Sabtu, 10 April 2010

Ketua Penerangan Umno cakap macam orang tak sekolah


Nak kempen apa pun kempenla tapi kalu nak ungkit pasal pembangunan yang dibuat nampak sangat macam orang tak sekolah. Pembangunan yang dibuat Umno-Bn tu duit siapa? Duit Umno atau duit rakyat pembayar cukai. Kalu duit Umno memang patut pun ungkit. Umno ni perangai tak pernah berubah. Otak Umno dalam kepala pemimpin mereka dan penyokong mereka sama. Buatlah pembangunan apa pun , buat Dewan Orang Ramai, Balai Raya, Balai Polis, Bangunan Mahkamah, buat lebuhraya, semuanya Umno cakap mereka yang buat. Semua tu Umno punya!

Kalau semua tu Umno punya bila bertukar kerajaan negeri kepada Pakatan Rakyat kenapa Umno buat mensyuarat kat kedai kopi, restoran dan tempat yang tak ada kaitan dengan kerajaan negeri? Dalam berita Bernama -Pakatan Pembangkang Penumpang Pembangunan BN-Ahmad Maslan melaporkan;

Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor.

"Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak "kumpulan penumpang" agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu.

"Jadi saya harap kawasan ini putih untuk sokongan BN supaya kita boleh terus membangunkan kawasan ini sebagaimana telah terbukti," katanya.-Bernama

Sapa pun jadi pemerintah atau pentadbir negeri itu adalah tanggungjawab pemerintah bukan tanggungjawab rakyat! Kalu pembangunan dah dibuat masa Bn perintah kenapa nak bazir wang nak buat benda yang sama masa Pakatan Rakyat jadi pemerintah. Takkan sekolah yang dibina zaman BN perintah nak diruntuhkan dan dibina sekolah baru atas tanah yang sama untuk tunjukkan haa ini Pakatan Rakyat punya pembangunan! Bodoh ka cerdik?

2 ulasan:

  1. budak mamat gampang ni bapak pengampu, itu le sebabnya dia cakap macam orang tak sekolah

    BalasPadam
  2. umno memang ngok dari dulu

    BalasPadam