Khamis, 4 Ogos 2011

Tembelang jatuhkan Najib sudah bocor?

Layakkah Muhyiddin jadi PM Malaysia?Cuba tengok dan perhatikan betul-betul gambar di atas dari raut wajah ini adakah beliau sempat jadi PM Malaysia? ha ha.Muhyiddin dah tak sabar nak jadi PM...tapi yang pasti Muhyiddin dapat jadi Presiden Umno gantikan Najib ha ha

Lepas tu baca;

Pas dakwa ada gerakan jatuhkan Najib dalam Umno-M'kini

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius".

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

Ditanya daripada mana gerakan tersebut, Mustafa mendakwa ia daripada kalangan pemimpin Umno sendiri.

Menjawab soalan wartawan, Mustafa berkata: (Kalau) dari (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), saya tak tahu.

"Pada waktu ini saya tak mahu beritahu," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya".

Mustafa mendakwa Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.-m'kini

Kalau Najib tumbang tak jadi PM, bagaimana dengan Rosmah Mansor?Apa akan jadi dengan dakwaan cincin berlian RM24 juta?Macam-macam boleh jadi! Tapi adakah akan jadi macam gambar di bawah ni....?

Hosni Mubarak trial, Cairo
Hosni Mubarak lies on a hospital bed inside a cage of mesh and iron in the Cairo courtroom hosting his trial. Photograph: Egyptian State Television. Baca di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan