Sabtu, 23 Januari 2010

Siapa Si Jurit Tu ?

Kita ni kalau nak tegur orang bab agama kita sukat dulu pinggang kita padan ke tidak nak beli seluar yang kita nak pakai..Jangan beli seluar yang bila pakai terlondeh sampai ke lutut.Bab politik dan bab agama tak sama tapi tak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian.Aku tak pernah dengar nama Mohd Jurit Ramli setiusaha Gabungan NGO yang pertahan Kalimah Allah dan yang anti Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau suruh Khalid Samad masuk kelas tambahan untuk dalami ilmu Islam.Kata beliau seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia;

"Dalam hal ini, Tok Guru (Nik Abdul Azizi) boleh mengadakan kelas tambahan untuk Khalid Samad iaitu dengan memberi penerangan tentang hal ehwal Islam agar beliau dapat memahami dan membuat kenyataan yang lebih beretika pada masa depan

"Khalid harus memahami tujuan larangan penggunaan dan pencetakan kalimah Allah adalah untuk mengelakkan daripada terjemahan yang menyimpang dari maksud sebenar dalam Islam, bukannya melarang mereka menyebut.

"Itulah yang berlaku sekarang di mana Khalid sendiri masih mempunyai tahap kefahaman yang masih lemah dalam agama Islam," katanya.Baca di sini

Tegur tak salah kalau dengan niat ikhlas tapi kalau nada tu perli semacam saja orang boleh kenal niat kita tegur tu ikhlas atau hanya sekadar nak publisiti murahan.Si Jurit tu patut bagi nasihat kat 'anak -anak buah' yang terpekik dan terlolong sambil pijak gambar Khalid Samad yang dituduh 'peliwat agama' tu ikut akhlak Islam atau dah dirasuk Syaitan. Si Jurit juga tolong pi nasihat kepada Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazri Aziz supaya batalkan penggunaan Kalimah Allah yang dibenarkan diguna oleh orang Kristian di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Mungkin Si Jurit tu dalam ilmu agamanya, banyak ngajinya dalam bidang agama tak setaraf Khalid Samad sebab tu cara cakapnya 'penuh adab dan sopan' dalam cara menegur orang.Lagi baik Si Jurit tu bawa kitab-kitab yang muktabar jumpa Khalid Samad atau panggil Khalid Samad jumpa beliau untuk berhujah agak-agak kalau boleh makan boleh Khalid Samad jadi anak murid Si Jurit pula.

Himpunan Aman Pelajar IPTA Ditahan: Memang Tak Ada Hak Asasi

Perhimpunan aman para pelajar IPTA yang tak puas hati di Kuala Lumpur telah menyebabkan 9 pelajar IPTA ditahan pihak polis. Di mana hak asasi pelajar dan himpunan aman bagi mereka yang tak puas hati terhadap pihak Universiti?Memang betul lah apa yang dikatakan pihak Human Right Watch bahawa Malaysia memang korup dan buruk daripada segi hak-hak asasi kalau buat himpunan aman pun kena tangkap.

Sikit punya hal pun mau tangkap kononnya langgar akta dan tak ada permit.Tu saja lah modal pihak berkuasa untuk menghalalkan tindakan mereka.Kebebasan bersuara untuk pelajar IPTA disekat dan dikongkong sekiranya tidak sealiran dengan kehendak Kerajaan Umno-Bn.Mereka nak berhimpun untuk suarakan hak-hak mereka yang disekat supaya pihak luar dapat mengetahuinya sebab media arus perdana turut putarbelit berita yang disiarkan.Kerajaan hanya mahu melahirkan mahasiswa yang otaknya sokong kerajaan Umno-bn bukannya melahirkan pelajar Universiti yang tahu membezakan antara yang hak dan yang batil.

Lapor Malaysian Insider;
Sembilan pelajar universiti awam yang mengambil bahagian dalam perhimpunan mahasiswa di ibu negara pagi tadi ditahan polis.

