Isnin, 29 Ogos 2011

Tun Madey semakin menyampah dengan Najib

Saya ada tulis dalam posting saya 'Pakatan Nato Umno' mahu Najib berundur.Kini apabila Tun Madey berkata dalam berita Malaysiakini DR M:Salahkan pemimpinnya , bukan sistem BN mempunyai maksud bahawa Najib memang dah patut berundur jadi PM.

Tun Madey juga tak sedar bahawa beliaulah jadi punca kepada apa yang berlaku sekarang dalam pemerintahan negara.Tun Madey seorang pemimpin yang tak reti nak minta maaf yang dia tau dan pandai ialah semua orang lain salah , hanya beliau seorang saja yang betoi.Kini Najib pulak jadi sasaran Tun supaya berundur jadi PM.

Muhyiddin Yaasin semakin senyum melebar hingga ke telinga bila Najib kena ketuk kiri dan kanan termasuk daripada menteri, mufti dan juga pemimpin Umno sendiri.Tun Madey mahu pertahankan BN supaya terus perintah negara ini dengan andaian tukar pemimpin lain jadi PM maka semuanya urus tadbir negara kembali elok!Tun...dah 54 tahun dah BN perintah Malaysia..dah lama daaah.Rakyat mahu tukar kerajaan bukan tukar pemimpin.

Tun Madey tak sedar semua bapa diktator dunia tumbang seekor demi sekor akibat kebangkitan rakyat yang dicengkam pemerintah yang zalim terhadap rakyat.Mereka berkuasa berpuluh tahun selesa dengan kekayaan yang dibolot tapi akhirnya mereka tumbang.

Jika berlaku pertukaran kerajaan dalam pru 13 apa akan terjadi kepada pemimpin Umno-Bn ? Ha Ha ini yang dibimbangkan Tun ..semua mereka terpaksa dirawat di hospital sakit jiwa kerana ada masalah dengan sumber kewangan.

Jika rakyat cerdik dan bijak maka BN sudah lama tumbang.Bn akan terus perintah negara ini selagi rakyat dapat diperbodohkan BN sampai bila-bila.

1 ulasan:

  1. Kah kah kah....... Bukan setakat pemimpin bn saja rakyat tak kelapaq sekali dengan sistem bn pun rakyat tolak dan meluat.... Kita tengok apa nasib madey dan pemimpin bn selepas PRU 13 nanti.....

    BalasPadam