Rabu, 11 Julai 2012

Buat La Pilihanraya Jangan Tunggu Sampai Habis Period

Utusan Meloya melaporkan BN :Persepsi rakyat semakin baik.Andaian ini dibuat oleh penganalisis politik prof madya Dr P. Sivamurugan.Katanya macam-macam Najib dah buat.Rakyat dah kembali sokong regim Umno-BN?

Dalam masa yang sama Najib flip-flop membayangkan bahawa pilihanraya akan diadakan sehingga tamat tempoh 5 tahun baru pru 13 akan diadakan.Maknanya dah putus haid baru la pru 13 akan diumumkan .

Kalau rakyat kembali sokong BN kenapa lambatkan pru 13?Kenapa Umno terpaksa guna Tun Madey yang dilihat begitu cemas  takut Umno-BN hilang Putrajaya bersuara setiap hari supaya rakyat kembali sokong Umno-BN?Umno mrenakut-nakutkan orang Melayu bahawa PM Malaysia bukan lagi orang Melayu jika PR berkuasa.Pak Pandir dan Mak Andeh pon tak bodoh matematik macam Umno.

Disebabkan umpan duit BR1M kali pertama tak menampakkan BN akan terus berkuasa maka BR1M kali kedua akan diberi lagi.Rakyat dok tunggu ja duit BR1M RM500 kali kedua.Bagi jangan tak bagi.Berapalah sangat jika dibandingkan dengan duit lembu NFC RM250 juta yang ditelan oleh satu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia.BN ingat dengan beli rakyat denga harga RM500 boleh kekalkan BN di Putrajaya.Untung sabut timbul untung batu tenggelam haha

Ingat rakyat tak tengok dengan segala projek mega berbilion ringgit diberikan kepada kroni Najib?Slogan Najib yang terbaru ialah Janji ditepati.Rakyat yang dapat BR1M RM500 jika dikira selama 54 tahun BN berkuasa hanya dapat berapa sen saja.Tapi projek mega untuk kroni Najib untuk satu syarikat setahun untung berbilion ringgit.Baca di sini.

1 ulasan: