Isnin, 13 Ogos 2012

Setelah Braheng Ali hilang bisa Towkey ikan bakar pulak tunjuk kuat

Ngo ancam tindakan agresif ke atas Janji Bersih-Malaysiakini

Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.
NONELaporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai".

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil.

"Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu dalam laporan tersebut.

Katanya lagi, 26 NGO dipimpin Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu".
Sementara itu, A Samad ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan.Baca semua di sini.

Terimakasih kepada Towkey ikan bakar ni yang gila glamour dan mau cepat popular kerana tolong jadi tukang kempen supaya Janji Bersih dihadiri lebih ramai.Daripada yang tak tahu dah jadi tahu.

Dulu Brahen Ali Perkasa tunjuk hebat dan gah semasa rakyat mau berkumpul dan berdemo dalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.Amaran demi amaran diberikan Braheng Ali tapi tak ada sapa pun yang berdiri bulu roma kerana takut kepada Braheng Ali.Tapi apa yang berlaku sebaliknya team Perkasa tak keluar-keluar semasa demo Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Semasa demo Bersih 2.0 Braheng Ali bagi amaran kepada orang Cina supaya jangan keluar dan simpan stok makanan banyak-banyak kerana akan berlaku tumpah darah.Dalam Bersih 3.0 Braheng Ali bagi amaran kepada orang Melayu supaya jangan keluar berdemo tapi semuanya amaran Braheng Ali jadikan rakyat lebih ramai ke jalanraya.Kini rakyat dah tahu semua amaran Braheng Ali hanya macam gempar budak-budak umur 3 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan