Jumaat, 4 Jun 2010

Ayuh semua wargakota pergi demo!

Ketua Polis Kuala Lumpur, Muhammad Sabtu larang orang ramai sertai demontrasi hari ini bagi membantah keganasan Zionis Israel terhadap sukarelawan Gaza yang ditembak dan dibunuh. Nak larang setakat boleh larang itu kerja polis tapi nak demo bantah Zionis Israel itu hak rakyat. Ayuh kita pergi ramai-ramai nak demo hanya setakat suarakan bantahan bukan bawa senjata.

Di negara luar terutamanya di Eropah yang bukan negara penduduk umat Islam pun polis tak halang inikan pulak di negara yang majoritinya umat Islam. Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu memalukan negara ketika satu Dunia bantah keganasan Israel Laknatullah.

Berkaitan;
Polis Jangan sertai perhimpunan haram-Malaysiakini
Pas: 'Dunia kecam Israel, polis kita mahu halang protes'-Malaysian Insider

Khamis, 3 Jun 2010

Pengasas Gerakan Acheh Merdeka , Hasan Tiro meninggal dunia


Hasan Tiro, pengasas Gerakan Aceh Merdeka (GAM), gerakan pemisah di Aceh, meninggal dunia di Hospital Zainoel Abidin (RSUZA) Banda Aceh, Khamis, sehari selepas beliau diberikan kembali status sebagai warganegara Indonesia.

Hasan Tiro telah memohon mendapatkan kembali kewarganegaraan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, beliau memegang pasport Sweden dan tinggal dalam buangan di Stockholm sejak tahun 1979 akibat konfrontasi dengan kerajaan Indonesia yang dipimpin Presiden Soeharto ketika itu.

Agensi berita Antara menyebut, tokoh yang lahir di Pidie, Aceh, pada 25 Sept 1925 itu, meninggal dunia pada pukul 12.02 tengah hari setelah mengalami kemerosotan kesihatan sejak Rabu malam.

"Hasan Tiro sudah meninggal pada pukul 12.02 WIB (waktu Indonesia Barat)," kata bekas pemimpin kanan GAM Malek Mahmud di RSUZA Banda Aceh.

Hasan Tiro sudah lebih seminggu dirawat di unit intensif RSUZA.

Ada laporan menyebut bahawa beliau akan dikebumikan petang ini, namun belum diketahui di mana tempat persemadiannya.

Pada Rabu, Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Djoko Suyanto menyerahkan surat kewarganegaraan Indonesia untuk Hasan Tiro kepada Malek dan anggota keluarga terdekat pejuang itu di Banda Aceh.

Sementara itu Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Patrialis Akbar dilaporkan berkata bahawa tidak tertutup kemungkinan pemberian kembali status warganegara kepada pengasas gerakan pemisah yang lain.

Ia merupakan sebahagian daripada dasar Keadilan Untuk Semua yang diterapkan kerajaan sekarang.

GAM berdamai dengan kerajaan Indonesia pada 15 Ogos 2005 setelah berpuluh tahun melakukan pemberontakan bersenjata.

Bagaimanapun tidak ada butiran dalam kesepakatan damai itu yang menyatakan bahawa gerakan pemisah itu dibubarkan.

-- BERNAMA

Sukarelawan dah nak balik baru Menteri Pertahanan bersuara

Dah hampir seminggu kapal yang bawa sukarelawan ke Gaza, Palestine diserang dan ada yang terbunuh hari ini baru Menteri Pertahanan Malaysia Zahid Hamidi keluar suara dan komen sikit-sikit akan kekejaman askar regim zionis Israel yang bunuh sukarelawan ke Gaza.

Sukarelawan seramai 12 orang tu dah pun selamat dan dah nak balik Malaysia dah baru Zahid Hamidi bersuara. Tu pun berkira sangat , kata kos mahal la kalau pakai penerbangan khas angkut sukarelawan Malaysia tu bawa balik. Piii rahhh! Yang bagi kat Apco rm 77 juta Umno tak rasa mahai pun! Awat yang berkira sangat.

Aku dah kata dah hang pa boleh tengok sendiri perangai pemimpin kerajaan Umno -Bn yang kesemuanya terlewat kecam Israel bila kapal yang bawa sukarelawan diserang bertubi-tubi askar zionis Israel. Macam ada benda terlekat dalam mulut depa nak kecam Israel. Zahid Hamidi pernah berjumpa Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di Paris , Perancis.

Pemimpin Umno pandai main wayang! Kesemua kecaman mereka terhadap Israel hanya sekadar sambil hirup kopi panas dalam kedai kopi.

Lapor Bernama/Malaysiakini Tiada penerbangan khas bawa pulang rakyat M'sia;

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata selain membabitkan kos yang tinggi, setakat ini tiada permintaan untuk membawa mereka pulang menggunakan pesawat tentera.

"Jika nak bawa guna Charlie (pesawat pengangkut), kosnya tinggi...jadi saya tidak nampak sebarang keperluan itu buat masa ini selain tidak ada permintaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Mindef di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

Zahid turut menggesa negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel agar mengkaji semula hubungan tersebut bagi menentang tindakan Israel yang telah bertindak di luar garis-garis diplomatik.

Beliau berkata, masyarakat dunia bukan hanya perlu mengutuk tindakan Israel tetapi perlu bertindak menghentikan hubungan diplomatik dengan negara tersebut yang biadap dan tidak berperikemanusiaan.

"Tindakan yang dilakukan oleh Israel itu diluar garis diplomatik kerana menggunakan kekerasan dan melakukan tindakan di perairan antarabangsa yang tidak pernah selama ini dilakukan oleh mana-mana negara di dunia," katanya.-Bernama/Malaysiakini.

Zionis Israel Makhluk Perosak-TGNA

Pembebasan 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim zionis Israel belum lagi membuktikan rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata selagi negara tidak menghentikan kerjasama dengan syarikat yang ada hubungan dengan Israel, APCO Worldwide.

Jelas Tuan Guru, menarik balik kerjasama dengan APCO hanya sebahagian cara untuk menyingkirkan Israel, namun membuang rasa sayang dan cinta kepada Yahudi adalah jalan yang lebih baik.

“Ini kerana Yahudi termasuk Israel adalah makhluk perosak yang wajib dihindari oleh sesiapapun,” ujarnya yang juga Musyidul Am PAS.

Menurutnya lagi, Yahudi sejak zaman dahulu lagi bersifat jahat serta membunuh para nabi, bukannya masyarakat kampung biasa sekiranya tidak mengikut kehendaknya.

“Setiap kali sembahyang kita membaca al-Fatihah, ada di antara maksudnya kita tidak mahu jadi pengikut Yahudi dan Nasrani,” ujarnya.

Menyentuh tentang tangkapan yang dibuat oleh Israel terhadap 12 rakyat Malaysia, beliau memberitahu bukan sahaja di sana, Malaysia sendiri turut mengurung rakyatnya di bawah ISA jika tidak mengikut kehendaknya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur terhadap pembebasan itu.-Harakahdaily

Anak Soi Lek layak menantu Pak Lah tak layak

Anak Presiden MCA telah dilantik jadi Timbalan Menteri. Kata PM Najib anak Chua Soi Lek tu walaupun muda tapi ada kelayakan. Lapor Bernama Chua layak menjadi Timbalan Menteri, kata Najib melaporkan;

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam rombakan Kabinet semalam adalah berdasarkan kebolehan dan kelayakannya.

Chua, 33, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dinamakan dalam rombakan kecil Kabinet semalam.

Najib berkata beliau sendiri dilantik timbalan menteri ketika berusia 25 tahun dan sebagai Menteri Besar Pahang semasa berumur 29 tahun.



"Umur bukan satu halangan. Apa yang penting ialah kebolehan dan beliau juga mempunyai kelayakan. Jadi, saya mempunyai keyakinan terhadap kebolehannya untuk menjalankan tugas sebagai timbalan menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di kawasan Taman Sea Park di sini Rabu.Baca lanjut klik di atas.

Bukan takat anak Chua Soi Lek malah Ezam Mohd Noor, Zulkifli Noordin, Zahrain dan lain-lain yang tak menang pilihanraya dan tak bertanding pilhanraya semua layak duduk dalam kabinet Najib cuma yang tak layak hanya Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah.

Baca juga;
Mengapa senator sedangkan ramai MP layak isi kabinet?-Malaysian Insider.
Anak Presiden MCA dipilih kerana merit-Malaysiakini.

4 bulan kerja bonus 2 bulan

Selcat pertikai bonus KSSB

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungja:waban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mempertikaikan tindakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang memberikan enam bulan bonus kepada kakitangannya dalam tempoh sepuluh bulan pertama beroperasi.

Pengerusinya, Teng Chang Khim (TCK) mempertikaikan enam bulan bonus dalam tempoh September 2008 hingga Jun 2009 itu memandangkan KSSB yang bermula pada Julai 2008 itu hanya mempunyai dua lombong yang beroperasi.

Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor (ASN) berkata, kewajaran pemberian bonus kepada kakitangan KSSB dibuat sebagai penghargaan kerana bekerja keras sehingga syarikat memperoleh keuntungan RM7.1 juta pada Jun 2009.

Pertikaian itu tercetus apabila saksi ketiga, pada hari pertama sesi pendengaran awam Selcat berhubung siasatan ke atas urus niaga perlombongan pasir iaitu Abdul Shukor menjawab pertanyaan Chang Khim berhubung pemberian bonus itu.

TCK : Adakah benar bahawa kakitangan KSSB telahpun dibayar bonus enam bulan bagi tahun 2008 dan 2009?

ASN : Sebenarnya bayaran bonus antara September 2008 sehingga bulan Jun 2009, jumlah puratanya 3.49 bulan. Tahun kewangan kita berakhir bulan Jun, sebab itulah bonus dikeluarkan tetapi selepas itu, kita mendapat arahan dari Menteri Besar Incoporated (MBI) supaya tahun kewangan kita ditukarkan kepada Disember.

Menurut Abdul Shukor, ahli lembaga pengarah juga mendapat bonus seperti kakitangan lain.

TCK : Bagaimana dengan ahli lebih pengarah dalam KSSB? Adakah diberi sebarang ganjaran?

ASN : Ya, kami juga mendapat bonus. Yang asal interim dua bulan (Disember 2008) kemudian empat bulan.

TCK : Syarikat mula beroperasi September 2008, Disember sudah dapat bonus interim dua bulan. Kemudian daripada Januari hingga Jun 2009 dapat empat bulan bonud. Adakah wajar untuk tiga atau empat bulan pada 2008, syarikat mula operasi September 2008 hingga Disember 2008, dalam tempat empat bulan sahaja sudah diberikan bonus interim sebanyak dua bulan. Adakah itu wajar dari segi operasi perniagaan?

ASN : Dari segi operasi, saya rasa wajar sebab syarikat sudah mendapat keuntungan.

TCK : Jadi kalau empat bulan bekerja dan beroperasi sudah dapat dua bulan bonus. Setahun darab dengan tiga, bererti mengikut kadar itu boleh dapat enam bulan?

ASN : Mungkin tetapi sebenarnya sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

TCK : Mana boleh mungkin, itu kadarnya. Kalau kerja empat bulan sudah dapat dua bulan bonus. Setahun 12 bulan darab tiga jadi enam bulan.

ASN : Saya dengan lembaga pengarah telah meneliti keuntu- ngan dan prestasi syarikat, jadi kita memikirkan adalah wajar, our industry is a very difficult, our staff work very hard. Kita selalu menghadapi ancaman dan 40 laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

Bagaimanapun Chang Khim tetap mempersoalkan tindakan KSSB malah berkata beberapa syarikat gergasi dan ternama di negara ini juga tidak memberi bonus sebegitu kepada kakitangannya.

Pendengaran akan bersambung esok (hari ini) bersama Abdul Shukor dan beberapa saksi seterusnya.

Sesi pendengaran semalam turut menyaksikan, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari sebagai saksi pertama dan diikuti saksi kedua Pengarah, Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Abdul Nasir Hassan.

Selain Chang Khim, enam panel Selcat juga hadir pada pendengaran tersebut yang terdiri dari Haniza Mohamed Talha (ADUN Taman Medan) selaku Timbalan Pengerusi Selcat, Azmin Ali (ADUN Bukit Antarabangsa), Ismail Sani (ADUN Dusun Tua) , Sulaiman Abdul Razak dari (ADUN Permatang), Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (ADUN Bukit Gasing).

