Selasa, 3 Julai 2012

Undang-undang duduk bawah ketiak Umno

Najib telah digelar sebagai Demokrat Palsu oleh penulis Mark Mackinnon.Kata Mark pemimpin jenis ni, “mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa” dan “penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal”.


Cuba kita tengok apa yang terjadi kepada pemimpin pembangkang di peringkat pusat dengan apa yang disebut si penulis tersebut betul atau tidak.Tiga pemimpin PKR telah ditambah pertuduhan dalam kes Bersih 3.0. Anwar ,Azmin dan Chegubard hadapi tuduhan baru.Mula-mula mereka didakwa di mahkamah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan langgar perintah mahkamah.Kini mereka didakwa pula bersubahat memecahkan sekatan ketika perhimpunan Bersih 3.0.


Jika mereka didapati bersalah maka hilanglah kelayakan sebagai ahli parlimen dan tidak layak lagi untuk bertanding dalam pilihanraya seterusnya.Yang hadir demo bersih 3.0 bukan hanya tiga orang tu tapi hampir 250,000 orang pada 28 April lalu.Kalau nak sangat rakyat masuk penjara dan dapat duit denda dakwa semua sekali yang hadir demo Bersih 3.0!


Saya tak nampak walaupun seorang pemimpin Perkasa dan Umno di Pulau Pinang dan lain-lain negeri yang ligat dan aktif berdemontrasi setiap minggu dihadapkan ke mahkamah kerana berdemontrasi.


Undang-undang negara kita, pihak yang buat pendakwaan buat pendakwaan terpilih ikut citarasa pemimpin regim gerombolan.Kalau pemimpin gerombolan kata dakwa maka mereka dakwa.Kalau pemimpin regim gerombolan  kata pendakwaan yang dibuat ni boleh menyebabkan mereka yang didakwa terlepas dan dibebaskan dan kena tambah kes baru ok maka pihak pendakwaan hanya ikut saja!


Undang-undang duduk bawah ketiak Umno ,duduk bawah tapak kaki Umno.Ikut suka nak buat apa pun.Kalau depa kata kita kena junjung undang-undang,perlembagaan negara berada paling atas aku rasa nak termuntah dengar!


Cuba tengok kalau polis naik motor kapcai makan rasuah RM20 kena penjara dua tiga bulan.Makan duit lembu NFC corp anak beranak satu keluarga RM250 juta boleh terlepas daripada didakwa di mahkamah.Hutang duit PTPTN tak bayar kena senarai hitam,paspot kena black list tapi hutang kroni RM589 juta boleh selesai luar mahkamah.Siapa berani dakwa pemilik cincin RM24 juta?Siapa! siapa!


Kalau orang Melayu masih tak nampak dan terus mau bagi sokongan kepada regim zalim Umno-BN ni tak ada mana biji mata boleh kata apa.Tapi jika regim ni terus berkuasa selepas pru 13 adakah kita tidak rasa berdosa biarkan tangan kita sokong kezaliman mereka.Umur kita paling lama pun 60 tahun takkan nak terus tengok regim ni berkuasa lagi.Tak teringin kah kita ikut lakukan perubahan macam yang dilakukan Arab Spring?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan