Baca dua laporan berita di bawah dan fikir dengan sedalam-dalamya siapa yang cakap bohong.Kalau askar pencen sokong PR depa dituduh makan upah dan kena peralat tapi kalau sokong Umno itu baru dikira cakapnya betul!
Bekas tentera mengaku 'tolong pangkah' undi-Harakahdaily
Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.
Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.
Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah. (Duduk: Pertama dari kanan, Mejar (B) Risman Mastor (berkopiah), Mohamed Nasir Ahmad dan paling kiri (bersebelahan dengan Suhaizan Kaiat), Mohd Kamil Omar. Berdiri: Pertama dari kanan, Kamaruzaman Ibrahim. )
Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.
"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.
"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.
Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.
Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.
Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.
"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.
"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.
Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.
Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.
"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan.
“Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?”
"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu.
Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri.
"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak.
"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau.
Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.-Harakahdaily
Tentera sangkal undi diseleweng-Malaysiakini
Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."
"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.
"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.
Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.
"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.
"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.
Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."
"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.Baca semua di sini.
Semua dah jadi SPR nafi, nafi, nafi tengok-tengok memang betoi pun rakyat asing boleh jadi pengundi di negara ini kerana dah dapat IC.Kita koreklah segala kebusukan pemerintah tapi hanya dengan satu ayat saja iaitu "kami nafi' semua kira settle!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan