Rabu, 3 Ogos 2011

Kalau bulan posa pun cakap bohong bulan tak posa lagi la bohong deras

Najib tidak pernah tawar Stadium Shah Alam-Maria Chin -TVSelangor.com

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria.

Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka.

Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria. Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima kelmarin menyatakan beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan tersebut, namun ditolak.

“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. "Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib.

Najib juga berkata, beliau menawarkan untuk himpunan aman tersebut diadakan didalam stadium ekoran ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta himpunan.

“Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," jelas Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Maria berkata sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin agar mengadakan himpunan tersebut didalam stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka.

Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana- mana pertubuhan yang ingin melakukan himpunan mestilah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tindakan 'flip- flop' Najib itu mengundang pelbagai kritikan daripada 62 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim sebelum ini menawarkan Stadium Shah Alam untuk menjayakan himpunan tersebut, namun setelah mengambil kira banyak faktor, sekretariat Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka. -TVSelangor.com

Siapa cakap bohong ni? Jangan cakap bohong nanti hilang pahala puasa.Cakap Senohong Gelama Ikan Duri , Cakap Bohong Boleh Jadi Perdana Menteri ha ha..

4 ulasan:

  1. Masa bila pulak DS Najib offer stadium Shah Alam, DS Najib kata jika nak berhimpun sekalipun, gunalah stadium lain kat negeri PR... Kemudian MB Selangor menawarkan stadium Shah Alam dgn syarat menjaga kebersihan dan tidak rosakkan harta benda dlm stadium...

    BalasPadam
  2. Hang nak membohong, tengok-tengok la bulan apa skrg... Hang tak posa ka? Dok main hentam keromo... Percaya sgt ckp Maria Chin tu...

    BalasPadam
  3. Hang baca berita ni bebetul: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/33330

    BalasPadam
  4. Kalau kat jalan KL dah ramai geng bersih - susah apanye bukak saja pagar stadium merdeka ..cuma polis elak saja orang ramai masuk stadium...lepas tu nak kunci ..kuncilah.Kalau kerja tu pun susah ..x leh nak kata apa.
    Kalau kat NZ anjing boleh elak beribu biri-biri masuk kandang x kan polis x leh kot.Anjing tak pakai lori pun. Kadang kadang kepala anjing pun tenggelam timbul dalam lautan berbiri, kejap sana kejap sini.

    BalasPadam