Khamis, 27 September 2012

'Kalau siasat Musa Hasan dan AG banyak rahsia lain terbongkar'

Menteri :Polis, SPRM tak siasat skandal 'Copgate'-Malaysiakini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata polis tidak menjalankan apa-apa siasatan ke atas dakwaan mengenai hubungan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga tidak membuat sebarang siasatan ke atas dakwaan tersebut dengan alasan sama – tiada sebarang aduan diterima.

Tambahnya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Mac 2012 menolak penubuhan jawatankuasa siasatan kerana "tiada bukti kukuh dapat dikemukakan".

"Setakat ini juga, tiada sebarang laporan polis diterima mengenai pendedahan yang telah dibuat oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff berkenaan hubungan bekas ketua polis negara dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa beliau masih berkhidmat dalam PDRM.

"Bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang laporan atau aduan dibuat, pihak agensi penguatkuasaan undang-undang akan menjalankan siasatan yang sewajarnya mengikut peruntukan dan kuasa undang-undang yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada MP Segambut Lim Lip Eng berhubung dakwaan skandal yang popular dengan jolokan 'copgate' itu.
NONEMalaysiakini sebelum ini melaporkan, pemberi maklumat polis mendakwadipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes tersebut - salah seorang daripada mereka adalah Ramli (kiri).

Pegawai berkenaan didakwa memalsukan bukti pada 2007, namun kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan pada pertengahan 2011.
Ramli pada 29 Februari lalu mendakwa, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Musa dan 'Tengku Goh' bersekongkol di sebalik tindakan tersebut.
Malaysiakini pada 2007 menyiarkan laporan khas berhubung skandalberkenaan, yang menunjukkan rentetan peristiwa dan tokoh penting yang didakwa terlibat.
Musa Hassan pada Mac lalu menafikan dakwaan beliau melindungi tokoh kongsi gelap atau berkonspirasi dengan Abdul Gani untuk menganiaya Ramli. -Malaysiakini

Saya teringat isu tunjuk punggung kepada gambar Najib malam sambutan kemerdekaan negara 30 Ogos lalu.Mereka diburu dan ditangkap.Banyak pulak laporan polis dibuat.Pihak polis pulak percepatkan siasatan.Bila didedahkan pulak isu kencing gambar MB Kelantan dan Presiden Pas polis bagi jawapan yang sama tiada laporan polis.

Kini Datuk Nazri juga kata sama tiada laporan polis terhadap Musa dan AG.Senang la jadi menteri takat jawab macam tu.Tapi apa nak kisah anak menteri pukul orang pun tak ditangkap dan didakwa!Saya suka tengok filem Hindi kalau kisah polis yang jahat dan kaki rasuah, menteri yang lindungi kumpulan samseng.Sama macam apa yang berlaku dalam politik negara kita.

'Kalau Musa dan AG disiasat dan didakwa ada kemungkinan rahsia lain akan terbongkar'.Mana saya tau.Siasat la dulu baru tau.Lebih baik didiamkan dengan alasan yang paling kebudakan dan mahu bodohkan rakyat.

5 ulasan:

  1. ABU...ABU....ABU...

    BalasPadam
  2. aku setuju 100peratus binatang2 tu di saman dlm ms terdekat ni..kasi najis terberak cair

    BalasPadam
  3. Menteri tau rakyat banyak dalam negara kita ini bodoh-bodh belaka, hanya segelintir yang cerdik. Jadi jawapan yang pak menteri beri pun tahap bodoh la. Mengapa pemikiran rakyat banyak jadi bodoh? Memang ini yang diprogramkan oleh UMNO sejak dulu lagi. mana ada sibodoh bertanya itu dan ini? Bila tiada pertanyaan, senang lah menteri-menteri menjawab sesuatu isu: " tiada laporan dibuat".

    BalasPadam
  4. Malangnya rakyat malaysia punya menteri bangang gitu. Jawapan macam siot aje! Kalau begitu minta PAS atau PKR buat repot polis terhadap dakwaan hubungan gengster dengan pihak yang dikaitkan. Kita tengok apa pula kata menteri bangang nih! Kalau tak siasat pun sekurang lepas PRU 13 ni PR boleh buka semula kes kerana repot telah dibuat! Masalah dengan PR ni kekadang bukti dah ada tapi cakap je....tindakan takde! Macam NATO je! No Action Talk Only......

    BalasPadam