Mereka berkumpul di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman sejak pukul 10 pagi tadi.

Himpunan dan perarakan ini diadakan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), menuntut mengembalikan demkrasi kampus dan kebebasan akademik di kampus.

Mereka ditahan di kawasan berhampiran kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kemudian mereka dibawa ke Balai Polis Daerah Dang Wangi.

Salah seorang daripada tiga peguam mewakili mereka Puspawati Rosman berkata sehingga kini pihaknya tidak dibenarkan menemui pelajar-pelajar berkenaan.

“Pegawai penyiasat kes ini berkata mereka (anak guaman) hanya akan dibebaskan dengan diikat jamin jika keluarga mereka datang.

“Mustahil anggota keluarga mereka datang kerana ada yang berada di luar kawasan,” kata beliau ketika dihubungi kira-kira 4.30 petang tadi.

Puspawati menambah di bawah Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah pelajar-pelajar berkenaan seharusnya diberikan akses kepada peguam pilihan mereka.

“Kami mendapati hak mereka dinafikan... kami pun tidak boleh menemui mereka... ini melanggar peruntukan Seksyen 28(A), ini seperti kes lima peguam ditahan di Brickfields tahun lalu,” kata beliau.Baca di sini

Berkaitan
Pro-Mahasiswa UM dakwa TNC HEP salah guna kuasa-harakahdaily
9 Pelajar ditahan bantah p'raya kampus-malaysiakini

Adun Pas Ugut Kontraktor

Samaada kita nak percaya atau tidak berita ini terpulang kepada penilaian masing-masing.Seorang kontraktor yang dapat kontrak pembersihan telah buat laporan polis mengatakan bahawa beliau telah diugut oleh seorang Adun Pas di Kelantan supaya tarik balik kontrak yang beliau dapat.

Kadang-kadang kita bukan nak cerita keburukkan orang lebih-lebih lagi parti yang kita sokong.Tapi kalau kelaku dah buruk perangai tak elok adakah kita nak sembunyikan saja daripada diketahui orang.Pas adalah parti Islam jadi imej yang baik harus ditunjukkan bukan jadi pemeras ugut tak ketawan hala.Benda baik kita sokong benda tak baik walaupun kita sokong Pas kita kena lawan. Kita bukan sokong membabi buta dan bukannya sokong yang membawa rebah.

Betul kata Husam Musa dalam blog beliau;


Memang wajar media pro UMNO menyiarkan isu-isu 'dalaman' PAS untuk tujuan politik mereka. Sesuai dengan matlamat dan agenda mereka dan selagi kita bersedia memberikan 'bekalan' untuk tujuan itu, mereka sangat bergembira.Baca di sini

Lapor Malaysian Insider;
Seorang kontraktor membuat laporan polis terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana mendakwa menerima ugutan akan dikasari daripada pemimpin PAS itu.

Wan Din Wan Mamat, 49, mendakwa beliau diugut oleh ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, dengan pelbagai ugutan termasuk akan menggunakan pengikutnya untuk bertindak kasar ke atasnya.

Katanya, ugutan itu dibuat melalui telefon bimbitnya kira-kira pukul 1 tengah hari semalam ketika dalam perjalanan menaiki kereta dari bandar Tumpat ke Pasir Pekan dekat Wakaf Baharu di sini.

Zaki juga merupakan setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Wan Din berkata beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat pada pukul 5 petang semalam kerana takut dan bimbang dengan keselamatannya.

“Dalam perbualan telefon dia telah mengugut saya dengan pelbagai ugutan termasuk dia mempunyai pengikut yang ramai dan sekiranya pengikutnya bertindak, dia tidak akan bertanggungjawab apa jua yang berlaku ke atas saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Din berkata ugutan itu dibuat setelah beliau membuat kenyataan balas terhadap cabaran ADUN terbabit yang dikatakan mempertikaikan kewibawaannya mendapat kontrak membersih Kawasan Bebas Cukai (KBC) Pengkalan Kubur.

“Dia suruh saya serah balik kontrak yang diperolehi itu, dia juga kata boleh batalkan kontrak saya itu,” katanya.

Seorang jurucakap polis daerah Tumpat mengesahkan menerima laporan daripada kontraktor tersebut.-Malaysian Insider

Sekiranya apa yang disiarkan ini tidak benar Adun Pas terbabit boleh menafikannya untuk kita ketahui apa yang sebenarnya berlaku antara kontraktor terbabit dengan adun berkenaan.

Hak Asasi Manusia Di Malaysia Buruk- Human Right Watch

Pemimpin Umno tetap mempertahankan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik untuk rakyat tapi badan hak asasi manusia antarabangsa memandang yang sebaliknya. Mereka menganggap pemimpin Umno-Bn yang perintah Malaysia masih bersikap zalim terhadap rakyat Malaysia, menekan -nekan pihak pembangkang yang tidak dapat kuasai kerajaan pusat dan tidak berlaku adil walaupun PM Najib cuba menonjolkan imej bersih pada peringkat awal beliau dilantik sebagai PM.

Pemimpin Umno boleh bohongi orang kampung tetapi mereka tidak dapat bohongi badan-badan antarabangsa yang menilai tahap pemerintahan Umno-Bn daripada perspektif yang tidak memihak.Kalau orang luar pandang kita tak bersih bolehkah kita kata kami tetap berlaku adil terhadap hak-hak asasi manusia di Malaysia?Sepatutnya kita kata "kami akan cuba perbaiki segala kelemahan, terimakasih atas kritikkan anda". Tang mengaku kata jahat mampuih tak ngaku.Cuba kalau Human Right Watch tu puji kerajaan aku ingat siap bagi anugerah lagi pada badan hak asasi tu.

Lapor Bernama;

Human Right Watch di dalam laporannya yang dikeluarkan semalam dan disiarkan oleh akhbar The Star mendakwa kerajaan Malaysia pimpinan sekarang telah mungkir janji untuk melindungi kepentingan rakyat dan masih lemah menangani isu hak asasi manusia.

Laporan 612 muka surat tersebut mendakwa kepimpinan sekarang menindas pembangkang, menyekat hak kebebasan bersuara dan memberi layanan buruk kepada pendatang asing.

Baca;
Malaysia gets poor marks for human rights-the star online
Kerajaan Malaysia tidak pernah abai isu hak asasi manusia-Muhyidin-Bernama

Jumaat, 22 Januari 2010

Cah Keting Tak Wujud: "Kalau mu tak minta maaf, aku tak maaf pada mu"- TGNA

Nampaknya Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am Pas naik angin lagi dan menafikan wujudnya cah keting dalam Pas di Kelantan.Beliau meminta supaya penulis akhbar mingguan arus perdana yang kata wujud budaya cah keting dalam Pas Kelantan supaya minta maaf . Kenyataan beliau itu merujuk kepada akhbar Mingguan Malaysia yang menjadikan tajuk muka depannya bahawa cah keting wujud dalam Pas di Kelantan.

Lapor Malaysian Insider;

Selepas seminggu heboh diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujud budaya “cah keting” dalam PAS seperti yang dilaporkan oleh media minggu lalu.

Sehubungan itu beliau menyelar penulis akhbar yang menyiarkan laporan Ahad lalu kononnya wujud budaya cantas-mencantas atau “cah keting” dalam parti itu.

Mursyidul Am PAS itu turut menggesa agar penulis berkenaan memohon maaf ekoran laporan berkenaan.

“Mu (penulis) kena minta maaf, kalau mu tak minta maaf, aku tak maaf pada mu,” kata beliau merujuk kepada pemberita akhbar arus perdana terbabit sebelum memulakan kuliah mingguannya pagi ini.Baca di sini

Isu God Bukan Allah: Siapa Yang Berbohong?

Mana satu yang betul ? Harakah daily melaporkan bahawa Presiden Pas berkata tidak ada sebarang keputusan dalam muzakarah anjuran IKIM dalam isu kalimah Allah seperti yang didakwa Utusan Malaysia.

Lapor Harakahdaily;

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.

"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.Baca di sini

Sementara Utusan Malaysia melaporkan;
Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.

Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia.

''Hasil keputusan Muzakarah Pakar ini akan diserahkan secepat mungkin kepada kerajaan untuk tindakan lanjut,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri muzakarah tersebut di IKIM di sini hari ini.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Nik Mustapha Nik Hassan itu disertai oleh tujuh ahli panel iaitu Prof. Madya Dr. Kamar Ainiah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin,

Panel lain ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad.Baca di sini

PA Yaakob Sapari Tak Perlu Takut Jika Tak Salah

Gambar yang di hadapan sekali itu yang kena gari adalah Hussein Ahmad, PA Exco Negeri Selangor Yaakob Sapari (Gambar Berita Harian)


Hussein Ahmad PA Yaakob Sapari telah direman 5 hari dan rumanhya di Seksyen 27 ,Shah Alam turut digeledah atas dakwaan rasuah luluskan kontrak pasir dan pergi ke China ditaja pihak tertentu.Exco Yaakob Sapari nafikan tuduhan ke atas Hussein itu dan berkata pihak SPRM hanya mahu jatuhkan maruah Kerajaan Pakatan di Selangor.

Hussein tak perlu gentar dan rasa takut jika tak bersalah.Apa nak ditakut jika berada dipihak yang benar.Malah anda akan merasa lebih kuat dan bersemangat jika anda jadi mangsa pihak-pihak tertentu yang mahu mendajalkan anda.Jika sebaliknya itulah yang patut anda terima atas perbuatan anda.

Kita tidak boleh kompromi dengan pihak yang salah dan kita mesti pertahankan kebenaran jika tidak lakukan seperti yang didakwa.Nak takut apa?Mungkin cara siasatan SPRM ke atas Hussein dan lain-lain yang dituduh rasuah isu pasir dan juga rasuah seks berbeza-beza dan kita tunggu apa yang akan Hussein bagi tau bila keluar lokap nanti selepas tempoh reman habis.

Tahun lepas kematian Teoh Beng Hock di tingkat 5 Plaza Masalam,seksyen 9 Shah Alam menimbulkan pelbagai andaian semasa disoal siasat SPRM. Ada yang kata Teoh bunuh diri, terbunuh dan dibunuh.Pelbagai andaian itu membawa kepada mayat Teoh digali semula untuk dibedah siasat kali kedua.Siapa yang buat kerja tu kita pun tak tahu.Hantu Teoh juga dilaporkan berlegar-legar dalam bangunan itu cari apa kita pun tak tahu.Kepada siapa yang tak percaya wujudnya hantu boleh datang bangunan Plaza Masalam untuk cuba-cuba rakam imej hantu Teoh jika betul-betul wujud.

Berkaitan
Pasir& seks 4 lagi ditahan,20 direman-Malaysiakini
Pembantu Exco Selangor Ditahan Reman-TVSelangor.com
Operasi SPRM mencurigakan-Yaakob Sapari-TVSelangor.com

Surau Dibakar: Kerja Siapa?

Ketika isu gereja dibakar dah jadi sejuk dan agak terkawal kita dikejutkan pula dengan siri serangan ke atas rumah ibadat orang Islam iaitu dua buah Surau dibakar di Muar ,Johor.Aku dah kata dah hari tu kita jangan hairan selepas ini masjid dan surau pula akan dibakar nampaknya dah jadi kenyataan. Adakah kerja orang yang sama? Maksudnya orang yang bakar gereja juga adalah orang yang bakar Surau? Siapa yang buat kerja sabotaj ini?Ini yang jadi tanda tanya.

Adakah orang buat khianat ke atas Surau itu daripada puak yang pertahankan gereja mereka dan sebagai nak balas dendam mereka pula bakar surau?Sentimen mengapi-apikan antara agama akan membawa kepada sengketa agama yang boleh cetuskan 'perang kecil-kecilan' yang mungkin boleh jadi lebih besar seperti di Ambon dan Sulawesi jika masing-masing dah tak terkawal.

