Rabu, 28 April 2010

Sumpah Najib Di Hulu Selangor Akan 'Makan Tuan'?

Malaysiakini dalam laporannya Peguam Perancis di Kl siasat Scorpene melaporkan;

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.-

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.-Malaysiakini

Seterusnya Malaysiakini melaporkan;

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.Baca lanjut klik di atas.

Semasa prk Hulu Selangor yang lalu PM Najib telah lagi sekali bersumpah mengatakan beliau tak kenal pun Altantuya, jumpa pun tak pernah ! Baca di sini.

1 ulasan:

  1. Salam..
    doa org2 yg dizalimi akan dimakbulkan Allah...berfikirlah sblum melakukan sesuatu perkara...fikir baik buruk terlebih dahulu..kelak kemudian hari tidak menjadi beban kpd org lain...wawahua'lam

    BalasPadam