Selasa, 11 September 2012

Kes Nasha yang menang ialah Utusan Meloya

Kerja musuh politik ialah buat propaganda supaya lawan mereka jadi kucar kacir dan haru biru.Begitu juga dengan pihak yang lagi satu buat strategi sama supaya lawan mereka juga lemah dan bercelaru.Ini politik macam-macam boleh jadi.

Ada yang kata kes Nasha, Umno dan Utusan Meloya gigit jari sebab Nasha tak dipecat dan ditendang keluar daripada Pas.Pihak ulama Pas kata 'Syaitan dikenali' menangis.Betul ke Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man?
Penyokong Nasha dalam Pas juga gembira kerana Nasha tak diapa-apakan.Ada yang kata Nasha tu kalau kena pecatka tak kena pecatka bukan ada pengikut.

Nasha tidak dihukum kerana pru 13 dah semakin dekat.Ini ada benarnya.Simpan dulu kalau dah merebak lagi teruk pon masih disimpan Pas akan alami nasib buruk pru 13 akan datang.Hanya kerana seekor kerbau bawa lumpur semua terpalit.Kini sahabat Nasha , Hasan Ali yang ditendang keluar daripada Pas kata Nasha menang moral sebab tak kena sebarang tindakan.Nasib Hasan Ali la tak dipertahankan Pas cuma Pas masih pertahankan Nasha.

Bagi Pas, Nasha  yang desak Pas keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tak setuju dengan Karpal Singh bukan satu kesalahan.Ini cuma perbezaan pendapat saja.No hal !

Yang buat hal bukan ahli biasa Pas tapi pemimpin Pas yang juga ahli majlis syura hingga ahli majlis syura Pas terpaksa berhimpun bercekang biji mata sampai tengah malam lepas tu kata tak bincang pon pasal Nasha.Kenapa Nasha buat hal?Adakah kerana hilang jawatan dalam parti jadi punca Nasha buat hal yang menyebabkan ahli Pas dan penyokong Pas rasa mengkelan dengan Nasha?


1 ulasan: