Kata penulis buku 'Najib Perdana Menteri Terakhir', Shabuddin Hussin ahli Umno yang berani kritik Najib secara terbuka;
“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap.
“Harapan saya ialah Datuk Seri Najib akan melakukan perubahan, membawa perubahan... jika tidak berubah, rakyat akan mengubah. Kata-kata ini beliau gunakan sebelum ini, saya harap beliau akan berubah, ini yang saya cuba sampaikan dalam buku saya,” kata beliau sambil menambah, “saya lebih sayangkan parti, bukannya individu.”
Di bahagian Bingkisan Penerbit, Shahbudin yang merupakan wartawan sebelum aktif dalam Umno berkata, “sudah lebih dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri, namun Umno dan kerajaan yang dipimpinnya belum lagi menunjukkan tanda-tanda positif dari segi penerimaan rakyat.”
“Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan,” kata Shahbudin.
“Umno dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya,” kata beliau lagi sambil menggariskan alasan-alasan atas perkembangan itu.
“Dari kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas, Melayu rasa dipinggirkan, barisan Kabinet yang diragui, pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah, ekonomi yang lembab, pelabur menjauhkan diri, harga minyak, gula dan barang naik, cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme sehinggalah kepada isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau,” kata penulis.
Beliau menambah, “tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa,” kata Shahbudin yang turut menolak andaian bahawa beliau dipengaruhi pihak-pihak tertentu dalam Umno agar menghasilkan buku politik ini.
“Tidak, tidak. Saya jumpa orang, hanya merangkumkan pandangan orang dalam bentuk analisis, malah ada yang berkata ‘mengapa tidak beritahu awal, ada lagi input boleh diberikan’,” katanya lagi.
“Ini menunjukkan ramai hendak memberi pandangan. Saya simpan untuk buku kedua saya,” katanya lagi.
Shahbudin berkata, setelah lebih dua tahun menjadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum ke-13 pula semakin menghampiri ambang pintu, “buku ini lahir dikira tepat waktunya untuk dijadikan sedikit pedoman buat rakyat negara ini.”
Buku ini terdiri daripada 25 bab, termasuk yang bertajuk Sarawak Pemangkin Kejatuhan BN, Jangan Bimbang Jika Umno Tumbang, Menteri-menteri Yang Gagal, 1Malaysia Jadikan Melayu Kelas Kedua?, Juara Rakyat Program Syok Sendiri, Pengundi Muda-KJ Perlu Jadi Menteri, Rosmah Punca Rakyat Tolak Umno, Tun Siti Tak Menyibuk, Melayu Hilang Kuasa Atau Umno Hilang Kuasa, dan Najib Bukan ‘Fighter’.
Shahbudin yang sedang menghasilkan buku kedua bertajuk “Kesilapan-kesilapan Najib” juga berkata, buku pertamanya bukan bertujuan memperlekeh Umno dan pemimpinnya dan bukan juga berupa pemberoan dividen percuma kepada pembangkang.
“Buku ini lahir tidak lain atas inisiatif sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pembayar cukai yang sentiasa inginkan perubahan dan kebaikan untuk rakyat dan negara ini.
“Rakyat adalah keutamaan buku ini,” katanya lagi.-M'insider Saya cuma nak tegur PM, kata penulis buku 'Najib Perdana Menteri Terakhir'.
Bini PM Najib Rosmah Mansor jadi beban dan batu yang terpaksa digalas Najib.Pergilah ke mana pun rakyat bercakap tentang Rosmah Mansor yang didakwa jadi 'First Lady' di Malaysia.Rakyat bila disebut saja nama Rosmah Mansor akan kaitkan dengan kemewahan dan cara hidup mewah.Najib suruh rakyat berjimat cermat tapi bini sendiri didakwa hidup mewah!
Bagaimana pulak dengan Muhyiddin Yaasin yang tidak diserang?Adakah beliau sedang tersenyum dan ketawa sampai ke telinga melihat Najib diserang hebat ahli Umno sendiri? Ha Ha..dalam hati siapa yang tahu ha ha..ada peluang jadi PM 'urgent' ha ha tu pun kalau sempat!
P0k Lah tentu tersenyum puas melihat Najib diserang.Dulu aku kena hentam , kena kritik sampai tak leh bangun , tak ada siapa yang tolong defend ha ha..nah sekarang kau pulak yang kena... ha ha.
Che Det pun dah tak mau tolong defend Najib.Dulu jadi orang no satu suruh Pok Lah turun jadi PM..ha ha habislah Najib ..mu tumbang Rosmah rebah.
Kalau orang Umno pun dah tak suka Najib-Rosmah, yang bukan Umno dok tunggu apa lagi?Tunggu dapat projek , tunggu dapat habuan ha ha.
em....
BalasPadamHebat penulis syabas !!!!! ternyata dengan buku ini saudara baru nak sedar tolonglah sedarkan saudara anda yang masih mengharapkan habuan kerana apa saya katakan jangan sampai rakyat tak dapat menahan keperitan kehidupan maka berlakulah huru hara dalam negara. Pada hemat dan pandangan rakyat, UMNO tak layak lagi menunjangi kepimpinan kerana sifat syaitan ada pada hati manusia yang menganuti UMNO sebagai pegangan utama. Penulis tolong ingatkan pemimpin umno agar jangan sampai penggantungan sampai ke tali gantung .
BalasPadam