Ahad, 15 Julai 2012

Sayangi Selangor atau sayang aset Selangor RM2bilion?

Iklan sasar rakyat Selangor penuhi komuter-M'kini.
Selepas kontroversi pemasangan bendera BN, kini muncul lagi pelbagai iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak sistem kereta api Komuter di pelbagai tempat di Lembah Klang.

Siri iklan "Sayangi Selangor" itu antaranya memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tulisan ''Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup'' dan ''Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan''. 

Dilihat sebagai sebahagian daripada rangka 'kempen' BN di negeri Pakatan Rakyat itu, iklan tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabaknya.

ktm sayangi selangor 150712Iklan-iklan itu juga memaparkan kemesraan Najib yang bergambar dengan pelbagai pihak, termasuk kanak-kanak dan cuba menekankan bahawa rakyat mendengar masalah rakyat bawahan.

Najib merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor manakala Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed pula berperanan sebagai koordinator BN Selangor.-Gambar dan berita Malaysiakini.Baca semua di sini.

Aset kerajaan negeri Selangor sekarang dah cecah RM2bilion.Tak pernah-pernah selama ni Umno Selangor sayang Selangor la ni baru reti nak tunjuk baik bila nampak aset Selangor ada RM2bilion.


Jangan biarkan gerombolan Umno kuasai Selangor jika mahu lihat kerajaan PR di Selangor terus buat kebajikan untuk rakyat.Jangan biarkan perompak dan penyamun harta rakyat kuasai Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan