Isnin, 1 Ogos 2011

Adakah Najib juga berlakon nak bedah lutut?


Hari tu saya ada buat posting yang bertajuk Akibat kezaliman polis kepala lutut Timbalan Presiden Pas kena pasang skru akibat dilanggar kenderaan polis pada tarikh penuh sejarah 9 Julai .Maka ramailah puak gerombolan Umno kata Mat Sabu berlakon dan main wayang kata sakit kepala lutut.Gambar atas ialah gambar x-ray lutut Mat Sabu.

Tapi sapa nak kata apa pon katalah tu hak masing-masing.Nak kata doktor yang bedah lutut Mat Sabu tu juga berlakon dan sengaja pasang skru 2 inci setengah tu katalah tapi Allah SWT tu Maha Kaya dan Maha Melihat.Nak kata doktor yang rawat Mat Sabu tu sengaja buat x-ray palsu dan tunjuk gambar x-ray palsu pon katalah.Nak kata Mat Sabu 'corner baring' sengaja bagi polis langgar motor yang dibonceng Mat Sabu tu katalah.

Kuasa Allah SWT sapa yang boleh lawan tup-tup keluar pulak berita di Malaysiakini seperti berikut;

Najib jalani pembedahan lutut di HKL esok

Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok. Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas. Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.-M'kini/Bernama

Jangan ketawa kuat-kuat ni bulan posa bro..tapi inilah hakikatnya betapa hebatnya kuasa Allah SWT yang dalam seminggu ni Allah SWT bayar cash! Satu lagi kes yang patut jadi iktibar kepada kita semua kes hamba Allah nak ubah benda yang Allah SWT buat elok dah tapi kita pandai-pandai nak tukar dan repair .Sapa yang tak rasa apa-apa akan kehebatan kuasa Allah SWT dalam seminggu ni tak tau apa nak cakap!

1 ulasan:

  1. Aku rasa lutut dia cedera sebab ditendang hantu Altantuya yang terpaksa digari sempena Ramadhan. Yelah mana boleh dia beri Najib bersenang hati selama 1 bulan.

    BalasPadam