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tidak kelihatan pada pendengaran awam semalam.-Sinar Harian Online

Berkaitan;
SPRM nafi halang MP Kapar hadi Selcat-Malaysiakini
Selcat :Bonus 10 bulan pertama staf Semesta lebih RM500,000-Malaysian Insider

Rabu, 2 Jun 2010

Jais sibuk dengan air ludah , isu judi tak kata apa..

Tak tau lah sapa yang telan air liur sapa. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) nafi ada upacara telan air ludah ustaz seperti yang didakwa bekas mufti Perlis Dr Asri . Mungkin telan dan mungkin tertelan cuma yang yang betoi-betoi telan air ludah tu saja yang tau sedap ka atau tak sedap. Ketua Pengarah Jais lebih suka siasat samaada dakwaan bekas mufti Perlis tu betoi atau tidak.

Isu judi bolasepak yang diluluskan 'halal' PM Najib tapi terang-terang haram tak berani pulak Ketua Jais tu nak lawan.Dia lebih sibuk nak siasat siapa yang dah telah air ludah ustaz daripada buat demontrasi atau tunjuk perasaan bantah isu judi bolasepak Piala Dunia 2010 yang dah nak mula tak berapa hari lagi. Dunia, dunia, benda terang haram golongan agama dan ulama jadi penakut nak bersuara tapi hanya pandai cakap isu air liur basi sajaa! Isu judi dan Yahudi tolak tepi.

Berkaitan;
Rakyat gila bola, Umno gila judi!-Peguam Pas
'Ludah Ustaz' istilah kurang tepat tapi ada asas-Malaysiakini
Jais: Upacara telan 'ludah ustaz' tak benar-Malaysiakini
Ciuman perokok boleh membunuh-Bernama/malaysiakini

Khairy Ketua Pemuda Umno yang tak diiktiraf?

Bila baca berita Malaysiakini Najib diminta pertimbang Khairy dalam kabinet seolah -olah menggambarkan kemenangan Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia yang berjaya kalahkan anak Tun Mahathir , Mukhriz tak disenangi banyak pihak dalam Umno.

Lapor malaysiakini;

Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

"(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.-Malaysiakini

Ketua Pemuda Umno itu seolah-olah tak diiktiraf macam melukut tepi gantang saja dalam Umno. Mungkin PM Najib masih takut kepada bayangan Tun Mahathir yang benci kepada Khairy semasa Pak Lah jadi PM dulu. Adakah Khairy perlu berlutut depan Najib dan Tun Mahathir baru dapat jadi menteri dalam kabinet kerajaan Umno-Bn?

Kecam Israel tapi tuan penasihat Umno-Bn tetap Apco

Pemuda Pakatan :Hentikan perkhidmatan Apco

Para pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan berhenti menggunakan perkhidmatan syarikat perunding Apco Worldwide dan syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengan Israel selaras dengan pendirian negara mengutuk tindakan negara Zionis itu melancarkan serangan maut ke atas kapal bantuan kemanusian ke Gaza.

Delegasi yang terdiri daripada anggota Pemuda PAS dan PKR itu, menyerahkan nota bantahan tersebut kepada pegawai khas kepada Perdana Menteri, Razali Ibrahim di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini di bawah pengawasan ketat kira-kira 20 anggota polis dan pegawai keselamatan.

Delegasi tersebut diketua oleh Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan turut disertai setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzzaman Mohd dan ketua Pemuda PKR Selangor Khairul Anwar."Inilah masanya bagi perdana menteri mengambil langkah tegas untuk memprotes jenayah perang yang dilakukan oleh Israel," kata Shamsul kepada wartawan selepas itu.

Kerajaan juga harus mengambil kesempatan ini untuk memutuskan semua bentuk hubungan dengan syarikat lain yang mempunyai kepentingan Israel, tambahnya.

Tidak ada demonstrasi diadakan pagi ini selain menaikkan sepanduk yang mendesak kerajaan mengusir Apco.

Para aktivis melaungkan slogan untuk beberapa ketika di kawasan letak kereta pejabat perdana menteri, sambil diperhatikan oleh kira-kira 20 anggota polis dan anggota keselamatan.-Malaysiakini.

