Ntv7, stesyen tv milik Rangkain Prima yang ada kaitan dengan umno dalam satu programnya yang diacarakan oleh Floorence Looi sempena 100 hari Najib jadi PM telah memberi gred C dan D saja untuk Najib selama 100 hari jadi PM. Markah tersebut diberikan oleh seorang ahli panel program 'Point of View', Leslie Lau dari Malaysian Insider. Gred C dan D untuk Pm Najib itu juga menyebabkan pengacara program tersebut, Floorence Looi ditukar bidang kerja ke bilik berita.
Sebelumnya mantan PM, Mahathir berkata selama 100 hari Najib jadi PM banyak yang negatif daripada yang bawa kebaikkan. Gred C dan D itu kalau bagi murid-murid yang ambil UPSR tak layak untuk masuk sekolah berasrama penuh. Atas dasar apa ahli panel tersebut kata Najib hanya layak dapat Gred C dan D?
Kebebasan media yang dilaungkan kerajaan hanya untuk sokong Umno tapi kalau buat pandangan yang tak menyokong Najib kena tindakan disiplin. 1 Malaysia hanya untuk sokong Najib bukan 1 Malaysia lawan Najib
Isnin, 13 Julai 2009
Manek Urai: Politik Ugut Umno Memalukan
Politik ugut dan janji yang diamalkan Umno nampaknya tak dapat dipisah daripada batang tubuh Umno dan pemimpin Umno. Tindakan seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri, orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia, Muhyidin Yasin yang berjanji akan buat jambatan di Manek Urai Lama sekiranya menang tidak patut diamalkan dalam dunia yang dah semakin berkembang maju. kata Muhyidin -"hari ni bn menang esok buat jambatan". Maknanya kalau kalah tak akan buat jambatan.
Berapa sangatlah nilai sebuah jambatan, sehingga Umno sanggup janji dan ugut seperti itu kepada rakyat di Manek Urai? Politik beri dan wajib sokong Umno sebagai habuan ini sudah lama berlaku dalam setiap pilihanraya yang diadakan.Janji tinggal janji akhirnya rakyat yang ternanti-nanti sehingga timbul pula lain-lain pilihanraya untuk janji seterusnya.
Dulu zaman Tunku Abdul Rahman dibuat Biro Siasatan Negara untuk hapus rasuah. Zaman Mahathir ditukar kepada Badan Pencegah Rasuah, Zaman Pak Lah ditukar lagi kepada SPRM, tapi adakah rasuah semakin berkurangan atau bertambah? Semuanya hanya sekadar nama saja yang bertukar tapi keberkesanan tidak ada. Sekarang Najib buat pula 1Malaysia, tapi semuanya hanya sekadar slogan, rasuah tetap bermaharajalela. Adakah politik sogok wang dan bagi benda untuk rakyat sokong itu tak dikira rasuah dalam pilihanraya?
Sebab tu Umno bila diajak berdebat atas tajuk 'Kenapa Umno Tolak Islam'? oleh Murshidul Am Pas Umno tak sahut. Bukan nak cari sapa berani sapa takut tapi nak berdebat antara kebenaran dan kebatilan. Umno kata tak ada faedah , bincang pasal politik Umno mau tapi bincang pasal agama Umno tolak.

Ahad, 12 Julai 2009
Pesanan ABE UJI Buat Semua Pengundi Dun Manek Urai, Termasuk Pengundi Luar Kelantan
BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum wrt wbt
Adik Kakak para pengundi DUN Manek Urai yang sangat saya hormati,
Semoga Adik Kakak semua sentiasa dalam peliharaan Allah swt. Izinkan surat ini menjadi pengganti diri saya kerana dalam masa yang sangat singkat ini tidak mungkin saya sempat bertemu dengan semua para pengundi terutamanya yang tinggal di luar Kelantan.
Pada Pilihanraya kali ini, saya dengan penuh rendah diri menawarkan khidmat untuk menjadi wakil adik kakak di Dewan Undangan Negeri. Keluarga adik kakak semua tidak asing bagi saya yang memang dari dulu bercampur gaul dengan semua peringkat masyarakat Manek Urai.
Saya menawarkan diri dengan penuh rasa sedar bahawa tugas ini adalah amanah amat besar yang akan dipersoalkan Allah SWT. Amanah ini bukan untuk memperkayakan diri atau membina rumah besar tetapi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Contoh yang ditinggalkan oleh Paksu Wel yang ramah, cergas, merendah diri dan istiqamah dalam perjuangan akan saya teruskan. Saya sangat faham dengan kehidupan di Manek Urai dan sedar banyak yang perlu kita pertingkatkan. Dengan bantuan semua, kita boleh memperkukuhkan kerajaan pimpinan Tok guru yang kita sayangi.
Sudah terbukti selama ini kita hidup sejahtera di bawah kepimpinan para ulama dan mereka yang sayangkan agama. Tapi akhir-akhir ini Tok Guru yang kita sayangi dicerca dan dihina oleh sesetengah golongan. Orang luar hanya boleh membuat janji kosong dan akan balik selepas pilihanraya. Ini terbukti kerana selama ini Kelantan dipinggirkan dan hak kita seperti wang royalti minyak dinafikan.
Demi terus menyokong perjuangan Islam, kita perlu sokongan dari semua. Saya sangat berharap adik kakak akan balik pada pilihanraya ini untuk mengundi di samping menziarahi sanak saudara. Mungkin ini agak besar untuk dilakukan terutama bagi yang bekerja di luar tapi itulah tandanya kita mendokong perjuangan rakyat. Hanya Allah yang mampu membalas segala usaha dan sokongan adik kakak. Selamat mengundi.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(Fauzi Haji Abduillah – Abe Uji)

Dihantar oleh seorang kawan tanpa edit. Umno boleh janji apa saja di Manek Urai, nak jadikan anak emas dan macam2 anak lagi termasuk anak limau, anak getah tapi yang pastinya pengundi di Manek Urai tak mudah diperbodohkan oleh Umno yang sanggup anggap Tok guru Nik aziz nyanyuk dan sebagainya.Pemimpin Umno sanggup turun toreh getah semata-mata nak perdayakan pengundi Dun Manek Urai hakikatnya merekalah perompak hasil minyak Kelantan sejak tahun 2004 hingga sekarang tanpa satu sen pun keuntungan minyak dikembalikan kepada rakyat Kelantan.
Umno laungkan hidup Melayu, hidup Bangsa tapi Umnolah yang jadi juara tindas bangsa sendiri, pelingkup bangsa sendiri walaupun Kelantan semuanya diperintah orang yang sebangsa dengan Umno.Pemimpin Umno di Manek Urai sanggup menyamar jadi orang miskin sehingga sanggup baca ayat Quran pun tak betul punya kemaruk nak jadi ulama, tapi pengundi di Manek Urai tak mudah tertipu dengan Umno. kalau tak menipu bukan Umno namanya.
Perompak dan pembunuh Bentong Kali, Botak Chin, Kalimuthu itu memang jahat sebab jadi perompak, sejahat-jahat mereka adakah mereka lebih jahat daripada orang yang letupkan manusia yang bernama Altantuya hingga berkecai dengan bom C4 ?Adakah yang merompak hasil minyak Kelantan lebih jahat daripada mereka?
Khir Toyo buat istana ala Bali sampai RM24 juta, sampai Mahathir pun terkejut sebab lagi mahal daripada rumah dia.Rakyat Selangor jual jambu batu tepi jalan merata-rata tempat sampai bila nak kaya?
Tun Mahathir Dikecewakan PM Najib
Salah satu punca kembalinya mantan PM,Mahathir kedalam Umno ialah setelah ketiadaan mantan Pm ,PakLah yang berundur jadi Perdana Menteri Malaysia 100 hari yang lalu. Mahathir beranggapan Pm najib akan kembali meneruskan segala dasar dan idea-idea beliau semasa jadi PM dulu yang tertunggak setelah Pak Lah tidak melaksanakan Jambatan Bengkok yang menghubungkan Singapura-Malaysia setelah naik jadi PM. Mahathir pada masa itu telah memperlekehkan Pak Lah yang jadi PM kerana mengecewakannya.Kritikan pada Pak Lah sentiasa ada dalam diri Mahathir dengan menganggap kabinet Pak Lah dikuasai menantunya Khairy Jamaludin di belakang tabir.
