Rabu, 11 Julai 2012

Kangkong bercakap pasal Hudud

Najib kata Malaysia tak akan laksana hukum Hudud.Ini terang dan jelas.Bila bercakap soal hukum Allah SWT manusia Melayu yang mengaku Islam suka sangat-sangat bercakap dolak-dalik cari seribu alasan yang jurus kepada penolakan dengan gaya bahasa yang lembut dan manis bak madu Tualang Tiga.

Lebih gerun lagi mereka yang mengaku Islam dari dalam perut menimbulkan kebimbangan di kalangan umat Islam, sesama Islam malah yang lebih dajjal daripada dajjal lagi kutuk hukum Allah SWT secara terang-terang.Awat kalau guna bahasa yang lemak manis tolak hukum Allah SWT ingat Allah SWT yang Maha Mendengar, Malaikat yang berada di kiri kanan kita tak tahu kata kita nak menipu dan kelentong Allah SWT?

Datanglah profesor mana sekali pun ada PHD bertingkat-tingkat sekali pun dan berkuntau lidah menidakkan hukum Allah SWT ,Allah SWT dah tahu segala isi perut kita sejak azali lagi.Ingat hebat sangat lidah kita?Nikmat lidah kita yang dapat rasa pahit,kelat,masin,manis dan payau tu kalau ditarik oleh Allah SWT ingat boleh repair kat hospital pakar?

Tak malu kita berdoa kepada Allah SWT supaya anak bini kita,keluarga kita dimurahkan rezeki tapi dalam masa yang sama kita rasa bimbang dengan hukum Allah SWT!Takkan dah masuk lubang kubur pun nak bimbang lagi dengan hukum Allah SWT.Lebih baik diam dan senyap.Kita sayang lebih-lebih anak bini kita,harta yang menimbun takut kena rompak daripada sayang yang teramat kepada hukum Allah SWT ingat Allah SWT senang-senang nak campak kita masuk Syurga Allah SWT?

Berkaitan baca Hudud:Perlu persetujuan semua pihak-Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan