Ahad, 28 April 2013

Pangkah Bulan kata Ustaz Azhar Idrus

Ceramah ustaz Azhar Idrus di Putrajaya;

Menjawab soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.

“Kita jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?”

Hadirin jawab "nampak" sambil tergelak.

Ustaz Azhar menyambung jawapannya.

“Buat apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu? Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.

"Kebetulan inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita, ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran,” tegas beliau.

Di majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.Petikan laporan
Harakahdaily.

Sementara itu bekas Mufti Perlis menulis dalam twitter beliau;

Dr Mohd Asri @realDrMAZA 
"Air yang lama bertakung akan mula rosak. Manusia yang terlalu lama berkuasa juga demikian. Bila lihat tanda kerosakan, tukarlah."


Blogger Penarik Beca tulih dalam blog beliau;
Datang orang Vietnam, anjing dan kucing hilang...
Datang orang Bangla, gadis-gadis Melayu hilang...
Datang amoi China, suami-suami hilang...
Datang ahlil politik, wanita Mongolia hilang...
Datang polis, dadah hilang...
Datang pilihan raya umum, duit kerajaan hilang...
Kalah pilihan raya umum, dokumen hilang...
Keluar laporan sebenar, doktor hilang...
Cakap benar, keluarga hilang...
Besarkan tentera udara, enjin jet hilang...
Kalau hang undi Barisan Nasional, masa depan hang habis hilang... 
Undilah dengan bijak sebelum dengan hang-hang sekali hilang...


Saya nak tambah sikit lagi bukan takat kita hilang duit lembu NFC RM250 juta dan lembu pun hilang!

2 ulasan:

  1. Sedarlah melayu semakin berpecah!! sbb politik sanggup gadaikan Islam.
    Ape maksud Pluralisme tok syeikh yg dilaungkan oleh DAP? sokong ke?
    Islam x boleh disamakan dgn agama lain!!!!!!
    Perhimpunan tanda protes menyalakan api/lampu.
    tak ubah mcm kristian!!!!!!
    Lebih mengajar org Melayu jd derhaka adalah!!!
    Mcm2 tuduhan PRU13, blackout laaa.. tak masuk akal langsung!!!
    yg ada ditempat pengiraan undi xde yg report pun!!
    kalau nal menuduh bg bukti kukuh jgn tau sebar fitnah sahaja!!!

    BalasPadam
  2. kenapa perlu dilukuskan setiap komen? mana demokrasi?

    BalasPadam