Kini setelah Najib jadi PM, 100 hari bermacam-macam pula kritikan pedas dan perli kepada Najib dilakukan Mahathir, ada saja yang tak kena pada pandangan Mahathir pada diri PM Najib.Banyak yang buruk daripada yang positif dilakukan PM Najib kata Mahathir. Mahathir begitu marah dan kecewa kerana PPSMI yang dilaksanakan oleh beliau dulu sewaktu jadi PM telah dibatalkan oleh Najib yang akan bermula pada tahun 2012 akan datang. Najib juga akan buat "jambatan ketiga" di Johor bukannya "Jambatan Bengkok" idea Mahathir.Mahathir terus kecewa dengan Najib.Mahathir kata kabinet Najib masih ambil perasuah untuk urus kerajaan.
Sebagai reaksi kepada pembatalan PPSMI, Mahathir telah buat undian dalam blognya untuk dijadikan rujukan kepada kerajaan supaya ditarik balik pembatalan PPSMI. 85 peratus pengundi dalam blognya bersetuju supaya PPSMI diteruskan. Najib yang naik jadi PM dengan muka penuh terpalit skandal Altantuya dan skandal jual beli senjata dan kapal selam Scorpene masa jadi Menteri Pertahanan dulu cuba buat imej baru yang segala-galanya nampak baik untuk tarik balik hati rakyat yang tolak Umno-BN dalam pru-12 yang lalu. Pengumuman 11 perkara yang kononnya nampak lumayan dan digula-gulakan untuk rakyat Malaysia tak kira muda dan tua. Mahathir juga kecewa dengan penghapusan 30% ekuiti bumiputra dan DEB oleh Najib. Dalam keadaan orang Melayu masih terhencot-hencot untuk bersaing dengan kaum lain dalam bidang ekonomi Umno yang laung-laungkan perjuangkan bangsa telah menguburkan hak-hak mereka selama ini yang dah dilaksanakan sejak 30 tahun yang lalu.
Umno yang selama ini anggap "kita adalah tuan kepada negara ini" telah menjadikan orang Melayu sebagai kuli saja sekarang ini. Jurang ekonomi antara bukan bumiputra dan bumiputra akan jadi semakin melebar dengan penghapusan 30% hak-hak mereka yang tak pernah tercapai.Yang kaya pemimpin Umno dan kroninya, yang miskin adalah rakyat bawahan yang termakan gula-gula Najib.
Pengumuman projek Umno di Manek Urai sebanyak Rm 25 juta baru sejuta lebih daripada nilai rumah Khir Toyo di Shah Alam yang berharga Rm 24 juta. Janji Umno di Manek Urai itu akan tamat sebaik saja proses pengundian di Manek Urai selesai jam 5 petang Selasa, 14 hb Julai ini. Tun Mahathir tak kempen ke di Manek Urai?

Jumaat, 10 Julai 2009
100 Hari Najib Jadi PM, Altantuya Tetap Di Mulut Rakyat

Genaplah sudah Pm Najib jadi PM selama 100 hari. Mantan PM , Mahathir anggap Najib jadi PM dalam 100 hari lebih banyak yang buruk daripada yang baik. Yang baik dan positif bagi PM Najib hanya rajin jumpa rakyat, yang tu saja nampak positif, kata Mahathir. "Kejayaan" Najib ialah hapuskan kuota 30% pemilikan bumiputra dalam segala kontrak kerajaan. "Terimakasih " Najib!Walaupun PM Najib dah jadi PM 100 hari tidak lekang dimulut rakyat yang kaitkan beliau terus menerus dengan wanita cantik dari Monggolia yang gebu dan monggel bernama Altantuya Shaaribu atau Aminah yang mati di bom hingga berkecai di Puncak Alam , Selangor. Najib dan isterinya Rosmah Mansur atau digelar 'Wanita Puaka' tetap menafikannya berkali-kali walaupun dituduh terlibat dengan Altantuya.
Bagaimanapun rakyat jelata disegenap pelusuk negara tetap menyebut-nyebut perkataan Altantuya samaada sembang di kedai kopi maupun ditempat -tempat eksklusif setiap hari samaada sebelum Najib jadi PM maupun dah genap 100 hari Najib jadi PM.Perkataan Altantuya menjadikan hidup Najib sentiasa dibayangi wanita cantik itu kerana disebut rakyat setiap hari.Suara Keadilan boleh dikatakan setiap keluarannya ada tertera gambar Altantuya sebagai penghias tetap berita akhbar tersebut.
Mahathir juga menjelaskan kabinet Najib terus dianggotai perasuah dan jika ada benda-benda tak betul tidak ada sapa pun yang nak tegur. Mantan PM Pak Lah pula menyatakan 100 hari PM Najib jadi PM semakin diterima rakyat. Ya lah cuba si Khairy Jamaludin tu tak dapat apa jawatan dalam Umno mungkin komen Pak Lah lain pula.
Adakah semangat Natrah masih ada dalam jiwa Islam-Melayu?
Harakah daily dan Utusan Malaysia melaporkan Natrah(Bertha Hertogh) sudah meninggal dunia di Belanda kampung halamannya.Adakah anak muda sekarang masih ingat dan baca sejarah peristiwa"Rusuhan Natrah" dan berdarah tersebut? Peristiwa yang berlaku pada tahun 1950 itu berlaku apabila Natrah yang berumur 13 tahun ketika itu memeluk Islam dan bernikah dengan Mansor Adabi yang berusia 22 tahun. Peristiwa Natrah peluk Islam itu telah menimbulkan perebutan hak penjagaan antara ibu angkatnya, Che' Aminah dan keluarga asal beliau.
Mahkamah yang dikuasai penjajah British buat keputusan hantar Natrah pulang kepada keluarganya di Belanda. Disinilah bermulanya kebangkitan orang Islam-Melayu di Singapura, yang marah dengan keputusan mahkamah tersebutBerlaku rusuhan di Singapura yyang menyebabkan seramai lebih kurang 18 orang terbunuh dan 200 orang cedera kerana bertempur dengan askar dan polis British. British yang kuasai Singapura istihar perintah berkurung 2 hari 2 malam.
Orang Melayu -Islam pada ketika itu tanpa mengira tok lebai, pak aji, buruh kasar, polis yang Islam turut bangun menentang keputusan mahkamah itu semata-mata semangat mereka cintakan Islam walaupun mereka pada ketika itu tidak ramai yang berpengetahuan agama.Semangat orang Melayu -Islam Singapura pada agama begitu menebal hanya semata-mata mahkamah dan keluarga asalnya nak memurtadkan Natrah semula.Hanya kerana seorang saja nak dimurtadkan mereka sanggup mati dan tercedera mempertahankan saudara seagama mereka!
Apa yang aku nak sampaikan ialah adakah semangat Melayu-Islam seperti Rusuhan Natrah itu masih ada dalam jiwa orang -Melayu pada ketika ini? Mufti Perak pada satu ketika dulu (bab ni aku sokong) mendedahkan beratus ribu dah orang Melayu dah di MURTADKAN! Apa perasaan kita semua pada anak-anak muda Melayu-Islam yang dah berjaya dimurtadkan atau pun di Kristiankan? Langsung tak ada tindakan yang pro-aktif untuk menyiasat secara mendalam dan mengekang gejala murtad di kalangan anak-anak Melayu- Islam ini. Kalau anak jiran kita , saudara kita dimurtadkan kita tak rasa apa-apa, sebab kita dah tak dapat rasa tanggungjawab terhadap agama dah semakin nipis. Kalau adapun hanya pertubuhan seperti PERKID dan dua -tiga badan bukan kerajaan terpaksa bergerak dengan pembiayaan sendiri.
Kalau zaman Natrah nak dimurtadkan hanya seorang mereka sanggup mati, tapi sekarang angka ratusan ribu Melayu -Islam Murtad kita tak berdaya nak mempertahankannya. Lemah sungguh iman kita.Kerajaan patut kembali laksan hukum Islam berkaitan murtad kerana amaran Allah amatlah keras terhadap orang yang keluar daripada Islam. Alangkah bagusnya jika ada orang Islam Murtad, orang Melayu- Islam bangun tunjuk perasaan macam Himpunan Bersih yang cecah ratusan ribu orang itu, alangkah bagus sekiranya orang Islam bangun dijalanraya tunjuk perasaan seperti di kedutaan Denmark kerana rakyat negara Denmark lukis kartun hina Nabi Muhammad SAW. Tapi bab Murtad kenapa kita tak kehadapan?

Khamis, 9 Julai 2009
Muhyidin Tak Tau Beza Syiar Dengan Syariat
Berkata Muhyidin Yasin dalam ceramah Umno di Manek Urai-"Tunjuk bukti Umno tak perjuang Islam
. Beliau cabar Pas bagi bukti .Ini berikutan Murshidul Am Pas terus berkata Umno memperjuangkan Nasionalis dan sekularisme bukan memperjuangkan Islam.
Muhyidin kata Umno dah banyak buat benda-benda Islam, seperti Bank Islam , Universiti Islam, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Islam. Tu baru syiar bukan Syariat, setakat yang aku tau. Bagaimana pula dengan yang lain-lain:
Aku nak banding apa yang Kelantan buat bukan negeri lain, negeri lain aku tak mau cakap sebab Pas tak berkuasa penuh, yang ni kita kena faham. Kalau aku tak betul sila tegur;
1-Kelantan luluskan hukum hudud dalam dun negeri Kelantan, tapi Umno tolak hudud siap bagi amaran lagi kepada kerajaan Kelantan jangan laksana hudud, istihar darurat(Zaman Mahathir)
2-Kelantan hapuskan jualan arak secara terbuka, boleh minum tapi dalam rumah sendiri(bukan Islam)
3-Hapuskan tikam nombor dan judi-tak keluar lesen
4-Wajibkan pemakain tudung kepala dan tutup aurat di khalayak ramai bagi wanita Islam
5-Kaunter berasingan untuk lelaki dan wanita di pasaraya
6-Pajak gadai Islam
7-Dinar Emas
Kalau setakat buat masjid cantik dan indah kat Hong Kong dan Korea Selatan pun ada masjid, tu perkara biasa. Umno kenakan interest kepada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi untuk bayaran balik pinjaman (PTPTN). Kerajaan Umno-bn juga hapuskan bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan anak tirikan sekolah2 agama rakyat. Apa yang Umno buat untuk Islam? penjarakan ulama dan bunuh ulama Pas itu ada Umno buat.Tangkap oarang tanpa bicara (ISA) itu Umno ada buat.
Beli adun di Perak dan timbul akuan bersumpah 50 juta itu kerja Umno. Umno juga tak berani tegur Sisters in Islam yang amalkan Islam Liberal kerana sama macam Umno. Umno dan kabinet buat kerja gila cadangkan orang bukan Islam masuk Islam tak libatkan anak-anak, mereka kekal agama asal! Perjuangkan Islam apa macam tu. Umno pernah cadangkan dihapuskan perkataan ISLAM pada mana-mana pertubuhan atas nama Islam, tapi Raja-Raja Melayu tolak. Umno anggap politik dan agama tak boleh campur aduk umpama minyak dengan air tak boleh dok sekali.

. Beliau cabar Pas bagi bukti .Ini berikutan Murshidul Am Pas terus berkata Umno memperjuangkan Nasionalis dan sekularisme bukan memperjuangkan Islam.Muhyidin kata Umno dah banyak buat benda-benda Islam, seperti Bank Islam , Universiti Islam, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Islam. Tu baru syiar bukan Syariat, setakat yang aku tau. Bagaimana pula dengan yang lain-lain:
Aku nak banding apa yang Kelantan buat bukan negeri lain, negeri lain aku tak mau cakap sebab Pas tak berkuasa penuh, yang ni kita kena faham. Kalau aku tak betul sila tegur;
1-Kelantan luluskan hukum hudud dalam dun negeri Kelantan, tapi Umno tolak hudud siap bagi amaran lagi kepada kerajaan Kelantan jangan laksana hudud, istihar darurat(Zaman Mahathir)
2-Kelantan hapuskan jualan arak secara terbuka, boleh minum tapi dalam rumah sendiri(bukan Islam)
3-Hapuskan tikam nombor dan judi-tak keluar lesen
4-Wajibkan pemakain tudung kepala dan tutup aurat di khalayak ramai bagi wanita Islam
5-Kaunter berasingan untuk lelaki dan wanita di pasaraya
6-Pajak gadai Islam
7-Dinar Emas
Kalau setakat buat masjid cantik dan indah kat Hong Kong dan Korea Selatan pun ada masjid, tu perkara biasa. Umno kenakan interest kepada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi untuk bayaran balik pinjaman (PTPTN). Kerajaan Umno-bn juga hapuskan bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan anak tirikan sekolah2 agama rakyat. Apa yang Umno buat untuk Islam? penjarakan ulama dan bunuh ulama Pas itu ada Umno buat.Tangkap oarang tanpa bicara (ISA) itu Umno ada buat.
Beli adun di Perak dan timbul akuan bersumpah 50 juta itu kerja Umno. Umno juga tak berani tegur Sisters in Islam yang amalkan Islam Liberal kerana sama macam Umno. Umno dan kabinet buat kerja gila cadangkan orang bukan Islam masuk Islam tak libatkan anak-anak, mereka kekal agama asal! Perjuangkan Islam apa macam tu. Umno pernah cadangkan dihapuskan perkataan ISLAM pada mana-mana pertubuhan atas nama Islam, tapi Raja-Raja Melayu tolak. Umno anggap politik dan agama tak boleh campur aduk umpama minyak dengan air tak boleh dok sekali.
Yang mana satu betul
Seorang penyokong kerajaan perpaduan berkata kepada aku-"Pas sikit-sikit dengar cakap Dap", kata aku kepada beliau-" mana ada, lebih baik kawan dengan Dap daripada kawan dengan Umno", aku cuba jolok beliau. Kata orang tu lagi-"Umno tak pa busu-busuk pun dia Islam".Jawab aku-"Habis dulu yang cakap Umno kafir tu sapa?" "Dulu masa tak timbul kerajaan perpaduan kenapa tak cakap Pas dengar cakap DAP? Kenapa sekarang baru cakap? Dah batal kerajaan perpaduan baru anda cakap Pas dengar cakap Dap".
Aku bukan mereka cipta isu tapi itu yang orang kuat perpaduan tu bualkan dengan aku petang tadi. Rupa-rupanya masih wujud perasaan tidak puas hati golongan dalam Pas kerana agenda kerajaan perpaduan dah batal dan tutup buku.Mereka simpan kuku buat sementara waktu , mungkin tunggu selepas keputusan PRK Manek Urai untuk serang balas golongan yang gagalkan kerajaan perpaduan jika keputusan memihak Umno (moga Umno kalah di Manek Urai).
Atas dasar apa penyokong perpaduan tu kata Pas dengar cakap Dap? Di Kedah, MB Ustaz Azizan robohkan tempat sembelih babi di Kg Berjaya , Alor Setar adakah dengar cakap Dap? Di Pulau Pinang, KM Lim Guan Eng naikkan elaun guru KAFA (sekolah agama) dengar cakap siapa?
Penyokong perpaduan itu cuba tiupkan sifat kasih sayang beliau kepada Umno, yang satu ketika dulu dibencinya.Beliau cuba mencelarukan pemikiran dalam Pas supaya lawan Dap tapi berbaik-baik dengan Umno.

Rabu, 8 Julai 2009
Manek Urai: Kepala Cakap Lain, Ekor Cakap Lain

Peraih ikan dan penjual ikan nak berdemo jumaat ini kerana bantah Ketua Penerangan umno, Ahmad Maslan yang hina mereka dalam satu ceramah di Manek Urai.Hinaan ini mungkin ada kena mengena dengan calon Pas yang menjadi pemborong ikan.
Semalam PM Najib gesa semua pemimpin Umno yang berkempen di Manek Urai supaya berhemah dalam berkempen di Prk Manek Urai, tak akan menyerang pihak lawan dengan kata-kata kesat dan akan guna bahasa yang lembut dan lunak untuk pikat para pengundi di dun Manek Urai. Penasihat jentera pilihanraya Pas Kelantan berkata 1000 orang golongan peniaga ikan dan pemborong ikan akan berhimpun bantah kenyataan Ahmad Maslan.
Yang kepala suruh berhemah yang ekor buat strgedi buruk -burukkan calon lawan.Itulah Umno dari dulu, kini dan selamanya cakap tak serupa bikin.
Maukah Hang Pa Terima Dua Pengkhianat Ini?
Zambry yang jadi MB Perak atas ihsan Mahkamah Rayuan itu kembali bergelora berikutan adanya ura-ura dua adun yang istihar bebas , Jamaludin Mohd Razi (Behrang) dan Man Jailu (Changkat Jering) untuk masuk semula PKR. Kedua-dua pengkhianat inilah yang jadi punca tumbangnya kerajaan pakatan rakyat di Perak dan krisis perebutan kerajaan negeri Perak antara UBN-Pakatan Rakyat terus berlaku sehingga sekarang.Umno-Bn yang berkuasa sekarang di Perak adalah hasil bantuan dua ekor ini yang istihar
jadi bebas tapi sokong Bn.sekarang mereka berdua nak lompat semula ke pakatan rakyat kerana apa satu jawatan pun Zambry tak bagi kat dua adun ini bila sokong Bn. Mungkin Man Jailu dan Jamaludin dah minta jawatan exco kat Zambry tapi kedua-dua adun ni ada kes rasuah di Mahkamah.
Jika dua adun ini lompat ke pakatan rakyat kerajaan Zambry angkat kaki keluar daripada pejabat MB.Mungkin mereka berdua hanya sekadar gertak Zamry pasai apa satu pun tak dapat.Tapi adakah pakatan rakyat mau terima dua orang ini jika mereka kembali kepada pakatan rakyat?Kalau pakatan rakyat nak sangat berkuasa di Perak terima tapi kalau bermaruah jangan ambik Jamaludin dan Man Jailu. Mereka boleh pusing balik kalau dalam pakatan tak juga dapat jawatan. Lebih baik bubar Dun. Kalau pakatan kalah, kalah secara bermaruah.
Selasa, 7 Julai 2009
3,030 Polis Berkeliaran Di Manek Urai
Polis Di Raja Malaysia turut berkampung di Manek Urai kononnya demi keselamatan para pengundi yang akan keluar mengundi dan untuk jaga ketenteraman awam masyarakat di Manek Urai sempena prk dun Manek Urai. Berkata KPN, Musa Hasan supaya anggota polis dapat jalankan tugas dengan berkhemah supaya tak dituduh berat sebelah. Nada nya sama dengan PM Najib yang minta pemimpin Umno supaya elak politik kata mengata dan mengumpat antara Umno dan Pas semasa berkempen di Manek Urai.
Jumlah anggota polis yang bertugas mengikut laporannya ialah sebanyak 3,030 anggota.Adakah wajar sebegitu ramai anggota polis di tempatkan di kawasan terpencil sempena prk Manek Urai itu?

Ikhlas Buat Ustaz Nasa...
Berkata seorang pemimpin Pas yang aku tak mau sebut nama , memberi satu cadangan ikhlas dalam keadaan sekarang yang beliau hadapi. Jalan terbaik buat Ust Nasa ialah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas. TP Pas itu boleh pergi sambung belajar di luar negeri ambil Phd dalam bidang yang beliau suka. Duduklah di luar negeri 2-3 tahun tenangkan fikiran sambil habiskan Phd beliau. Selepas itu Ust Nasa boleh pulang ke tanah air untuk jadi profesor di mana-mana pusat pengajian tinggi.
Jika beliau tidak berminat sebagai tenaga pengajar akademik, Ust Nasa boleh kembali aktif dalam Pas atau menyertai mana -mana parti politik yang beliau suka. Dalam keadaan sekarang ust Nasa tertekan untuk hadir mana-mana program parti Pas seperti perarakan calon Pas semalam di Manek Urai. Bermacam -macam perkara bermain dalam fikiran beliau. Jika hadir mungkin kena boo, tak hadir dituduh masih tak dapat terima kenyataan apa yang berlaku semasa kecohnya agenda kerajaan perpaduan tempoh hari.
Kata pemimpin Pas itu lagi, siapa yang akan panggil Ust Nasa ceramah? Trengganu mungkin ya tapi lain-lain negeri macam mana? Jika dipanggil ceramah oleh Pas kawasan atau cawangan orang yang tentang kerajaan perpaduan akan berkata- "Patut hang panggil dia ceramah hang orang dia".MB Kedah boleh panggil Ust Nasa ceramah tapi lain-lain pemimpin Pas yang tentang kerajaan perpaduan takkan setuju. Begitulah sebaliknya. Begitu juga di Selangor, akan timbul perli memerli sesama sendiri.

Langgan:
Catatan (Atom)