Berkaitan;
Halau Apco jika serius bantah Israel-Harakahdaily

Pas Kedah jangan galas biawak hidup atas belakang

Aku tak tahu samaada betoi atau tidak adun Kuala Nerang Syed Sobrie Syed Hasim katanya beminat sangat-sangat nak masuk Pas. Lepas tu katanya Speaker Dun Kedah alu-alukan niat Syed Sobrie nak masuk Pas.

Kata Datuk Abdul Isa Ismail speaker Dun Kedah;

"Jika benar Adun Kuala Nerang ingin menyertai PAS, dia perlulah mengemukakan surat secara terbuka kepada jawatankuasa PAS, barulah sah beliau benar ingin bersama kami.

"PAS sentiasa mengalu-alukan kemasukan ahli baru sama ada Adun mahupun umat Islam yang lain bagi bersama-sama membentuk kebenaran melalui pegangan agama untuk negara," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini. Baca Sertai Pas :Beri Saya Sedikit Masa :Syed Sobrie.

Banyak benda kena siasat sebelum terima bulat-bulat adun berkenaaan. Kata orang ingat sebelum kena. Dah kena baru nak menyesal .Kalau air dah masuk hidung baru nak masuk Pas atau PKR silap haribulan jadi negeri Perak. Dok syok-syok Pakatan Rakyat perintah tengok-tengok dah terbalik.Lebih baik adun Kuala Nerang tu letak jawatan selesai masalah peribadi yang dihadapinya

Selasa, 1 Jun 2010

Mulut kecam Zionis Israel dalam hati berapa puluh juta lagi nak bagi

Mari kita sama-sama doakan semoga semua sukarelawan rakyat Malaysia dan lain-lain negara yang ikuti rombongan hantar bantuan bekalan ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Palestine di Gaza berada dalam keadaan selamat daripada terus jadi mangsa kezaliman Zionis Israel yang dah bunuh hampir dua puluh orang sukarelawan tersebut.

Semua negara dah kecam Zionis Israel. Malaysia pun dah kecam. PM Najib pun kecam Zionis Israel kerana serang konvoi bantuan untuk rakyat Palestine di Gaza. Tapi dah berbelas jam tembak dan bunuh sukarelawan tu baru teringat nak kecam. Tak ada tindakan drastik. Sebab apa?

Inilah akibatnya kalau ambil penasihat negara daripada talibarut Zionis Israel iaitu Apco Worlwide yang dibayar RM77 juta oleh kerajaan Umno-Bn.Berapa lagi kerajaan Umno-Bn mau bayar kepada Apco? Mulut kecam dalam hati sayang sangat kepada Apco. Mulut pun jadi lemah nak kecam dan kutuk Zionis Israel. Hanya ala kadar saja. Dah bagi duit RM77 juta lepas tu termakan budi Apco pulak.

Kata seorang anak muda tadi sewaktu dok tunggu hujan berenti, "Duit RM77 juta tu kalau bagi kepada pasangan yang tak mampu berkahwin, tak cukup duit kan bagus. Tak la berlaku gejala buang anak dalam tong sampah, depan tangga masjid, bunuh dan tanam hidup-hidup!"

Berkaitan;
Gaza:Najib diberi 48 jam untuk bertindak-Malaysiakini
Keganasan Israel:Apco lewat nasihat Najib?-Harakahdaily

Dah banyak makan benda haram nak lawan Yahudi pun dah tak larat

Apa kata kita kita ramai-ramai pakat pulau barangan Tesco yang menyediakan daging ayam tidak disembelih ikut hukum syarak?Makan ayam yang tak disembelih ikut Islam dikira makan bangkai. Dah berapa ramai umat Islam tertipu dengan logo halal syarikat berkenaan?

Umat Islam mudah tertipu dengan logo halal. Asal ada saja logo halal terus beli tanpa pikir panjang.Akibatnya makan daging bangkai. Sokong judi bola pulak pun dapat saham. Tu sebab nak lawan Yahudi yang sedang mengganas menembak dan bunuh anak kapal yang bawa bantuan ke Gaza dah jadi lemah dan tak bermaya.

Di tambah pulak Umno-BN -Apco dah jadi abang -adik nak lawan apa lagi?RM77 juta yang diberi kepada Apco kena ingat sampai mati.

Berkaitan;
Jual ayam tak halal,Tesco disaman RM1.6 juta-Bernama/malaysiakini
12 rakyat M'sia di kapal yang Israel-Malaysiakini