Selasa, 28 Ogos 2012

'10 0rang Cina 1 saja sokong Chua Soi Lek'

Alhamdulillah hari ni cuaca mendung tak panas macam bulan puasa tambah-tambah pagi tadi hujan turun dengan lebat di Shah Alam dan KL.Moga air dalam empangan terus melimpah dan pihak Syabas patut rasa malu kerana asyik politikkan isu air di Selangor.Media Umno pulak terlupa kata di Pahang yang mahu hantar air ke Selangor juga ada kawasan yang beraya tanpa air bersih untuk kegunaan harian.

Saja nak bagi tau hari ni kebetulan berjumpa seorang Teknisyen berbangsa Cina di kilang JVC di seksyen 22, Shah Alam.Beliau  dah 15 tahun kerja di syarikat tu.Saya berjumpa dengan Teknisyen tu kerana peralatan cd player kereta saya rosak dan disyorkan pihak service centre untuk datang ke JVC (Kenwood) untuk dibaiki.Teknisyen ni tanya kat saya,"Apa macam politik sekarang?" Saya kata, "Politik sekarang BN tengah teruk."Dia kata kat saya,"Ya la..ini kali kita rakyat kena tukar kerajaan di Putrajaya.Kasi dia (BN) tau sikit apa rasa jadi pembangkang." Teringat dalam kepala saya ,"Ishh hari-hari Umno-BN dok mainkan isu Hudud takkan tak masuk dalam kepala Cina ni.Ini maknanya yang ada dalam fikiran rakyat ialah nak tukar kerajaan di Putrajaya yang lain kira kemudian.

Seorang supplier yang juga berbangsa Cina kata kat saya ,"Saya aaa ini MCA sama Umno hari-hari cakap isu Hudud saja tapi kita sudah tau apa dia orang punya politik.Saya mau kasi tau u..dalam 10 orang Cina hanya seorang saja sokong Chua Soi Lek dan MCA."Kata supplier tu lagi kat saya,"MCA sama Umno patut bagi tau kepada rakyat macammana mau jadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah,semua rakyat boleh cari makan bukan hanya kroni BN saja yang kenyang.Ini MCA sama Umno bikin wayang banyak kuat cakap agama punya hal."

La ni kata Cina tu lagi hanya tinggal di kampung-kampung saja yang sokong BN dalam bandar BN dah tak laku.Bagilah apa pun duitka, peralatan sekolah dan sebagainya rakyat Malaysia sedang bermimpi bahawa selepas pru 13 Umno-BN hanya jadi pembangkang di parlimen.

Kita pulak terus dibodohkan puak gerombolan dengan politik jual burger depan rumah orang, buat tanda lot niaga dalam kawasan perumahan, politik menari punggung dan terpengaruh dengan fikiran yang membodohkan kita dengan begitu mudah.Ingat ada pangkat Datuk semua cerdik ka?.Kita kata negara kita negara membangun tapi mentaliti berpolitik macam negara kelas ketiga malah lebih teruk lagi daripada tu.Satu dunia ketawa apabila lihat politik bodoh yang dibodohkan oleh orang yang ada gelaran Datuk.

2 ulasan:

  1. Daripada sokong hantu/syaitan yg cormfirm jahat baik sokong pihak yg belum tau baik @ jahat.

    BalasPadam
  2. 10 Cina suruh Soi Lek balik kampung tanam ubi lah..jangan cakap banyak..nanti kalah lagi banyak..

    BalasPadam