Isnin, 10 September 2012

Jangankan dipecat jentik pun tak ada

Sapa makan cabai dialah yang rasa pedasnya.Tapi ada orang suka lagi pedas lagi bagus.Menunggu hukuman ke atas Nasharuddin Mat Isa ahli majlis syura Pas yang kontroversi malam tadi dalam meeting syura Pas Pusat tidaklah rasa apa-apa perasaan pun kerana keputusan sudah diduga malah tak dibincang pun dalam meeting syura Pas Pusat itu.

Kontroversi ke atasa Nasha timbul apabila beliau dilihat bersama PM Najib yang kini jadi ketua gerombolan 'Parti Syaitan Yang Dikenali' (Tun Madey kata BN Syaitan yang dikenali) di Mekah.Lepas tu Nasha desak supaya Pas keluar daripada PR kerana geram kat Karpal Singh yang tolak Hudud sejak tahun 1990 lagi bukan tahun ni Karpal lawan Hudud.Ini kita kena faham betul-betul.Sama macam Umno yang perlekeh dan perlecehkan hukum Hudud.Umno dan Karpal tak ada beza apa pon bab lawan Hudud ni serupa saja depa tu!

Utusan Malaysia macam tau-tau saja kata Nasharuddin Mat Isa tidak akan diapa-apakan dengan melobi sakan sebelum ahli majlis syura Pas bermesyuarat.Utusan memihak kepada Nasha sejak awal-awal lagi.Selalu orang sebut kalau musuh kita yang kini digelar syaitan suka kat kita ada something wrong!

Semalam selepas solat maghrib di tempat saya penyokong Pas pakat bercakap isu Nasha.Kata salah seorang dalam banyak-banyak tu,"Awat Nasha tabur paku karat ketika Pas beria-ia mahu ke Putrajaya,nak hijaukan Putrajaya?".Sambung lagi sorang kata,"Kalaulah almarhum Fadzil Noor ada dah tentu kena dah Nasha tu?"

Semua orang tahu yang merumus dan berbincang untuk Pas bersama PR termasuklah Nasha sendiri.Kenapa sekarang ketika Pas buat excercise nak ke Putrajaya cakap dia jadi lagu lain?.Dah tak rasa manis dah tapi rasa kelat,pahit dan tawar hebiaq kata orang Kedah.Tapi Nasha masih selamat tidak dijentik jauh sekali untuk dipulas telinga.Apatah lagi diterajang keluar daripada Pas.

Edit 10.05 pagi;
Saya langsung tak rasa terkejut jika ada pemimpin Pas ketagihkan candu parti Umno sebab dah lihat lama dah ada pemimpin Pas lari masuk Umno.Jika dulu hebat kutuk Umno semua Umno buat tak ada yang betul tapi bila dah diumpan dengan kemewahan sampai takat mana mampu bertahan?

Tawkey Cina kata kat saya tentang EPL(Liga Inggeris)."Saya mau kasi tau u..itu EPL tu semua main kasi wayang belaka.Semua game ditentukan bookie.Cuba u tengok kelab yang kuat boleh kalah kepada kelab bolasepak yang lemah.Ini semua sebab duit sudah diikat dibetis.Lu apa macam tendang pon aaa tarak masuk punya."

Apapun saya tertarik dengan komen dalam M'insider seperti berikut;
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center menjelaskan hari ini bahawa isu itu sendiri tidak mempunyai kesan meluas kepada pengundi, akan tetapi beliau mengatakan bahawa isu ini telah dieksploitasi oleh musuh PAS menjadikannya perbincangan umum untuk memberikan imej buruk kepada parti tersebut.
“Impaknya terlalu kecil,” katanya.
Pensyarah Jabatan Kajian Antarbangsa dan Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, bersetuju dengan Ibrahim dengan mengatakan “isu Nasharuddin hanya menjadi isu besar hanya selepas dibesar-besarkan oleh musuh PAS terutamanya Umno”.
“Melihat pengelibatan terkini beliau (Nasharuddin) dalam parti dan PAS secara keseluruhannya, dia sudah menjadi sejarah.
“Dia hanya menjadi isu selepas media kerajaan memainkannya secara besar-besaran,” katanya.
Ketika ditanya tentang masa depan Nasharuddin dalam PAS, Ibrahim berkata, “saya rasa jika keputusan negatif malam ini, beliau sukar untuk menjadi calon PRU dan sukar untuk beliau bangkit semula”.Baca semua di sini.

Majlis syura tak bincang isu Nasharuddin-Harakahdaily
Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.
Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.


Sehubungan itu jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli majlis syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," katanya lagi.

Mesyuarat malam tadi turut dihadiri Nasharudin selaku ahli Majlis Syura PAS yang dilihat tiba di ibu pejabat PAS, kira-kira jam 8.55 malam tadi.

Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir mempengerusikan mesyuarat.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat parti itu kira-kira jam 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau dimedia arus perdana yang menggesa PAS mempertimbang semula kenggotaan dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.-harakahdaily

Hadi bersama NasharudinHadi bersama Nasharudin (dua,kanan) selepas selesai mesyuarat Majlis Syura di Ibu Pejabat Pas, malam tadi-Gambar sinarharianonline
Najib dan Nasa di Mekah
Mana lagi bahaya syaitan yang dikenali dengan manusia yang telunjuk lurus kelingking berkait?
Lapor Utusan Malaysia Mensyuarat Majlis Syura Ulama Pas tidak bincang isu Nasharuddin tidak dipecat di muka hadapan akhbar itu hari ni.Utusan amat gembira dengan keputusan majlis syura Pas.

1 ulasan:

  1. Kalau dah begitu keputusan Majlis Syura'maka biarkanlah....tetapi Majlis Syura' kena ingat bahawa keputusan yang dibuat semalam adalah satu permit kepada siNasha ini untuk terus mencalarkan imej PAS dan mengguris hati ahli-ahli PAS yang sebelum ni marah dengan gelagat Nasha dan komennya yang terkeluar dari kesepakatan Majlis Syura'. Sendiri mahu ingatlah PAS weh!!!!

    BalasPadam