Selasa, 7 Ogos 2012

NFC:Kalau rasa malu bagi balik duit RM250 juta

Jawapan paling senang dan nampak nak kelentong bagi sapa-sapa pun ialah 'saya tak tahu','saya tak terlibat','saya diaibkan','saya difitnah' untuk jawab segala tuduhan yang dihalakan macam Ketua Wanita Umno Malaysia Shahrizat Abdul Jalil.
Yang dedahkan penyelewengan lembu NFC RM250 juta yang libatkan keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia ni pada mulanya ialah pihak Ketua Audit Negara bukan Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin.
Shahrizat telah letak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat atas desakan pelbagai pihak termasuklah daripada pihak Umno sendiri kerana isu lembu ni dah sampai masuk kondo!
Kini Menteri wanita Malaysia disandang oleh PM Malaysia Najib.Najib pecah rekod dunia jadi orang pertama sebagai Menteri Wanita.
Kalau betullah Shahrizat rasa malu kerana digelar Wanita Lembu Shahrizat kena desak ahli keluarga beliau yang telan duit NFC RM250 juta bagi balik duit tu!
Lagi satu bila Shahrizat kata dia tak tahu apa pun mengenai projek NFC sapa mau percaya?Warak sampai tara mana laki Shahrizat dapat projek beratus juta tak cerita kat bini?Yang saya tau kalau si suami bernikah lagi sampai bila pun tak cakap kat bini sedar-sedar bini tahu sendiri.
Berkaitan;
Shahrizat:'Saya dizalimkan ,dianiya,diaibkan-M'kini
Shahrizat:Saya tidak tahu mengenai projek NFC-M'kini
Shahrizat tidak perasan suaminya membida projek NFC-M'insider

3 ulasan:

  1. Salam Bro,sama juga dengan kes Tabung Memali.Sampai sekarang tak ada pemimpin PAS yang berani menjelaskan kedudukan Tabung Memali.Semua sembunyi seolah-olah ada yang tak kena.Tak gitu ? Dari asyik nak mengutuk orang aje,ada baiknya kita semak diri kita dulu.

    BalasPadam
  2. hahaha...lawak pandir alaf baruu,,,ramai menteri umno mcm tu.peliknya ada yg masih menyokong??donia akhir zaman...

    BalasPadam
  3. Kalau salah tetap salah x kira sapa ...terutama melibatkan duit rakyat, samada sedikit atau berbukit.

    BalasPadam