Sabtu, 14 Julai 2012

'Saya akan jawab di mahkamah'-Rafizi

Rafizi disiasat polis , hanya akan jawab di mahkamah-M'insider

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya untuk disiasat berkenaan dokumen rahsia projek sambungan LRT Ampang.
Rafizi dipanggil ke balai polis Tropicana pada pukul 3 petang dan disoal berkenaan dengan dokumen rahsia itu selama sejam.
“Saya hanya jawab ‘saya akan jawab’ di mahkamah ketika disoalsiasat oleh polis.
“Di bawah Seksyen 112 Prosedur Siasatan Jenayah, Kita mempunyai hak untuk tidak menjawab sekiranya jawapan kita boleh digunakan untuk mendakwa kita.
“Saya tidak menjawab satu soalan pun,” kata Rafizi dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut Rafizi lagi, beliau disiasat berikutan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan berkenaan dengan isu kebocoran dokumen.
“Selepas ini pihak polis akan menyerahkan notis untuk dapatkan dokumen asli.
“Dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), polis mempunyai hak untuk berbuat begitu,” kata Rafizi lagi.
Sebelum ini, blog pengarah strategi PKR itu digodam, dipercayai kerana memuat naik dokumen-dokumen sulit yang turut melibatkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.-M'insider
Di Malaysia berbeza dengan negara lain sesiapa yang bongkar rahsia dan penyelewengan pemimpin regim BN akan disiasat tapi penyamun dan perompak wang rakyat bebas tanpa sebarang penyiasatan
Berkaitan;
Syarikat terlibat rasuah Scorpene dapat projek LRT Ampang -Keadilandaily.com

1 ulasan:

  1. bangsat punya najib cobalah kau tahan rafizi tengoklah nanti lu kena masuk dalam skirt rosmah selama-lamanya. perasuah no1 dunia najib mahathir dan muhidin otak udang dan BN

    BalasPadam