Ahad, 11 April 2010

Berita Lawak Antarabangsa: AS Minta Nasihat Malaysia

Utusan Malaysia Online dengan beritanya-AS minta nasihat Malaysia melaporkan;


DR. Jamaludin Jarjis menunjukkan akhbar The Washington Times yang menyiarkan berita dan gambar mengenai Malaysia pada majlis taklimat kepada media sempena lawatan Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat di Kedutaan Malaysia di Washington, kelmarin. - BERNAMA

Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) kali ini, yang kedua selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dijangka membawa makna besar dalam konteks hubungan Malaysia-AS dan AS dengan dunia Islam.

Presiden Barack Obama difahamkan akan meminta nasihat Kuala Lumpur dalam usaha memperbaiki hubungan AS dengan negara-negara Islam seperti mana sikap keterbukaan terhadap dunia Islam yang dinyatakannya ketika berada di Universiti Al-Azhar, Mesir baru-baru ini.Baca lanjut klik di atas.

Perkataan akan yang diboldkan itu maknanya benda tu tak buat lagi atau senang cakap entah betoi entah tidak. AS pun langsung tak sebut minta nasihat. Benda tak buat lagi main teka saja, hanya Jamalaudin Jarjis yang dituduh raba punggung saja bodek lebih!

AS lebih suka dengar cakap Yahudi Israel Laknatullah daripada dengar cakap kita ni! Israel bunuh umat Islam Palestine hari-hari ,AS kata apa pun Israel tak dengar macam mana pulak AS nak minta nasihat kita woi! Malaysia nak nasihat apa kat AS yang turut bunuh umat Islam Iraq, umat Islam Afghanistan dan turut ugut-ugut nak serang Iran supaya loji nuklear Iran dibatalkan pembinaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan