Jumaat, 16 April 2010

Umno dan Perkasa kelu di Hulu Selangor, hanya mampu kulum jari.

Umno yang terkilan kerana calon daripada parti itu ditolak mentah-mentah untuk dicalonkan sebagai wakil BN di Hulu Selangor oleh Najib sendiri hanya melopong biji mata tak boleh kata apa dah. Nak cakap pasal perjuangan Melayu pun dah tak boleh buka mulut di Hulu Selangor nanti akan ditertawakan oleh bangsa sendiri. Umno hanya mampu kulum jari melihat MIC yang dapat 'keistimewaan' daripada PM Najib.

Palanivel pula hilangkan diri kerana merajuk tak dapat jadi calon.Tapi Palanivel beruntung belum menang sudah ditawar jadi Senator dan Timbalan Menteri oleh Najib.BN kalah pun Palanivel untung.Nasib Kamalanathan calon BN di prk Hulu Selangor macam telor dihujung tanduk .Kalau kalah apa pun tak dapat. Apa pun keadaannya MIC 'menang semua', sementara Umno 'kalah semua' di Hulu Selangor.

Apa pun maruah Samy Vellu sebagai Presiden MIC tercemar teruk gara-gara Timbalan Presiden Umno dan TPM Muhyiddin tolak calon pilihan Samy Vellu iaitu G.Palanivel. G.Palanivel ditolak mentah-mentah oleh Muhyiddin Yassin. Samy Vellu bukan ketua cawangan MIC di Hulu Selangor, tapi beliau Presiden MIC, sama taraf dengan Najib yang juga Presiden Umno.

Cakap Samy dah tak laku beliau patut letak jawatan dalam tempoh 24 jam bukan 14 bulan akan datang.Apa lagi yang Samy Vellu ada sebagai Presiden parti kalau cakapnya dah tak laku, tak diiktiraf oleh Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno? Kalau setakat pujuk nak offer jawatan dalam kerajaan kepada Palanivel sebab tak dicalonkan di prk Hulu Selangor, amat memalukan sekali dikerjakan Muhyidin terhadap Samy! Samy boleh ugut nak pecat Mugilan jika jadi calon BN di Hulu Selangor , nak bubar cawangan MIC di Hulu Selangor tapi tu semua hanya sekadar ugutan yang tak lagi berbisa dalam komponen BN. Orang India patut malu kerana berketuakan Samy yang dah letih dan kepenatan malah dipandang sepi apa yang Samy cakap.

Umno pula hanya menang sorak di Hulu Selangor. Umno hanya jadi juara meleburkan maruah agama dan bangsa sendiri bila sanggup bersekongkol dengan Israel melalui Apco Worlwide yang diberi ganjaran kontrak RM77 juta.Kalu tak mampoih Najib tak dapat jumpa Obama!

Perkasa pula hanya diamkan diri dalam isu penglibatan kerajaan Umno-Bn yang bagi kontrak kepada Syarikat APCO Worlwide yang pro Israel. Perkasa dan betoi-betoi jadi Pekasam yang hanya layak duduk dalam guri ! Perkasa pun tak boleh nak cakap apa di Hulu Selangor kerana calon BN bukannya perjuangan Perkasa.

Berkaitan;
Bilik gerakan lesu:Samy temui pemimpin akar umbi-Malaysiakini
Dr Mahathir tak akan berkempen di Hulu Selangor-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa...

    http://paklongonline.blogspot.com/2010/03/perkasa-itu-umno.html

    BalasPadam