Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.
Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.
Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.
"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.
(Kad MyPR Mismah pada sebelah pagi)
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini, katanya kepada Harakahdaily.
Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.
Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).
Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.
Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang 2hb Ogos 2011 :
Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.
(Kad MyKad Mismah pada sebelah petang selepas dibuat laporan pada sebelah paginya)
Nama Mismah terdapat dalam WEB SPR sebagai “Sedang Dalam Pameran Rang” seperti di bawah :
Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR. Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini.
Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.
"Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.
"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.-Harakahdaily
Pihak Jabatan Pendaftaran Negara, SPR, UMno-BN diamkan diri, pekakkan telinga macam tak ada apa-apa yang berlaku.Mereka bersekongkol jual maruah negara demi untuk terus berkuasa.Bagi puak ni yang penting kuasa dan kesedapan terus membolot harta rakyat dan negara .Kedaulatan dan keselamatan negara nak lingkup itu tak perlu diutamakan.Yang penting depa terus dapat berkuasa hingga dunia kiamat.
Ketika umat Islam di Malaysia dicengkam dengan kenaikan harga barang dan makanan di bulan Ramadan ini terutamanya di Lembah Klang pihak kerajaan taghut Umno-Bn bagi IC percuma kepada warga asing macam bagi duit raya!
Ramai rakyat tempatan yang tak ada IC malah tak dapat bersekolah hanya kerana mak-bapak depa berkahwin di Selatan Thailand dan tak didaftarkan di Jabatan Agama Islam tempatan.Tapi warga asing senang-senang ja dapat IC!
Baca juga;
Pengundi baru:Pagi tadi PR, petang ini warganegara-Malaysiakini
MyPR-MyKad:Pas dakwa sindiket dilindungi BN hadapi pru-13-M'insider
pic mcm edit jpeg. bkn hasil scan dri mismah nye ic tu...
BalasPadam