Isnin, 26 April 2010

Pasca Prk Hulu Selangor:"Anak saya memang kerja Kemas"

Ini apa yang diceritakan oleh petugas Pas yang berkempen di dalam prk Hulu Selangor di Felda Gedangsa . Petugas Pas yang berkempen di felda tersebut bertanya kepada makcik yang didatanginya, "Mak cik dah isi borang usia emas?" kata makcik tersebut," Ha apa Kemas , anak mak cik memang kerja Kemas (Kemajuan Masyarakat) pun."

Kerajaan negeri Selangor ada bagi bantuan skim usia warga emas yang dah berusia 60 tahun ke atas. Bila meninggal dunia kerajaan negeri akan bayar RM2500 kepada keluarga si mati. Apa yang nak aku katakan di sini ialah Ketua-Ketua Kampung dan Jkk yang dilantik kerajaan negeri tidak main peranan untuk bagi penerangan apa yang kerajaan negeri Selangor laksanakan untuk kebajikan rakyat hingga orang-orang kampung tak tahu pun apa itu skim usia warga emas!

Begitu juga dengan apa yang diberitahu oleh petugas Pas yang lain berkempen di Hulu Bernam ada yang menganggap 20 meter padu air percuma bernilai RM11.40 kerajaan negeri Selangor itu pemberian Umno! Kalau jadi JKK dan Ketua Kampung tau makan elaun buta tak tau buat kerja lebih baik dipecat dan disingkirkan daripada jawatan yang dipegang.

Apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada Petugas-Petugas Pas daripada seluruh Selangor dan lain-lain negeri yang bekerja keras berkempen dalam prk Hulu Selangor di dun Hulu Bernam, Batangkali dan Ulu Yam.

4 ulasan:

  1. berkemungkin masih ramai yg tidak tahu lagi tentang bantuan skim usia warga emas tu,sebab tulah makcik tu jawab begitu,dalam hal ini siapa yg harus di pertanggung-jawapkan....??

    BalasPadam
  2. Salam...

    bukan mesra usia emas jek yg ramai Rakyat di Selangor xtau..di Selangor ada 7 program untuk merakyatkan ekonomi selangor..ada Tawas (untuk bayi yg baru lahir), ada hadiah 1k(bagi anak yg dpt masuk IPT)dan lain2..bnyak lg program kerajaan negeri yg sehingga ke grassroot xtau...mungkin sbb Pentadbiran PR xleh masuk TV kot..xpe..perjuangn dan kerja kuat perlu dteruskan..usaha tangga kejayaan..Mga Allah permudahkan sgl urusan dlm mendaulahkan ISLAM..amin ya Rabb

    untuk renungan bersama : (Firman Allah dlm Al-Quran surah Al-Imran Ayat 103)

    "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya"

    BalasPadam
  3. Wooii..banyaknya offer dari kerajaan negeri Selangor..Baguihnyaaa.....

    Kat Kedah ni...habuk pun taraak... Billboard tepi jalan, banyaklaa....

    BalasPadam
  4. Mata hang rabun mana nak nampak

    BalasPadam