Isnin, 13 Ogos 2012

'Kempen haram rokok lagi hebat daripada hukum Hudud'

Belilah rokok jenama apa pun pasti ditulis 'Amaran oleh kerajaan Malaysia:Merokok membahayakan kesihatan'.Di masjid-masjid ditampal poster kata merokok hukumnya haram.Hebat sungguh amaran supaya manusia jangan hisap rokok takut mati sakit jantung,kanser dan paru-paru.

Dalam masa yang sama kita umat Islam termasuk orang bukan Islam (kafir) pakat seronok lawan hukum Allah SWT iaitu hukum Hudud yang jadi macam barang permainan saja layaknya.Terang-terang Najib kata Malaysia tak akan laksana hukum Hudud.Tun Madey pernah bagi amaran kepada kerajaan Kelantan jangan laksana hukum Hudud jika tidak akan diistihar darurat di Kelantan.

Dalam masa yang sama si tolol dan si bangang pakat ajukan persoalan kenapa di Kelantan dan negeri PR tidak laksana Hudud.Kononnya parti yang jenamanya Islam gunakan agama untuk politik untuk capai cita-cita dan hasrat mereka.Bila dapat kuasa awat tak buat Hudud.Mereka lupa kata bahawa kuasa kerajaan pusat berada di atas bukannya kuasa kerajaan negeri.

Sepatutnya hukum Islam termasuklah hukum Hudud dijadikan bahan kempen lebih hebat daripada kempen jangan hisap rokok agar semua umat Islam tidak buat dosa apabila disebut hukum Hudud mereka begitu jahil mengulasnya malah boleh bawa kepada rosak akidah.

P/S-Komen sebab pagi tadi tengok TV Bernama dalam forum tu ada pemanggil dok tanya ahli panel kenapa Pas tak laksana hukum Hudud di Kelantan dan Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan