Isnin, 5 April 2010

Jebon Umno Dan Jebon MIC berentap siapa yang menang?

Pengundi Melayu dan bukan Melayu di Hulu Selangor sudah muak dengan mainan politik kotor Umno dan MIC yang sedang bergelut sesama sendiri berebut nak jadi calon di prk Hulu Selangor.
Di Hulu Selangor langsung tak gambarkan Satu Malaysia yang jadi slogan PM Najib. Orang Cina macam terpinggir dan macam tak ada kuasa penentu kemenangan BN. Mereka seolah-olah dilupakan dalam perebutan siapa yang layak jadi calon BN di Hulu Selangor. Sedangkan pengundi Cina lebih ramai daripada pengundi India. Pengundi Melayu pula adalah majoriti.Najib hanya nak ambik hati pengundi India dan Melayu saja.

Umno yang melobi sakan supaya calon daripada parti Umno dicalonkan di prk Hulu Selangor kabarnya akan gigit jari dan kecewa kerana kemungkinan besar calon daripada MIC akan dipilih PM Najib.Malaysiakini dalam laporannya 'Pilih calon Umno atau sokongan terjejas' melaporkan;

Naib ketua bahagiannya Datuk Adnan Buyong berkata, tuntutan yang dibuat mereka melalui satu memorandum pada 30 Mac lalu bukan mewakili hasrat mereka sahaja, tetapi kehendak rakyat Hulu Selangor secara keseluruhannya.

“Sampai sekarang di kedai-kedai kopi, orang bercakap hendak calon Melayu,” katanya ketika diminta mengulas tindakan lanjut mereka bagi memastikan kerusi parlimen tersebut dikembalikan ke pangkuan Umno.

“Kita sudah buat semua perkara. Sekarang kita berdoa sahajalah. Tetapi kita tidak putus harap supaya permintaan kita diterima.

“Apa boleh buat, yang buat keputusan bukan kita. Kalau saya yang buat keputusan, senang,” katanya sambil ketawa kecil.Dengan nada perlahan dan kecewa, Adnan sempat berseloroh, tetapi sinis:

“Saya pun tidak berapa faham dengan (konsep) 1Malaysia ini. Rakyat didahulukan, pencapaiannya (di Hulu Selangor) kita tengoklah nanti.”

PKR pula yang jadi wakil Pakatan Rakyat jangan tersilap perkiraan di prk Hulu Selangor. Tersilap pilih calon akan makan diri.Merana badan menangis tak berlagu.Berhati-hati dan siap siaga dengan 'anjing-anjing penyerang BN' yang berkeliaran di Hulu Selangor!

Berkaitan;
Subra:Bukan saya sabotaj Palani, Samy cari 'kambing hitam-Malaysian Insider
Kemelut YBK: MB marah orang Melayu tipu Melayu-TVSelangor

1 ulasan:

  1. salam...

    pilihanraya datang lagi..mcm2 persiapan dilakukan..mngalahkan ragam si ibu menerima menantu..semua jentera parti bersiap sedia..walau apa pun terjadi..kita perlu ingat..kita hanya merancang dan berusaha..selebihnya Allah yg tentukan mana yang terbaik..redha dan berlapang dada dengan apa saja kemungkinan yg bakal berlaku..mga Pakatan Rakyat tetap dihati rakyat di Parlimen Hulu Selangor...wawahua'lam

    BalasPadam