Mahathir mewajarkan ledakan rakyat Sabah-Malaysiakini
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentangan terhadap pewarganegaraan pendatang asing di Sabah adalah tidak adil dan berunsur politik.
Menulis di blog hari ini, beliau berkata ledakan rakyat Sabah adalah wajar kerana ramai pendatang terbabit telah lama tinggal di negeri ini dan mereka serta anak-anak mereka fasih berbahasa Malaysia.
Katanya, berdasarkan tempoh lamanya mereka telah tinggal di negeri itu dan menguasai bahasa kebangsaan, maka mereka layak menjadi rakyat negara ini dan memperolehi kerakyatan.
Sebagai perbandingan, Dr Mahathir berkata, kerakyatan telah diberikan kepada mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia.
"Jadi mengapa tidak pendatang di Sabah yang memiliki semua kelayakan ini, boleh diterima sebagai warganegara?" soalnya sambil menambah bahawa bantahan terhadap mereka menjadi warganegara, nampaknya ada unsur politik.
Dr Mahathir membuat komen tersebut menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Sabah hujung minggu ini, di mana beliau juga dijangka mengumumkan terma rujukan bagi suruhanjaya siasatan diraja terhadap pendatang haram yang diberi kerakyatan di Sabah.
Mahathir telah dikaitkan dengan Projek IC - panggilan bagi satu dakwaan gerakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk tujuan politik, yang bermula pada tahun 1990-an.
Ketika sidang meja bulat Majlis Hak Asasi Negara, Parti Bersatu Sabah (PBS) membentangkan kajian berhubung ledakan rakyat Sabah, yang menunjukkan bahawa pada tahun 2002, lebih 200,000 warga asing meninggalkan Sabah tanpa dokumen.
Bagaimanapun, mereka kembali dengan dokumen yang sah di bawah nama yang berbeza dan memusnahkannya apabila tempohnya tamat, kata ahli Majlis Tertinggi PBS, Dr Chong Eng Leong ketika membentangkan kajian tersebut.-M'kini
Sampai mati pun Tun Madey tak akan mengaku kata dia silap.Kalau Tun pun boleh bagi IC kepada pendatang haram takkan kerajaan yang ada sekarang tak boleh bagi IC kepada pendatang haram supaya mengundi BN untuk terus kekal berkuasa di Putrajaya?
ha ku benci mamak sial inilah macam nak terajang kau baru lega hey banyak orang ludah sama lu sedarlah sebelum kau neraka.
BalasPadam