Sabtu, 27 Ogos 2011

'Pakatan Nato Umno' mahu Najib berundur


Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa memang wujud satu gerakan dalam Umno mahu PM Najib berundur sebagai PM.Kalau dulu semasa era Pak Lah Badawi sebagai PM ada gerakan mahu Pak Lah berundur sebagai PM yang diketuai bekas PM Tun Mahathir , pada ketika ini wujud gerakan yang sama dalam kepimpinan Umno mahu Najib berundur sebelum pru 13 menyusul.

Jika di Libya , Muaammar Gaddafi Presiden Libya dihambat keluar daripada pegang jawatan Presiden Libya oleh pihak pemberontak yang dibantu askar Nato keadaan yang sama kini wujud dalam Umno satu pakatan yang boleh lah dikatakan 'Pakatan Nato Umno' yang sudah hilang kepercayaan kepada Najib sebagai PM.

Kritikan demi kritikan yang tajam menikam oleh pemimpin Umno termasuk barisan kabinet Najib sendiri , begitu juga dengan golongan agama yang pro Umno dan kerajaan menambahkan berat kilo agar Najib berundur sebagai PM.Bekas PM Tun Madey yang mahukan Najib jadi PM gantikan Pak Lah dulu , kini tidak lagi bersuara menyokong kepimpinan Najib.Beliau lebih condong kepada Tiimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin.Bagi Umno pula suara Tun Madey adalah suara keramat Umno.Apa yang disuarakan bekas PM itu masih laku dalam Umno.Tun Madey sendiri langsung tidak mengulas isu himpunan Bersih 2.0 yang dikritik pedas cara Najib layan demo Bersih 2.0 Julai lalu.Mungkin juga kerana anak Tun Madey sendiri Marina turut serta dalam himpunan tersebut.Secara tak langsung Tun Madey tak lagi pertahankan kepimpinan Najib.

Mari kita baca apa yang ditulis saudara Aspan Alias ahli Umno mengenai kepimpinan Najib sekarang ini.Antara lain Aspan Alias menulis;

UMNO memang satu parti yang tidak boleh bergerak tanpa wang ringgit. Ramai yang berjumpa dengan saya mengadu yang mereka tidak mempunyai wang dan tidak mendapat kontrak untuk membantu sumber kewangan untuk bergerak. Mereka tidak berpuas hati kerana mereka di suruh bekerja tetapi tidak mendapat bantuan kewangan melalui kontrak-kontrak besar dan kecil kerana semua peluang perniagaan itu hanya diperolehi oleh orang yang tidak pernah merasa kesusahan menjaga parti. Mereka hanyalah kroni kepada pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa dalam pembahagian habuan dari kementerian dan premis-premis mereka sendiri.

Seterusnya kata Aspan Alias lagi oleh kerana persepsi ramai sudah begitu rendah maka tidak hairan bilamana kita mendengar individu-individu yang terkenal bersama kerajaan pun memberikan pandangan peribadi mereka secara terbuka tanpa segan dan silu. Yang terakhir ialah pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang memberikan pandangan yang Najib mempunyai kepimpinan yang lemah. Kita tahu yang Mufti itu bukan seorang ahli politik tetapi apabila beliau sendiri boleh menyatakan pandangan secara terbuka yang BN di bawah Najib itu adalah lemah maka ianya memberikan bayangan itulah pandangan sebenar rakyat di bawah yang akan membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Terdapat pandangan yang menzahirkan keraguan tentang isu-isu yang ada datang dari pemimpin dalam pentadbiran Najib sendiri seperti pandangan seorang Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah tentang cara Najib mengendalikan isu Bersih dan beberapa isu lain.Baca semua di sini.

Rosmah Mansor bini PM Najib juga dilihat jadi saham kepada cepatnya Najib berundur sebagai PM.Beliau didakwa mengimport sebentuk cincin berlian bernilai AS24 juta tapi menafikannya begitu saja.Banyak lagi kes lain yang didakwa libatkan bini PM itu yang dikatakan suka hidup dengan bermewah-mewah.

Kalau Khir Toyo dakwa ada 3 menteri kabinet mahu beliau dikorbankan dengan dipenjarakan supaya Umno dapat tawan Selangor dalam pru 13 akan datang maka gerakan 'Pakatan Nato Umno' juga mahu Najib berundur supaya BN menang 2/3 dalam pru 13 akan datang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan