Rabu, 4 Julai 2012

Tak rasa macam kita dipermain-mainkan ka dok umum minyak RON97 turun lagi?

Harga petrol RON97 turun 20 sen lagi
Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa esok.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah  berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.-Bernama


Timbalan menteri tu kata turun sebab harga minyak di pasaran turun.Kalau minyak RON97 turun takkan harga minyak RON95 tak turun.Oppp silap RON97 ikut harga pasaran RON95 minyak rakyat pakai tak boleh turun sebab tak ikut harga pasaran!


Kita diperbodohkan oleh si pemerintah dengan alasan minyak RON95 tak boleh turun sebab disubsidikan kerajaan.Tak geram ka asyik minyak RON97 turun minyak RON95 tak turun-turun walaupun harga minyak dunia turun?Kita dipermain-mainkan oleh si pemerintah sebenarnya.


Kita digula-gulakan dengan pengumuman berbilion ringgit untuk pembangunan sebagai umpan pilihanraya ke 13, janji nak buat satu jambatan untuk orang kampung dalam pru 12 belum tentu ditunaikan hingga sekarang.

3 ulasan:

  1. betui tu...kita dok guna ron95...bagi la turun yg org ghamai dok guna...

    BalasPadam
  2. hehehe..minyak ron 95 kalau turun rugi laa depa..mana nak cekau duit buat cover PRU13 nnti..mesti nk pakai duit gila2 nnti..mereka ni dah bersiap sedia bro.untuk berperang..perang apa? perang duit bg rakyat ..walhal duit kita semua tu..duit rkyat tp, skrg kuasa d tgn mereka..hurmm

    BalasPadam
  3. Ron95 ada subsidi manakala Ron97 takde subsidi agaknya... itu sebab Ron97 sahaja boleh turun....

    BalasPadam