Jumaat, 14 September 2012

Jangan hairan jaminan keselamatan hanya ada kepada parti yang dilabel 'syaitan yang dikenali'

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.
"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.
"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.
"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."
Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.
Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu
Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.
|"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.-Malaysiakini

Macam ni lah caranya menteri cap ayam bila bercakap.Main bedal ikut suka hati.Syaitanlah katakan.
Umno-BN yang jadi pembangkang di Selangor,Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang bebas berceramah tanpa sebarang gangguan kejadian yang tak diingini berlaku.
Yang syok lagi tu dah kalah tapi perangai tak berubah malah ingat masih berkuasa di negeri yang mereka kalah.Perangai syaitan pulak mana ada mengaku kalah!Tapi perangai puak syaitan ni turut berlaku di negeri yang mereka kalah.Di Kedah puak syaitan baling kasut melayang masuk dalam rumah Allah SWT.
Mentang-mentang jadi Menteri dan berkuasa ke atas pihak keselamatan ingat polis tu makan gaji dengan Umno dan Perkasa ka?
Puak gerombolan kutuk dan kecam filem hina Nabi Muhammad SAW yang dikasihi tapi tidak kecam baling kasut melayang masuk ke dalam masjid rumah Allah SWT.

3 ulasan:

  1. statement mcm haram jadahhhhhhhhhh....letak jawatan lagi bagus...rakyat sedang menunggu PRU utk menghumban UBN kedalam kubur...tgu saatnya akan tiba....

    BalasPadam
  2. statemen hisyam mulut lebar akn kena balik pd dia ngan sepupu sekatil dia yg paling dia syg thun dpan..

    BalasPadam
  3. Apakah ini bermakna rakyat di selangor,penang,kelantan dan kedah yang telah menolak BN boleh berdemo dan berpesta dijalanraya dan mengganggu program janji dicapati yang dibuat oleh BN memandangkan BN adalah pembangkang dinegeri tersebut? Apa punya haramjadah dan bangang mentaliti menteri macam ni? Ingatlah kuasa rakyat bila terlalu ditekan akan bertukar menjadi kuasa yang tak boleh ditahan-tahan oleh mana-mana regim yang zalim. Sejarah telah dan sedang membuktikan hal ini. Tengoklah mubarak,ghadafi, dan alassad disyiria. Senjata api pun tak dapat pertahankan regim zalim. So jangan bagi statement bodoh macam haramjadah! Kita humbankan BN dalam PRU13 nanti!!jangan biarkan orang yang bodoh dan korup memimpin negara yang tercinta ini!!

    BalasPadam