Selasa, 23 Ogos 2011

Seorang demi seorang diktator tua tumbang

Gaddafi dah hilang tiga anaknya ditahan

Bermula dengan kejatuhan rejim Ben Ali bekas Presiden Tunisia , Mubarak bekas Presiden Mesir kini Presiden Libya Kolonel Muammar Gaddafi menerima nasib yang sama seperti Ben Ali dan HOsni Mubarak.Sebelum jatuh masing-masing bercakap besar mampu bertahan mengekang kebangkitan rakyat mereka tapi akhirnya mereka tewas.

Setelah berkuasa selama 42 tahun Muammar Gaddafi kena terima hakikat bahawa beliau telah hilang kuasa apabila bandar Tripoli jatuh kepada pihak pejuang yang melawan Gaddafi yang turut dibantu tentera asing Nato.Memang kita tidak suka dengan kehadiran tentera asing campurtangan di Libya tapi itulah yang terjadi kepada nasib negara Libya yang hampir sama macam Iraq.

Kehadiran tentera asing di Libya mungkin kerana Libya negara Afrika terbesar pengeluar hasil minyak daripada benua tersebut.Nato tidak campurtangan di Mesir dan Tunisia kerana dua negara tersebut tidak sama sepeti Libya yang ada banyak minyak.

Apa pun rakyat Libya sendiri sudah muak dan bosan dengan Presiden mereka sendiri Gaddafi yang ada kuasa mutlak dalam menentukan sebarang urusan pentadbiran negara.Undang-undang berada di tangan Gaddafi dan anak-anaknya bukan pada lain-lain badan kerajaan di negara tersebut.Rakyat jadi geram, marah dan dendam kepada Presiden Gaddafi.Akhirnya perasaan dendam dan marah mereka diluahkan dengan mengangkat senjata melawan kezaliman Gaddafi tanpa rasa takut dan sanggup mati untuk bebaskan Libya daripada cengkaman Gaddafi selama 42 tahun.

Kini Gaddafi sudah dianggap tewas dan menghilangkan diri manakala anak-anaknya telah ditangkap.Apa lagi yang mampu dilakukan Gaddafi?

Pemimpin yang berjiwa rakyat, adil dan menjaga kebajikan rakyat tidak akan jadi seperti Gaddafi, Ben Ali dan Mubarak.Rakyat akan menyanjung tinggi pemimpin yang adil terhadap rakyatnya walaupun selama mana ia berkuasa.Tapi kalau zalim, tangkap rakyat tanpa bicara di mahkamah, tendang dan terajang rakyat yang tangan kosong sesuka hati lepas tu tak mengaku kata pukul rakyat, terajang rakyat yang berhimpun secara aman tunggulah saat-saat kehancurannya !

Pemimpin yang boros, perabih harta rakyat untuk kayakan anak-bini dan kroni sudah tentu tak senang duduk dengan apa yang terjadi di dunia Arab-Afrika ketika ini.Tempiasnya tetap ada , tidur mereka tak lena memikirkan nasib mereka jika kalah dalam pilihanraya akan datang.

Umno-Bn dah berkuasa di negara ini selama 53 tahun kena ingat bahawa tidak ada kerajaan yang kekal berkuasa selama-lamanya.Hanya kerajaan Allah SWT saja yang kekal.Semoga apa yang terjadi di Libya tidak terjadi di negara kita.Kita akan tumbangkan BN melalui sistem pilihanraya yang adil dan telus.Tunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0 kalau tidak rakyat terpaksa turun sekali lagi dijalanraya untuk Bersih 3.0.

Berkaitan;
Pockets of resistance as rebels claim Tripoli -Aljazeera
Fighting rages for Libyan Capital-BBC News


4 ulasan:

  1. rakyat menunggu diktator melayu tumbang. meski kediktatoran melayu nampak "lembut" mereka gunakan segala aparat untuk menjaggal demokrasi. kebangkitan di luar negara pasti memberi inspirasi kepada kebangkitan rakyat.penzaliman di segi ekonomi dan pembangunan, penggunaan harta negara, dan banyak benda lagi adalah bentuk kediktatoran melayu, seperti ungkapan menderhaka, ia sebenarnya membunuh karektor, membina kes jenayah terhadap seseorang, inilah bentuk kezaliman yang ada di tanah air kita.

    BalasPadam
  2. Sama-samalah kita melihat tersungkurnya PAS dalam arena politik setelah sekian lama menipu dan berdusta kepada pengundi/penyokong diatas perjuangan yang jauh tersasar....
    Begitu mudah PAS membuang perjuangan negara Islam kepda negara Kebajikan semata-mata tunduk kepada kehendak DAP yang terang-terangan anti-Islam.

    BalasPadam
  3. tungkaran hati.. adoi.. sedey siak tguk ko... UMNO tuh berkerjasama gan MIC&MCA dah lama kot.. why? xpakai otak lar tuh citer... huhuhuuhhuuuu.. UMNO ag teruk say lebih melayu dari ISLAM!!!! nanti penyokong UMNO mati agaknye malaikat melayu kot soal??? bkn ISLAM ker???????

    BalasPadam
  4. tungkaran hati, kita tunggu je, siapa tipu siapa! 50 tahun memerintah dijadikan rakyat keldai, eloklah tunggu giliran pulak....dah terang pun tak nampak jugak!!!

    BalasPadam