Selasa, 21 Ogos 2012

Umno yang sokong Nasha atau ahli akar umbi Pas yang sokong Nasha?

Utusan Meloya melaporkan akar umbi sokong Nasharuddin supaya Pas keluar Pakatan Rakyat dan jadi parti yang berdiri dengan sendiri.Utusan bodek Nasha yang kononya hanya Nasha yang sanggup lakukan apa saja bagi mempertahankan kesucian agama Islam.

Pas berkuasa di Kelantan sejak tahun 1990 lagi masa tu belum wujud lagi Pakatan Rakyat adakah Pas di Kelantan tidak berdiri dengan sendiri untuk lawan Umno?
Umno mahu Pas keluar dari PR biar Pas terkonteng-konteng kesorangan sementara Umno perkukuhkam kerjasama dengan MCA yang kini jadi juara dan jaguh hina Islam.
Sayang sangatka Umno ni dengan Islam?

Ketika Hasan Ali berada dalam Pas Umno sokong Hasan Ali kini apabila Umno lihat ahli Pas mula pertikai keikhlasan Nasha yang begitu mesra dengan kepimpinan tertinggi Umno yang sesetengah pemimpin Umno sendiri termasuk ulama Umno tak dapat peluang macam Nasha dapat bersama pemimpin atasan Umno, Umno pulak dilihat sokong Nasha.

Ikhlas sangat-sangat ka Umno sokong Nasha kalau bukan untuk sesuatu peluang politik?
Cuba tengok dan pikir apabila Karpal Singh pertikai hukum Hudud Umno berada di belakang Nasha tapi apabila pemimpin MCA Chua Soi Lek dan lain-lain pemimpin MCA lantang kata orang Cina kena sokong MCA supaya tidak wujud negara Islam Umno senyap tak berani kata apa.Telor pemimpin Umno mengecut hilang tah ke mana!

Umno takut kepada Chua Soi Lek tapi berani lawan Karpal Singh yang berhujah negara ini tidak boleh wujud negara Islam kerana negara Malaysia negara sekular.Siapa yang buat draf perlembagaan negara?
Kenapa Umno di Kelantan tidak sokong hukum hudud dilaksanakan di Kelantan kalau betullah Umno nak sangat kepada Islam?Adakah benar ahli Pas bawahan Pas sokong Nasha?Apa yang Nasha buat sebagai ahli parlimen Bachok?Orang Bachok lebih kenal kelaku dan perangai Nasha daripada orang lain.

Nasha adalah calon Timbalan Presiden Pas yang tewas dalam pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi Pas tahun lepas yang turut ditandingi ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.Tuan Ibrahim Tuan Man juga kalah di tangan Hj Muhammad Sabu tapi beliau tetap istiqamah dengan perjuangan Pas tidak buat kelaku pelik bin ajaib macam si Nasha.
Gambar atas Nasha bersama Najib dan pemimpin Palestine di KL
Nasa bersama Najib di Mekah
Zaman almarhum ustaz Fadzil Nor dulu sebagai Presiden Pas berdebat dengan Tun Madey dalam isu Palestine bukan arwah ustaz Fadzil Nor bertenggek dan ekori ke mana saja Tun Madey berada.
Perjuangan pertahankan prinsip tak boleh habuan yang lumayan tapi kalau tak ada prinsip maruah kita boleh dibeli dengan sekupang dua saja.

Apa pun samada puak mana yang bukan Islam tidak layak dan buka mulut untuk kacau hak umat Islam yang mahu kepada cara hidup Islam.Jika mereka pertikai cara hidup Islam samalah seperti mereka pertikai solat,puasa,haji yang jadi rukun Islam.

Demokrasi boleh,komunis boleh,sosialis boleh ,nasionalisme boleh takkan Islam tak boleh?
Menarik-Komunis ada kerajaan kenapa Islam tak boleh?-Harakahdaily

4 ulasan:

  1. siapa tu nasa sikit pun tak sama aruah fadil noor atau aruah dr zulkifli la pun dia kaki meroyan kalau orang penang kata biar reput dalam kain

    BalasPadam
  2. Bukannua hampa tak tau kereja utusan meloya ialah boleh spin 360 darjah apa saja tajuk yang yang boleh menguntungkan mereka walau pun berita yang dia dapat hanya dengan dengar dan cakap (Hear say), itulah sebabnya bila kena saman becara tak pernah menang, tunggulah lepas PRU13 kalau PR duduk diPETRAJAYA syarikat nie akan jadi muflis dengan tunggakan terhutang dengan penyaman-penyaman mereka sebelum PRU13.

    BalasPadam
  3. Syaitan boleh menjelma dalam pelbagai bentuk.

    BalasPadam
  4. Eloklah kalau Nasha keluar dari PAS. Tak payahlah 'all out' kununnya pertahankan Islam. Itu dah jadi kewajiban semua orang yang telah bersyadah! Bukan Nasha seorang aje. Mengapa bila chua soi lek , donald lim serta mahathir persendakan hudud dulu Nasha tak buka mulut untuk 'all out' ? Ini hanya karpal kata 'over my dead body' dah melantun gila.... Karpal? Ada double standard ke dalam jihad dan perjuangan? Ke tengok jenis cina atau india juga untuk 'all out' kalau cina MCA kecut telur kalau cina DAP ok? Yang pasti aku nampak topeng hipokrasi dan bayang ulamak terompah kayu pada si spesis dan sahabat asan akidah ni.... Keluarlah dengan bermaruah dari PAS jika benar PAS itu menyimpang...kalau benar mendapat tarbiah dari PAS....rasanya bukan begini kelakunya? Sendiri mau ingat la!

    BalasPadam