Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor;
Dato Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor wajar memikul tanggungjawab apabila telah terbukti satu kempen 'Jus Soli' telah dilakukan oleh puak berkepentingan dengan memberi pengiktirafan warganegara sah kepada pendatang asing yang memegang kad pemastautin tetap sebagai pengundi yang secara besar-besaran telah di bongkar hari ini.
Budaya yang mula menyubur ini bukanlah isu terpencil yang melibatkan hanya 2 atau 3 kes, sebaliknya Pakatan Rakyat dan KEADILAN Selangor telah mengesan lebih 160 pemastautin tetap telah menjadi warganegara Malaysia dan pengundi sah hasil carian beberapa hari ini sahaja. Ratusan kecurangan pada sistem ini diyakini akan bertambah menjadi ribuan dari hari ke hari. Kita juga mengesan pendaftaran pengundi warga asing ini tertumpu di kawasan Parlimen yang mana BN / UMNO Selangor telah kalah pada tahun 2008 lalu.
KEADILAN Selangor ingin bertanya, bukankah ini satu kerja gila lagi jahat yang dilakukan oleh pengkhianat negara? Kami mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan isu pemberian kerakyatan seterusnya pendaftaran warga asing ini sebagai pemilih sah SPR kepada seluruh rakyat Malaysia, para Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong dengan kadar segera. Apakah sekarang Najib sudah mula membuktikan kata-katanya, bahawa beliau akan 'mempertahankan Putrajaya - at all costs!' itu adalah benar?
Adakah dengan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing untuk mengundi ini merupakan langkah terakhir UMNO Selangor merampas Selangor setelah usaha gigih sebelum ini menemui jalan buntu?
Bukti-bukti yang disampaikan kepada KEADILAN Selangor seperti yang ada di senarai pengundi Parlimen Hulu Langat cukup untuk mengesahkan bahawa sememangnya UMNO Selangor dan Najib secara langsung terlibat dalam dalam kerja-kerja tidak beretika menggadai maruah negara ini demi mempertahan kuasa. Siapakan yang mempunyai akses kepada keselamatan negara hari ini jika bukan kepimpinan UMNO!
KEADILAN Selangor mencabar Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Najib Razak untuk menjawap pendedahan ini, apakah membiarkan tanahair ini tergadai pada warga asing merupakan agenda terbaharu UMNO di Selangor?
KEADILAN Selangor akan komited memantau perkembangan yang mengerikan ini dan percaya akan ada lebih banyak bukti untuk menunjukkan bahwa JPN dan SPR yang didalangi oleh UMNO Selangor ini sedang giat menjalankan kegiatan menggadai negara ini demi mempertahan kuasa. Sebarang usaha oleh puak tidak bertanggungjawab ini akan dilawan habis-habisan.
UMNO Selangor sudah tidak peduli lagi pada asas penubuhan negara ini dan mula menggadai segala prinsip demi mempertahan baki kuasa di Purtajaya. Ketakutan dasyat yang dialami oleh UMNO Selangor kerana penolakan rakyat terhadap mereka telah memungkinkan mereka untuk mengambil jalan paling tidak beretika dengan menjual negara. Apa pun, saya ingin ingatkan pimpinan UMNO Selangor, segala perancangan jahat untuk merampas semula Selangor dengan cara jijik ini akan ditentang habis-habisan oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanahair.
KEADILAN Selangor berikan nombor pengenalan sekali sebagai bukti pemberian kerakyatan pada warga asing yang diberi hak untuk mengundi yang tertumpu di Parlimen Hulu Langat yang mana kawasan ini UMNO-BN tewas pada PRU 12. Apa lagi yang hendak dinafikan?
Apa kata UMNO Selangor?
NOTA:
* jus soli = Jus soli (bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan") atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:
1. 530824715008
2. 671219715084
3. 380424715016
4. 650503715054
5. 501124715020
6. 561210715515
7. 600602715505
8. 690510715008
9. 430106715072
10. 470111715030
11. 520915715311
12. 521111715089
13. 540622715164
14. 620620715179
15. 341026715342
16. 500815715527
17. 550707715285
18. 600510715209
19. 600720715004
20. 620816715170
21. 310622715144
22. 560908715088
23. 310901715366
24. 550904715110
25. 330118715194
26. 381230715143
27. 390203715054
28. 441205715223
29. 561124715156
30. 600110715007
31. 670918715070
32. 190721715277
33. 231027715339
34. 380825715199
35. 450727715030
36. 600102715082
37. 690608715487
38. 490815715248
39. 560101715028
40. 650815715336
41. 130427715247
42. 601107715043
43. 621214715098
44. 310425715292
45. 461014715173
46. 530717715088
47. 540201715166
48. 540515715070
49. 570527715200
50. 570601715138
51. 581215715168
52. 630713715169
53. 650418715009
54. 740829715002
55. 751028715081
56. 560112715031
57. 600703716187
58. 551020715021
59. 560920715152
60. 631009715020
61. 720322715099
62. 630106715423
63. 610515715039
64. 730917715089
65. 540515715038
66. 450316715060
67. 530927715123
68. 561005715014
69. 600718715048
70. 711010715108
71. 780413715187
72. 610615716151
73. 700620715291
74. 571210715063
75. 400811715118
76. 640403715074
77. 300407715169
78. 321030715144
79. 370722715197
80. 510609715365
81. 590613715555
82. 590703715751
83. 600323715545
84. 610710715093
85. 740612715001
86. 611101715519
87. 460814715054
88. 740715715100
89. 620427715177
90. 311007715171
91. 620805715829
92. 520111715033
93. 541230715004
94. 570515715078
95. 650612715256
96. 510115715162
97. 591022715064
98. 750410715037
99. 790607715125
100. 740313715087
101. 570101715246
102. 530824715008
103. 671219715084
104. 520312715195
105. 571109715405
106. 380424715016
107. 371215715103
108. 540818715051
109. 540830715038
110. 650110715416
111. 631105715311
112. 600102715437
113. 560703715527
114. 600616715215
115. 420107715155
116. 550618715195
117. 670624715104
118. 620520715462
119. 680810715254
120. 590517715459
121. 611106715008
122. 291218715301
123. 640505715198
124. 460404715123
125. 350727715278
126. 601217715204
127. 650410715207
128. 560317715190
129. 591104715295
130. 420928715056
131. 560405715465
132. 620824715082
133. 480309715078
134. 500610715152
135. 520407715200
136. 560405715086
137. 590406715165
138. 640806715378
139. 641130715187
140. 750612715000
141. 460202715205
142. 581126715211
143. 610305715479
144. 450905715018
145. 490227715209
146. 610518715202
147. 470806715117
148. 511113715120
149. 560314715291
150. 581110715129
151. 760612715077
152. 791225715079
153. 490322715186
154. 580909715037
155. 650503715054
156. 670308715014
157. 700404715027
158. 560605715953
159. 510808715181
160. 620620715419
161. 470116715101
162. 470320715176
163. 520328715042
164. 420616715348
165. 580318715246
166. 250622715425
167. 540429715138
168. 540515715302
169. 610203715099
Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda
Berkaitan;
PR:Pakatan desak sidang Parlimen tergempar-Harakahdaily
PR:610 di 4 Dun telah daftar mengundi-Harakahdaily
Isu MyKad:Pakatan dakwa PM hilang kawalan, mahu sidang khas parlimen-M'insider
Pemerintah begitu pemurah kepada warga asing tapi bersikap ganas kepada rakyat tempatan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan