Isnin, 16 Julai 2012

Penyakit yang melanda Umno lebih teruk daripada Aids

Zahid :BN perlu 'media troopers' tangkis pembangkang
Jentera penerangan Umno dan BN peringkat bahagian perlu diperhebatkan lagi termasuk usaha mewujudkan 'media troopers' menangkis tohmahan yang sering dilemparkan pembangkang melalui media sosial.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang menggunakan media sosial menyerang dan memfitnah Umno dan BN dengan isu-isu negatif yang boleh meracuni pemikiran rakyat.

"Oleh yang demikian, Umno dan BN perlu mendekati kumpulan pelayar media sosial agar hal yang sebenar dapat diperjelaskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Pergerakan Wanita Umno bahagian Bagan Datoh di bagan Datoh pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata penjelasan perlu dilakukan kerana kira-kira 17 juta daripada 28 juta penduduk negara ini lebih cenderung mendapat maklumat menerusi media sosial daripada media arus perdana.

Beliau berkata 'media troopers' adalah saluran yang cukup penting bagi membetulkan dakwaan yang digambarkan oleh pelayar media pembangkang.
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengambil inisiatif menjawab segala permasalahan yang timbul melalui media sosial yang dikendalikannya secara peribadi.

"Oleh kerana permasalahan yang ditimbulkan bukan hanya berkaitan dengan soal parti dan kerajaan tetapi melibatkan perkara-perkara yang lain," katanya.-Bernama


Semua media arus perdana Umno kawal.RTM dan TV3 dan rangkaian media prima Umno kontrol tapi masih belum cukup kuat untuk lawan media baru yang semakin mendapat tempat di hati rakyat.
Ini tandanya Umno semakin nazak dan tiada ubat yang mampu halang hantar Umno ke lubang kubur.Penyakit yang melanda Umno lebih teruk daripada penyakit Aids.
Ini tandanya rakyat dah tak layan berita TV3 dan RTM.Dua media ni tidak lagi dapat tempat di hati rakyat.
Guna cyber troopers' pulak kena bayar upah bukan free bukan fisabilillah.Ada masuukk baru lawan duit tak masuuuk tarak lawan.
Cuba pikir kenapa ramai artis dan bekas pegawai kerajaan jauhkan diri daripada Umno?
Umno la ni memang ada macam-macam penyakit.Kalau ada penyakit kusta hendaklah kita lari daripada penyakit tu macam kita lari daripada singa.Umno la ni lebih kurang tu la
Sila hadir ramai-ramai



Tiada ulasan:

Catat Ulasan