Lapor Malaysiakini;

Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian itu.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh
yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

Menurut Jalaluddin punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300.

Ketika dihubungi Malaysiakini, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor itu berlaku pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.

Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.Baca di sini

Khamis, 21 Januari 2010

Rombak JAIS Dan MAIS- Khalid Samad

Desakan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor dirombak memang patut dilakukan. Sepatutnya perkara ini dilakukan sejak Pakatan Rakyat mula-mula ambil alih negeri Selangor sejak Mac 2008 lagi.Banyak perkara yang dilakukan Jais dan Mais bertentangan dengan dasar yang bertentangan arah pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Setiap tindakan mereka diperjelaskan dengan menjadikan alasan Sultan sebagai Ketua Agama Islam untuk mengiakan apa saja yang mereka buat.

Otak mereka yang berkuasa di dua agensi agama Islam itu masih lagi dijajah oleh pemikiran Umno walaupun mereka menafikannya bahawa tidak dipengaruhi Umno.Nafi semua orang boleh nafi hakikatnya mereka tidak ikhlas apabila kerajaan negeri bertukar tangan.Otak mereka tidak merdeka daripada memikirkan hanya Umno saja yang layak mereka dengar cakap. Mereka sanggup berdemontrasi atas nama Jais dan Mais agensi kerajaan negeri dan membelakangkan kerajaan negeri dalam isu kalimah Allah tanpa mengkajinya terlebih dahulu.Sedangkan dalam masa yang sama Menteri DiJabatan Perdana Menteri mengizinkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan .Nak demontrasi tak salah tapi adakah pernah selama ini di Selangor dibuat demontrasi atas nama JAIS dan MAIS. Ini yang dipertikaikan.

Malaysian Insider melaporkan;

Wakil Rakyat Pas itu berkata ke arah penilaian kembali sesuatu pendirian dan pendekatan, beliau berkeyakinan masanya telah tiba untuk “ulama-ulama” yang selama ini dipinggirkan oleh pentadbiran lama atas sebab kepentingan politik mereka, diberi peluang dan kedudukan yang sewajarnya dalam institusi keagamaan negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baru.

“Mungkin dengan itu akan ditangani semua persoalan dengan lebih baik dan bertanggungjawab,” kata beliau di sini hari ini.

Sambil menjelaskan kepimpinan semasa kedua-dua Jais dan Mais dilantik oleh pentadbiran lama pimpinan Umno-BN yang memerintah sehingga Mac 2008, “mereka tidak gembira dan tidak memberikan kerjasama penuh kepada pentadbiran semasa.”

“Mereka bertindak dengan bebas,” kata beliau kepimpinan kedua-dua agensi itu bercanggah pendirian dengan kerajaan negeri.

Oleh kerana mereka tidak memberikan kerjasama yang baik, tegas Khalid, kepimpinan Jais dan Mais perlu diubah.

“Ya, mereka perlu ditukar, Mais dan Jais patut berada di bawah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama, jadi mereka boleh selesaikan masalah-masalah yang timbul,” katanya.Baca di sini

40,000 Pendatang Haram India: Negara Di Ambang Bahaya

Pihak Imigresen Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keluar masuk rakyat asing ke negara ini mesti bertanggungjawab atas maharajalelanya rakyat asing tanpa dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di Malaysia.

Pendedahan yang mengatakan 40,000 ribu warganegara India yang tinggal secara haram adalah 'sebahagian kecil' daripada ratusan ribu rakyat negara lain yang menjadikan syurga kepada mereka untuk bersenang lenang tanpa memerlukan membayar levi atau cukai seperti yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia sendiri.Bagaimana mereka rakyat India tanpa permit sah dan tinggal lebih masa dibiarkan begitu saja tanpa ada sebarang penguakuasaan yang keras untuk usir keluar daripada Malaysia?

SPRM mesti turut menyiasat apa yang berlaku di Jabatan Imigresen Malaysia dan KDN sendiri sehingga agensi penguatkuasaan di pintu keluar masuk negara umpama keluar masuk kedai kopi saja layaknya dengan kebanjiran pendatang haram ini ke Malaysia.Mengapa agensi penguatkuasaan ini begitu lemah umpama hendak menghapus sarang pelacuran yang sampai bila pun tak pernah selesai?

Apakah kerajaan memandang remeh isu kebanjiran pendatang haram ini yang membawa negara ke ambang bahaya yang tidak di jangka-jangka pada masa hadapan?Bagaimana pula dengan keselamatan rakyat Malaysia sendiri jika perkara ini dianggap remeh.Apa akan jadi dengan anak cucu kita jika isu pendatang haram ini tidak dapat diatasi atau diminimakan kebanjiran pendatang haram ini?

Lapor Utusan Malaysia Online;

Baru-baru ini, dalam satu wawancara dengan media India di Kuala Lumpur, Perdana Menteri memaklumkan, sejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh.

Mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen seperti anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.Baca di sini

Kerajaan Pun Dapat Royalti Daripada Petronas- Tun Salleh Abbas

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas berpendapat orang politik yang tak faham pasal isu minyak yang berkaitan dengan perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri yang ada minyak jangan bercakap lebih baik diam termasuk Umno dan Menteri yang tak tau apa-apa pasal isu royalti .Beliau adalah salah seorang yang jadi pengasas penubuhan Petronas .Rakyat jadi keliru disebabkan penjelasan pemimpin politik yang berfikiran sempit dan ada kepentingan peribadi dalam penjelasan mereka yang kabur demi untuk menghalalkan niat tidak mahu bayar royalti.

Lapor Malaysian Insider:
Bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas berkata, ahli-ahli politik termasuk anggota jemaah menteri dari Umno, yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum tidak wajar memperkudakan isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

“Persoalan yang ada di hadapan kita semua sekarang ialah berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

“Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini,” katanya.

Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, “itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri.”

Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

“Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini,” ujarnya.

“Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.

“Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di sini.Baca lanjut di sini

Seludup Pasir: Negara Jiran Mana Satu?

Negara jiran mana lagi kalau bukan Singapura yang import pasir Malaysia.Takkan tu pun SPRM tak mau sebut nama.Mungkin yang ditahan kerana seludup pasir Malaysia ke negara jiran dapat habuan seks dan rasuah seramai 34 orang itu libatkan orang Umno tu yang tak berani sebut nama negara jiran .

Aku dah kata rasuah kalau sapa makan tak kira Pas ,Umno, PKR dan DAP semua sama taraf dan memang layak mereka didakwa. Tapi kalau takat tangkap ikan bilis untuk dijadikan sembelihan untuk tutup nama jerung-jerung besar sampai bila pun masalah rasuah takkan selesai.

Lapor Malaysian Insider;

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 34 orang di lima negeri termasuk dua ahli politik dan kakitangan awam kerana rasuah wang tunai dan seks, sebahagian langkah membendung aktiviti perlombongan pasir haram.

Kesemua mereka dijangka didakwa di mahkamah esok.

Dengan penahanan 34 mereka, SPRM percaya telah berjaya mematahkan sindiket menyeludup pasir ke sebuah negara asing.

Bagaimanapun SPRM tidak menamakan negara jiran itu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru mendakwa dalam tulisan blognya bahawa mengapa pasir masih dijual kepada Singapura.

Isu mengeksport pasir ke Singapura merupakan satu perkara yang sensitif dari segi politik kerana ia membabitkan hubungan dua hala kedua-dua yang agak ‘panas’ ekoran pertikaian berhubung jualan air dan pasir.

“Kami telah menahan 34 orang suspek. Seramai 24 adalah dari sektor awam, tiga dari sektor swasta dan lima adalah orang awam.Baca di sini