Rabu, 7 April 2010

Polis tak panggil- Zul Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin kata polis tak panggil beliau untuk bagi keterangan berhubung isu ditawar ganjaran untuk kaitkan PM Najib dengan Altantuya yang mati dibom hingga berkecai dengan bom c4.

Kata Zul, dalam laporan Bernama-Polis belum hubungi saya;

"InsyaAllah saya akan memberi kerjasama penuh tetapi mungkin selepas saya pulang dari luar negara nanti kerana saya akan ke luar negara dalam masa terdekat ini. Kalau dipanggil saya akan pergi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Cara Zul bercakap tu teringat aku akan kata-kata Exco Kerajaan Negeri Kedah , Lim Soo Nee yang kata Zul tu kaki tipu dan putar alam. Kata Lim Soo Nee,

“Saya dedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu dengan mudah oleh Zulkifli. Dengan penampilan dirinya itu saya yakin ramai yang sudah terpedaya,”

Ketua Polis Negara pula kata nak siasat Zul tapi tak pula siasat-siasat.

Baca juga;
Perisik Israel dalam PDRM:KPN minta Anwar kemuka bukti
-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan