Khamis, 11 April 2013

Cakap putar belit dan bohong budaya Umno

BN tiada etika,umum projek & salahguna dana awam-Izzah

(Oleh Sidiqin Omar)
 BN tidak menghormati prinsip demokrasi apabila mengumumkan projek mega dan menyalahguna kuasa kerajaan sementara membabitkan jentera kemudahan awam untuk kepentingan politik, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Dedah beliau, pada 5 April lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiga projek utama di Cyberjaya bernilai RM8 bilion
“Sebagai kerajaan sementara, sebarang pengumuman mengenai keputusan penting atau projek besar haruslah terhenti bagi menghormati lawan dan memastikan perlawanan di gelanggang politik yang sama rata.
“Lebih meruncing adalah kegagalan Najib memenuhi Akujanji Pilihan Raya yang beliau tanda tangani dengan badan Transperency International,” kata Nurul Izzah pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Menurut laporan, projek itu merangkumi pembinaan masjid, 2,500 unit rumah kediaman termasuk 794 unit di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta pembangunan pusat bandar Cyberjaya.
Najib turut mengumumkan pembangunan projek perumahan di tapak seluas 43.6 hektar dengan kos RM1.2 bilion bagi 2,500 unit rumah dan lot komersial berharga antara RM220,000 dan RM250,000.
Selain itu, pembangunan pusat bandar Cyberjaya di atas tapak seluas 56.4 hektar bernilai RM6 bilion yang akan dibangunkan oleh Cyberview Sdn Bhd dengan kerjasama pemaju SP Setia Sdn Bhd turut diumum.
Pada hari sama, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengadakan majlis perasmian di Pantai Dalam dengan masih menggunakan pangkat ‘Menteri’ dan jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Media juga melaporkan pada 8 April, Najib mengumumkan kad diskaun atau 1Malaysia Privilege Card yang dilancarkan pada Ogos 2012 diperluas kepada 725,000 pesara.
Tan Seri Muhyiddin Yasin turut dilaporkan berkempen politik di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Simpang Lima, Klang dalam Majlis Perjumpaan Khas TPM bersama guru-guru sekolah Tamil.
“Pada 9 April 2013, Datuk Seri Najib mengumumkan pembinaan kompleks khas bernilai RM400 juta membabitkan syarikat China, SCR Zhu Zhou Electric Locomotive Compane di Perak.
“Terakhir pada 9 April, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menyatakan bahawa Najib akan membuat pengumuman mengenai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), rumah mampu milik kepada penjawat awam.
“Penyalahgunaan kuasa beterusan ini jelas membuktikan Najib gagal menjunjung prinsip demokrasi.
“Najib sewajibnya batalkan akujanji yang beliau tandatangani dengan Tranperency International yang dipakai untuk menghiasi imej umumnya,” tegas Nurul Izzah.-Keadilandaily.com

2 ulasan:

  1. apa nak heran..akujanji dgn Allah pun dia org langgar..takat akujanji dgn Transperency International tu apa la sgt..

    BalasPadam
  2. Laa...m'sia ni kan gheta mak bapak depa,dok bahagi pesaka x habih2 lagi.

    BalasPadam