Jumaat, 27 Julai 2012

'Bapa Haramjadah' dalam bahaya

PM Najib pernah berkata HARAMJADAH kepada peneroka Felda yang kebanyakkannya orang Melayu kerana tolak penyenaraian saham Felda FGVH di bursa saham Malaysia.
Lepas tu baca berita ni
Rafizi:Kaji selidik terbaru tunjukkan BN dalam bahaya-M'insider
PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu.
Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu “bread and butter” menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.
“Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri.
“Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP, (Program Transformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik ... tetapi  rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Selain itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal dikuasai Barisan Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan perbincangan lanjut.
“Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka.
“Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center,” katanya.
“Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan,” tambahnya lagi.
Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau seolah-olah bertindak sebagai “presiden” dan berkempen secara individu.
“Kami sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center ... kalau saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib  berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden.
“Ia bukannya semangat berkumpulan,  bukan team effort, tapi personal strenght,” kata Rafizi lagi dan menambah,”PRU ini mungkin 50-50, (persaingan antara BN dan PR).”-M'insider
Lepas tu baca pulak yang ni lagi dasyat Mensyuarat Najib-Muhyiddin bertumbuk-tumbuk meja?.Ni bahana dan bala kata 'Haramjadah' agaknya kepada orang Melayu.Segala mak nenek dan tok nenek Melayu dalam kubur juga mungkin dok doa 'bapa haramjadah' ni cepat cepat jatuh daripada kuasa yang dipegangnya.

1 ulasan:

  1. kajian pejawat awam di Malaysia, gaji dinaikan tetapi diambil balik melalui LHDN. Potongan cukai tinggi rakyat awam menderita...tukar kerajaan

    BalasPadam