabatan-jabatan agama, mereka perlu memastikan usaha Kristianisasi Muslim ini dapat diatasi,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, gerakan sedemikian menyasarkan golongan yang lemah, miskin dan hidup susah sebagai mangsa untuk dimurtadkan kerana mereka ini lebih mudah dipengaruhi.
“Gerakan ini akan datang menyalurkan sumbangan dan sebagainya kepada mereka dan kemudiannya atas desakan hidup, mereka berpaling daripada Islam,” katanya.
Dalam kenyataannya, Asri yang kini merupakan Felow Pusat Pengajian Islam Oxford ini berkata di Malaysia, al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, TV, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.
Sebaliknya kata beliau, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca kitab Injil — “solar-powered talking bible”.
“Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Injil. Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh kitab Injil mengatasi al-Quran,” kata beliau lagi.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Sungai Burong Datuk Mohamad Shamsudin Lias, Hasan berkata, ada sesetengah gereja cuba memurtadkan umat Islam dengan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar.
Hasan berkata penganjut Kristian Evangelis menggunakan peralatan canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.
Hasan, pengerusi jawatankuasa yang mengetuai hal ehwal agama Islam berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesan mubaligh Kristian kini menyebarkan kepercayaan mereka menggunakan alat-alat canggih, selain mengadakan kumpulan-kumpulan kebajikan menyediakan wang tunai dan bantuan kewangan lain kepada golongan ibu tunggal dan miskin.
Ia merupakan pendedahan terbaru di sebalik kontroversi berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jais awal Ogos lalu.-M'insider

Jiran depan rumah saya orang Kristian.Sebelah kanan rumah saya Hindu.Selang sebuah rumah lagi sebelah kanan orang Buddha.Saya buat kenduri berkhatan anak saya semalam jemput mereka datang makan, semua mereka datang makan .Mereka tanya, "kenduri apa?"Saya kata ,"kenduri potong lan chow."Lepas makan depa jumpa anak saya hulur duit.Adakah mereka berdakwah kepada anak saya untuk masuk agama mereka?

Jiran saya yang Kristian tu juga kalau buah mangga dia masak selalu hantar ke rumah saya , adakah dia nak berdakwah untuk ajak keluarga saya masuk kristian?Alhamdulillah anak-anak saya tak pernah tinggal solat.Saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT.

Saya bukan duduk dalam kampung yang hanya ada satu kaum saja, bolehlah sembang itu ini untuk jadi point menakutkan orang Melayu supaya benci agama lain tapi saya dikelilingi oleh bangsa dan agama yang berbeza.Bagi saya saya berpegang kepada ayat Al-Quran 'Lakum di nukum wali yadiin'.

Apa agenda Hasan Ali?Adakah penngundi bukan Islam yang pangkah Hasan Ali hingga jadi exco di negeri Selangor ada agenda untuk ajak Hasan Ali masuk agama mereka? 

Pemblog tak bergaji lawan pemblog upahan Umno-BN

Najib sifatkan pemblog pro BN 'askar baru' lawan pembangkang-M'insider

Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan mereka sebagai “askar baru” perikatan tersebut melawan pembangkang.
Pengerusi BN itu berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat.
“Barisan Nasional mengiktiraf anda semua, pengamal-pengamal media sosial. Anda pejuang-pejuang kami, askar baru kami,” kata Najib  selepas melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BN perlu mengadaptasi mengikut perubahan masa dengan menggunakan media sosial jika mahu kekal relevan.
Media sosial menjadi semakin penting dalam arena politik negara ini dengan 11.3 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setakat pertengahan tahun ini.
Najib juga memberitahu peserta konvesyen itu, kebanyakannya pemblog pro-BN bahawa mereka perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia atas talian tentang usaha-usaha diambil kerajaan dan kejayaannya, serta melawan kenyataan-kenyataan pembangkang yang bersifat bohong dan separuh benar.
“Ini adalah peranan pejuang-pejuang atas talian, yang akan meneruskan usaha mereka menggunakan BlackBerry, komputer bimbit dan iPad.
“Jika tidak boleh tangani gelombang ini, kita akan hanyut,” kata Najib.

Mari kita lihat siapa yang akan menang.Kenapa sekarang baru sedar kata hebatnya blogger tak bergaji , FB yang ikhlas lawan BN yang melawan BN di alam maya.Blogger makan upah lawan blogger tak berbayar.Nak siar berita kasi panas tapi tapi baru sama standard dengan TV3, Meloya dan kaum media prima yang berderet-deret.Sudah ada kawalan atas media arus perdana tapi masih kena upah blogger untuk lawan pemblog tak dak gaji.Hebat memang hebat ha ha.

Apa yang bohongnya Haji Express pergi lewat balik cepat...jangan -jangan diri sendiri suka cakap bohong.Sudahla jahil bab agama ..habis wukuf kata dah selesai ibadah haji lepas tu pmblog Umno yang jahil tumpang ikut jahil bila bercakap


Takkan bela 'lembu' dalam kondo mewah tipu?Umno yang bawah-bawah dah mula sedar bahawa selama ni mereka dilembukan oleh lembu yang duduk dalam kondo mewah depa dah mula eeeeeeeeee..kutuk parti sendiri!


Kita lawan semua tak betul kita bantai tak kira PR atau BN.Kita tak ada kepartian yang melampau .Kalu tidak jadi lembu makan rumput yang kenyang lembu dalam kondo.

Dah kalah baru sedar kata betapa bernilainya undi rakyat.Dulu 52 tahun berkuasa kecuali Kelantan sombong dan bongkak.Sekarang dah hilang 5 negeri hilang satu kena samun baru reti nak makan bersila , makan restoran KIMMA kaki jilat BN.

Apa yang separuh masaknya Haji Express , kenapa susu1Malaysia ditarik daripada dijual di pasaran? Takkan ini tak betul ha ha

Sabtu, 19 November 2011

Ingat Umno ingat pembunuhan di Memali, pergi jahanam UG!

Ketika Mufti Perak sibuk menyanyikan lagu evergreen Perpaduan Pas-Umno, hari ini 19 November maka genaplah 26 tahun berlakunya pembunuhan kejam oleh rejim zalim Umno-BN membunuh As Syahid Ustaz Ibrahim Libya (Ibrahim Mahmud) dan murid-muridnya di Kg Memali,  Baling , Kedah tanggal 19 November 1985.Masa tu PM Malaysia ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan TPM ialah Datuk Musa Hitam.As Syahid dan anak-anak muridnya mati ditembak kerana melawan akta zalim ISA.Untuk halalkan pembunuhan tersebut Umno kata Ibrahim Libya pengganas dan penderhaka.Hingga kini Tun Madey yang masih bernyawa tidak sikit pun timbul rasa ingin mohon ampun dan maaf kepada keluarga mangsa pembunuhan kejam oleh rejim Umno-BN.


Anak-anak muda sekelian jika ketika itu anda belum lahir atau masih dalam buaian untuk pengetahuan anda inilah tragedi berdarah paling zalim dan amat kejam yang dilakukan regim zalim Umno-BN terhadap bangsa Melayu yang beragama Islam yang mengajar agama dan belajar agama.Mereka juga dituduh sebagai komunis untuk seleweng fakta demi halalkan pembunuhan ke atas as syahid Ibrahim Libya dan anak-anak muridnya.

Berikut senarai mereka yang dibunuh rejim zalim Umno-BN dan diistihar mati syahid  oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid.

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986

Ingat Umno ingat pembunuhan zalim Umno-Bn di Memali .Ingat sampai bila-bila!Kepada Kerajaan Negeri Kedah yang kini diketuai oleh Pas bersama PR ingat-baik-baik kamu semua tidak akan berjaya jadi MB dan Ecxo tanpa penat lelah dan sanggup mati lawan Umno oleh para pejuang yang terdahulu!

Tahniah kepada mereka yang syahid mati melawan rejim zalim Umno-BN.Pergi mamposlah kepada yang mahu buat kerajaan perpaduan dengan Umno.Ketika kita lemah Umno bunuh kita ,ketika kita baru boleh pegang sikit kuasa Umno mahu memeluk kita.Pergi jahanam dengan kerajaan perpaduan Umno-Pas.UG dengan Umno kita hanya akan jadi lembu Umno.Tengok lagu Memali di sini.

Jumaat, 18 November 2011

Duit hilang dalam simpanan polis , siapa yang curi?

Wang hilang milik suspek 

Ada kesan umpil pada pintu bilik, laci meja pejabat lama IPK Selangor


SHAH ALAM: Wang tunai dilapor hilang daripada simpanan seorang pegawai penyiasat kes samun membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan wang hasil samun suspek kes itu seperti dilaporkan media semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata sebaliknya, wang dilapor hilang RM11,700 itu milik dua daripada tiga suspek dalam kes samun membabitkan AS$300,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) September lalu.

“Kehilangan wang itu yang disimpan dalam dompet, disedari kira-kira jam 2 petang pada 8 November oleh pegawai penyiasat terbabit selepas mendapati terdapat kesan umpil pada pintu bilik dan laci meja pejabatnya di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Sambutan Deepavali Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di sini, semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Presiden MIC Datuk G Palanivel.
Tun Hisan mengesahkan kamera litar tertutup (CCTV) tidak ditempatkan di pejabat itu, kecuali di bahagian bawah bangunan sama.

Menyifatkan insiden itu sebagai serius, Tun Hisan berkata, polis kini menyoal siasat 26 pegawai dan anggota bawahan di IPK Selangor, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang tunai RM11,700 dan dompet terbabit.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 201 Kanun Keseksaan berkait perbuatan pecah masuk pejabat dan cubaan menghilangkan barang bukti.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan wang itu bukan sesuatu dirancang polis bagi melindungi pegawai itu sebaliknya ia insiden jenayah.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab di atas kehilangan wang berkenaan.

“Polis tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pihak yang terbabit sama ada mengambil, melarikan atau menghilangkan bahan bukti berkenaan,” katanya selepas Majlis Kursus Nadwah Ilmiah antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Sabak Bernam, semalam.

Semalam akhbar melaporkan sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai yang dirampas daripada tiga pegawai SPRM yang menyamun tiga pengurup wang asing di KLIA pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis. -Beritaharianonline

Macam mana boleh hilang?Siapa yang curi dan larikan wang tesebut?Ini dalam bangunan polis bukan dalam kedai kopi dan restoran mamak.Takkan kucing makan anak kucing..harimau makan anak sendiri.Macam mana nak siasat?Nak tuduh siapa?Hihi.takkan lembu feedlot kebulur wang sebanyak tu.Betul ka tak kompromi ha ha.Jangan buat lawak.

Siapa tengok duit kalau tak kelabu biji mata dan naik binau memang kompom mati pucuk.Alahhhh ambik pi la bukan nak luak tak sampai RM250 juta pun ha ha.Depa beli bagi lembu duduk dalam kondo berjuta pun tak kisah ni baru RM11700 tak kan nak jadi kudis puuun eeeeeeee lembu makan lagi banyak RM250 jutaaaa

Berbuih-buih mulut lembu media Umno pertahankan lembu dalam kondo

Umno -Bn bernasib baik kerana semua media utama di negara ini dikuasai oleh mereka.Kalau tidak dah lama Umno-Bn berkubur tanpa batu nesan.Berbuih-buih lembu-lembu Umno pertahankan lembu yang duduk dalam kondo mewah RM9.8juta dalam TV3 dan media prima yang dikuasai mereka.Yang penting Makcik Felda dan orang kampung percaya kepada lembu-lembu  yang keluar dalam tv dan media yang dikuasai mereka.

Apa Umno ada tanpa media arus perdana yang cuba jadikan rakyat Malaysia macam lembu-lembu yang mereka pertahankan?Mereka hanya pandai untuk elak serangan pembangkang bukan mahu pihak SPRM dan polis siasat lembu-lembu yang hidup kaya dalam kondo mewah tu.Pihak polis dan SPRM main tarik tali untuk siasat segala lembu yang menjahanamkan duit rakyat.Siasat macam anak lembu menanduk ibu lembu ketika nak hisap susu mak lembu!

Mereka hanya berani jelaskan isu lembu dalam media yang mereka kuasai secara panjang lebar tapi bila diajak berdebat untuk buktikan betapa jahatnya lembu yang tinggal dalam kondo perabih duit rakyat mereka mengelak dengan seribu alasan!Ada telor tapi pengecut! Debat la kalau berani nak takut apa kalau tak salah.

Ketua Wanita Umno kini dah jadi kain lap lantai , hanya pandai buat mulut  buyung tak boleh nak kata apa dah hanya serahkan kepada lembu-lembu yang mula mencacak ekor dalam Tv dan media arus perdana untuk pertahankan Sharizat dan keluarga.

Kerajaan Lidah Biawak Dan Ikut Suka Aku

Amnesty :Tangkapan ISA lawak bagi reformasi Najib-Malaysiakini

Amnesty International hari ini berkata penahanan 13 orang di Tawau, Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 menjadikan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini, untuk memansuhkan undang-undang zalim itu sebagai satu lawak.

amnesty international"Kerajaan Malaysia menjadikan rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lawak apabila terus menggunakannya untuk menahan rakyat sekali lagi," kata Sam Zarifi, pengarah Amnesty International, Asia.

"Janji untuk menghapuskan tahanan ISA tidak mencukupi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mesti membuktikan beliau mahu menamatkan amalan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika polis Malaysia mempunyai bukti untuk mengesyaki 13 tahanan itu melakukan kesalahan jenayah, dakwa mereka ataupun lepaskan sahaja mereka.

"Menahan seseorang tanpa dakwaan atau dibicarakan, terang-terangan menunjukkan tidak menghormati kedaulatan undang-undang."

 Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah ditahan mengikut ISA kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan di negeri itu.

Najib semasa perutusan Hari Malaysia pada 16 September lalu mengumumkan pentadbirannya akan melakukan "reformasi" ke atas beberapa undang-undang yang berbentuk menindas,  termasuk ISA.

Bagaimanapun pengkritiknya ragu-ragu dengan keikhlasan pengumuman itu dan berkata ia adalah semata-mata helah untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya umum akan datang.-M'kini

Siapa PM Malaysia yang sebenarnya?Adakah Hishamuddin Hussein, Bik Mama atau Muhyiddin Yaasin?Atas arahan siapa mereka ditahan di bawah ISA?Kenapa cakap flip-flop?Atau adakah ini perancangan untuk malukan Najib yang tak habis-habis?Adaaaaa saja bala yang timpa Najib.Lepas ni bala apa yang akan muncul malukan Najib sebagai PM?


Najib sebenarnya mahu umum tarikh pru selepas balik daripada Mekah setelah isu  beg Birkin dan cincin Rosmah RM24 juta reda.Tapi isu lembu feedlot yang tinggal dalam kondo telah menyekat Najib untuk umum tarikh pru 13.Bala dan segala bala bertimpa-timpa seperti tiada kesudahan.Malang sungguh nasib Najib sebagai PM.Orang akan kata kalau ISA yang diumum dihapuskan tapi terus tangkap rakyat di bawah ISA siapa mau perrcaya bahawa hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman tidak diganggu gugat?AWat cakap lidah bercabang.Adakah ini kerajaan lidah biawak atau Ikut Suka Aku?
 

'Cepat sapa cepat dia dapat'


Pengerusi NFC pertahan beli kondo, dakwa nilainya RM6.9 juta-M'insider

Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah keputusan perniagaan bijak, demikian menurut Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini.
Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.
“Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu,” katanya di Gemas hari ini.
Kata beliau, masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan.
“Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan,” katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, demikian menurut laporan Berita Harian Online.
Sebelum ini pembangkang memetik Laporan Ketua Audit Negara mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.
Salleh adalah suami Shahrizat.
Dalam pada itu, Salleh belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ekoran kenyataannya mengenai isu NFC.
“Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil,” katanya.
Peguam NFC, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.
Bagaimanapun katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.
Dipetik Bernama Online, Salleh berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.
“Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi.
“Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun,” katanya.
Salleh berkata yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.
Perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad berkata kumpulan itu menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun.
Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.
Salleh berkata tujuan pemberian pinjaman sudah pasti untuk ladang ternakan dan infrastruktur.
Dengan kerana itu walaupun pembelian kondo adalah menyimpang daripada tujuan pinjaman diberi, harta berkenaan masih disimpan atas nama dan mengikut rekod buku syarikat.
Ia adalah soal untuk menukarkan balik harta menjadi tunai mengikut keuntungan yang dikehendaki dan tidak berlaku sebarang tindakan memperkaya atau perbuatan tidak jujur di pihak mana-mana individu, katanya.
Mengenai pinjaman RM250 juta daripada kerajaan, Salleh berkata ia bukanlah satu bantuan atau ‘grant’.
Katanya, pinjaman mesti dibayar balik seperti pinjaman komersial walaupun beberapa konsesi diberi.
Pinjaman RM250 juta itu dengan kadar faedah dua peratus, dibayar balik bermula pada tahun ketiga setelah pinjaman dikeluarkan sepenuhnya dan apabila siapnya pembinaan rumah sembelihan untuk eksport berkualiti.
“Buat masa sekarang pinjaman belum lagi dikeluarkan sepenuhnya kepada NFC. Masih ada RM69 juta lagi baki pinjaman belum digunakan,” katanya.
Salleh berkata pinjaman tersebut diletakkan di bawah Akaun Pinjaman Khas tetapi proses menurun diperlukan sebelum dana dapat digunakan oleh NFC.
Mengenai dakwaan bahawa rangkaian restoran Meatworks memperoleh diskaun berjumlah RM2.9 juta pada 2009, beliau berkata diskaun yang sama diperolehi 70 pelanggan restoran itu dalam tempoh yang sama.
Beliau berkata mewujudkan jenama Meatworks dalam menjual daging yang berkualiti telah membolehkan NFC menembusi dalam pasaran yang begitu ketat dikawal.
“Orang ramai tidak percaya bahawa Malaysia boleh mengeluarkan daging baik yang berkualiti premium,” tambah beliau.
Mengenai harga tinggi bagi lembu NFC berbanding lembu yang dibeli di Malaysia, Salleh berkata lembu-lembu NFC biasanya memiliki berat antara 70-100 peratus lebih daripada lembu tempatan.
Katanya, NFC kini mempunyai 150 syarikat pelanggan dan antara pelanggannya yang terbesar ialah Jusco, Giant dan Cold Storage.
NFC membekalkan 46 peratus dagingnya kepada pasar basah, 20 peratus ke pasar raya, 22 peratus kepada kilang memproses daging dan burger dan hanya 11 peratus kepada hotel, restoran dan katering.
Sejak tiga tahun penubuhannya NFC berjaya membangunkan infrastruktur seperti lot-lot makanan, rumah sembelih, setor makanan dan bilik sejuk. Tahun depan NFC akan menceburi ladang kontrak.
“Kami sudah memperoleh imbangan pendapatan dan dijangka mendapat keuntungan,” katanya.-Minsider

Pandai makan tak pandai simpan.Terang-terang dah mengaku.Berapa juta pun kira betullah dakwaan beli kondo tu.Tapi apa nak kisah bukan beli duit sendiri.Bukan duit menabung dari kecik.Duit rakyat! Rugi pun tak pa .SPRM pun tak boleh siasat kena serah kepada pihak polis.Pihak polis kata macam mana nak siasat tak ada laporan.Woiit tunggu apa lagi pi la buat laporan polis hihi.Jangan hanya riuh dalam alam siber.Laporan kepada SPRM dah dibuat, kalau laporan kepada polis pun tak laku rakyat kena turun ke jalanraya .Ini ubat terbaik untuk ajar Umno-BN! Klik gambar di atas untuk lebih jelas.
Berkaitan;
Skandal NFC:Muhyidin juga perlu letak jawatan-KeadilanDaily 
Holy cow!Who pays RM70,000 in rental-Malaysiakini

Khamis, 17 November 2011

'Barangan Berjenama Hajjah Bik Mama Untuk Jualan Amal'

Ingat RM100 ingat pemborosan Bik Mama.Sekolah lambat lagi nak buka.Januari 2012 baru buka sekolah.Perbelanjaan awal persekolahan bukannya nilai RM100 yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran tapi nilainya cecah RM1000 ke atas untuk setiap anak yang bersekolah.Saya percaya wang RM100 yang diberikan akan dibelanjakan oleh anak , ibu dan ayah pelajar untuk top up hp,makan tom yam dan makanan segera di musim cuti persekolahan yang akan bermula Sabtu ini.

Begitu juga kondo RM9.8 juta yang dibeli dengan gunakan duit projek Lembu Feedlot yang dilaporkan rugiRM250 juta dalam laporan Ketua audit Negara 2010.

RM100 kepada pelajar sekolah, BN menang besar pru 13?


GURU besar Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Azma Senun bersama pelajar-pelajar menunjukkan replika cek dan wang bantuan persekolahan RM100 di Kuala Terengganu semalam.Gambar Kosmo Online

Adakah para pengundi yang terhibur dengan RM100 kepada para pelajar sekolah akan mengundi Umno-BN  supaya BN menang 2/3 majoriti dalam pru 13 akan datang?Gambar di sebelah adalah cara tak langsung media Umno dah berkempen untuk pru 13 dengan jadikan duit sebagai senjata untuk tarik para pengundi mengundi BN.Adakah maruah kita hanya bernilai RM100 supaya BN terus perintah negara ini?