Khamis, 9 Ogos 2012

Sedap lawan Umno macam rasa nikmat berbuka puasa

Saya nak ulang lagi sekali apa yang PM Najib kata mengenai hukum Hudud di Malaysia.Nak cakap pasal Tun Madey mengenai Hudud tak payah cakap la memang dia kaki lawan hukum Islam hingga sanggup persenda janggut Nabi Muhammad SAW yang dikasihi.Tun Madey semasa jadi PM dulu hantar surat amaran kepada kerajaan Pas Kelantan jangan laksana Hudud.
Kata Najib ,"Undang-undang Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia."Baca Tiada 'lampu hijau' laksana Hudud tegas Najib (The Malaysian Insider 24-9-2011).Maknanya selagi Najib berkuasa jangan harap la nak buat hukum Hudud!Adakah ini bukan bantah hukum Allah SWT?
Seorang Tok Guru pondok kata sokong Dap haram.Kalau sokong Dap haram takkan sokong Umno dapat pahala yang terang-terang tolak hukum Islam?Macam mana dengan orang Melayu yang undi pemimpin MCA yang semakin laju hina Islam?Takkan tak ada fatwa?Dap ka , MCA ka pemimpin mereka bukan Islam yang peliknya pemimpin Umno beragama Islam tapi jadi juara lawan hukum Allah SWT.
Mari kita tengok apa kata pemimpin BN tentang Hudud
Chua Soi Lek hina hukum Islam tak ada biji mata tok guru pondok,pemimpin Umno,Ngo Umno dan ustaz Umno bangkit lawan Chua Soi Lek
Sokong MCA dapat pahala ka?
Yang ini pulak tak berani keluar fatwa!
Dulu Umno-Bn yang berkuasa sekat bantuan ke sekolah agama rakyat.Terkapai-kapai sekolah agama rakyat cari dana nak hidupkan sekolah mereka.Tu saya kata rugi hidup ni kalau tak lawan Umno.Sedap dan lazat macam kita berbuka puasa!
Dulu benci dengan golongan agama kini heret tok lebai dan tok guru untuk jadi talian hayat Umno supaya tidak hilang kuasa di Putrajaya.
Hang pa ingat sokong Umno-Bn dapat pahala mencurah-curah macam buat ibadat di bulan Ramadhan?Tak rasa berdosa ka sokong Umno?

1 ulasan:

  1. Tuan. mohon letakkan pautan blog saya di sini. Blog uan ini telah saya pautkan di http://rojakpasembor.blogspot.com/
    Terima kasih atas perhatian.

    BalasPadam