Selasa, 20 April 2010

Pak Lah Sorang Ja Tak 'Drink' , PM Lain Semua 'Drink'



Setiausaha Agung Pas Pusat Mustafa Ali menyatakan semua bekas Perdana Menteri Malaysia pernah minum arak dan beliau pernah lihat dengan mata kepala beliau sendiri kecuali mantan PM Pak Lah saja yang tak 'drink'. Tapi aku tak tau la pulak menantu Pak Lah ada 'drink' ka tidak. Pak Lah takat pegang-pegang bahu gosok bahu saja.

Dalam laporan malaysiakini Pas dakwa majoriti mantan PM minum arak melaporkan;

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.-Malaysiakini

Nampaknya semakin banyak Umno dedahkan isu arak semakin banyak pula yang jerat diri sendiri.

Berkaitan;
Saya sudah taubat pemimpin Umno terus dengan arak
-harakahdaily

2 ulasan:

  1. Salam..

    umpama buka pekung di dada...
    SAHABAT2 SEKALIAN, HENDAKLAH mentaati kpd pemimpin selagi pemimpin itu tidak mnyekutui Allah dan RasulNYA...pemimpin yg baik akan memacu rakyat yg dipimpin kjln yg diredhai Allah dan menunjukkan akhlak mulia spt Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W..adakah sifat ini ada pada pemimpin kita skrg ni???fikir2kanlah....wawahua'lam

    BalasPadam
  2. Ala...Ulaq Kapak Kedah pun tak tutup-tutup kedai arak judi...Sembang....
    2x5, 5x2....Setan tetap setan...selagi duk ikut, selagi tu la setan duk rhenggah gelak... Umno Pas, sama saja...beza dia antara berak dgn kentut saja...

    BalasPadam