Selasa, 2 Ogos 2011

Bila menteri makan pencen tibai Najib, apa signalnya?

Ada orang kata PM Najib adalah PM terakhir daripada gerombolan Umno-Bn.Selepas pru 13 Umno-Bn tak akan berkuasa lagi di Putrajaya! Wow! Kalau betul alamatnya Muhyiddin Yaasin kempunan la nak jadi PM Malaysia daripada kalangan Umno-BN ha ha.Betoi tak betoi kita kena terima hakikat Umno -Bn dah terlalu tua berkuasa di negara yang kiat sayang ini.Rakyat sajalah yang menentukan siapa yang mereka akan pilih dalam pru 13 nanti.

Tapi sejak akhir-akhir ni golongan Umno yang dipinggirkan bangun keras bersuara lawan Najib.Mereka dikatakan daripada kelompok Muhyiddin Yaasin yang dah tak sabar nak angkat Muhyiddin jadi PM.Di belakang mereka dikatakan ada Tun Mahathir yang dah tak suka dengan Najib.Mereka berkubang dalam kem Muhyiddin mau jatuhkan Najib.Najib dikatakan jadi liabiliti kepada Umno.Tambah-banyak dakwaan kes berat , bukan berat badan yang libatkan isteri PM Najib iaitu Rosmah Mansor.Kes terbaru dakwaan yang libatkan Rosmah Mansor beli sebentuk cincin import daripada USA yang bernilai RM24 juta.Namun Rosmah Mansor nafi dan dan kata tu semua fitnah.

Umno sudah tidak ada ruang bebas bersuara, dakwa bekas menteri-M'insider

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kesal kerana Umno kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk memberi perbezaan pendapat, mendakwa parti kaum Melayu itu telah beralih daripada dasar-dasar dipraktikkan oleh presiden-presiden terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak.

Bekas menteri kerajaan pusat dan ahli Majlis Tertinggi Umno ini memberitahu The Malaysian Insider, beliau turut bimbang dengan budaya politik semasa dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sambil menegaskan, ia jauh berbeza berbanding pendekatan terbuka dan telus yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Malangnya, keadaan sudah banyak berubah dalam Umno sendiri sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Ketika itu ada banyak kebebasan untuk menyuarakan pandangan kami, ruang untuk perbezaan pendapat dan debat terbuka,” kata beliau.

“Tetapi sekarang anda tidak ada persekitaran sedemikian,” kata Kadir dengan menekankan faktor-faktor yang membawanya untuk menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Kata beliau langakh itu akan membolehkannya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa, yang tidak boleh dilakukan dalam Umno sendiri.

Bekas menteri pelancongan itu merujuk kepada kritikan sesetengah pihak ke atas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang melahirkan pendiriannya mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.

“Ia hanya satu komen, tidak bermakna beliau telah bertindak bertentangan dengan parti atau kerajaan tetapi kini ada gesaan agar beliau (Saifuddin) dipecat dari Umno,” kata Kadir.

“Ini tidak berlaku pada masa-masa lalu,” katanya lagi.

Kadir juga membandingkan kepimpinan Umno semasa dengan masa lalu dan menggunakan kes bekas Ketua Pemuda Umno dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris untuk mengetengahkan poin beliau.

“Kebanyakan daripada kami dalam Pemuda Umno tidak bersetuju apabila Datuk Harun dikenakan tuduhan rasuah.

“Kami menjadi saksi tentangan ke atas kerajaan ketika itu. Kami berkempen bagi Datuk Harun di seluruh negara... tetapi tiada tindakan diambil ke atas kami, meskipun ada perbezaan pendapat,” katanya.

“Itu bukan bermakna kami bertindak menentang BN ataupun kerajaan, ia hanya perbezaan pendapat,” kata Kadir.

Meskipun kesal dengan keadaan semasa dalam Umno, Kadir berkata beliau akan kekal dalam parti itu.

“Saya masih memegang jawatan dalam parti... ada banyak perkara dalam Umno yang saya setuju, sesetengah dasarnya,” kata beliau yang juga bendahari Umno Kulim Bandar-Baharu.

Kadir merupakan salah seorang timbalan presiden Amanah yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang.-M'insider

Sapa kata dalam Umno ada kebebasan bersuara.Zaman Tun Madey ada? Siapa pemimpin Umno dan menteri berani lawan cakap Tun?Kalau lawan jadi macam Anwar kena masuk penjara ha ha.Kena pukul sampai lebam lepas tu kata Anwar pukul diri dia sendiri ha ha.

Najib takut kepada Muhyiddin-Harakahdaily

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengakui bahawa beliau begitu takut kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Secara terbuka Najib membuktikan kepada seluruh dunia beliau begitu takut kepada Muhyiddin apabila beliau tak mahu mengulas kenyataan timbalannya itu bahawa beliau orang Melayu dahulu, kemudian barulah orang Malaysia.

"Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum sebagai penentangan kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan diajar kepada Najib oleh firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide yang kemudiannya dijerit-jeritkan olah beliau di sana sini setiap hari seolah-olah ia adalah ideanya sendiri," katanya.

Bagi Mahfuz, keengganan Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu juga membuktikan Najib sanggup mengetepikan hampir apa sahaja termasuk konsep 1Malaysia yang dijajanya kerana ketakutannya yang amat sangat kepada Muhyiddin.

"Bagi Najib, tidak mengapa beliau ketepikan propaganda yang dijerit-jeritkannya setiap hari itu asalkan beliau tidak dilihat cuba menentang atau mencabar ketegasan timbalannya yang menekankan bahawa beliau orang Melayu dahulu kemudian barulah orang Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan Najib begitu bermasalah kerana selepas setiap hari diejek dengan tuduhan "takut bini", kini beliau sendiri yang membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau begitu takutkan timbalannya.

Mahfuz juga melihat rasa takut kepada Muhyiddin yang dizahirkan secara terbuka oleh Najib kepada seluruh dunia itu juga menjadikan perpecahan antara mereka sebagai perpecahan terbuka.

"Ia bukan rahsia lagi kerana secara terbuka Najib memperlihatkan ada perpecahan antara beliau dan timbalannya. Ia menunjukkan kepada umum tentang krisis dalaman yang dilihat semakin parah di dalam Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Najib yang tergesa-gesa membatalkan cutinya dan segera pulang ke Malaysia baru-baru ini mempunyai kaitan dengan krisis dalaman tersebut.

"Semua orang tahu kemampuan Muhyiddin dalam soal seperti itu. Kejatuhan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dahulu dilihat hasil dari usaha yang diterajui oleh beliau," katanya.

Ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di ibu negara semalam, Najib enggan menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu.

"Saya tidak akan jawab soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan,” kata Najib.

Muhyiddin bukan sahaja menegaskan bahawa beliau Melayu dahulu di dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac tahun lalu, malah mengulanginya beberapa kali selepas itu termasuk dalam persidangan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Kenyataan beliau dikecam pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan.

Kenyataan itu juga disindir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau berkata: "Saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?"

Malah, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Muhyiddin tidak faham 1Malaysia berikutan kenyataannya itu.

"Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata Ibrahim.

Kalau Muhyiddin sempat jadi PM, bagaimana dengan nasib Bik Mama agaknya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan