Ahad, 25 April 2010

Jangan sampai dimakan sumpah sudahla


Dalam laporan Malaysian Insider PM Najib dikatakan telah bersumpah sekali lagi bahawa beliau tak kenal pun wanita Monggolia Altantuya Shaaribu atau nama Melayunya 'Aminah' yang telah dibunuh dengan peledak bom c4 hingga berkecai di Puncak Alam , Selangor.

Saya tak kenal dia,jangan tuduh,” kata Najib lagi.

“Satu pembohongan besar dan dahsyat,” kata beliau.

Sejak Altantuya dibunuh banyak tuduhan dilemparkan terhadap Najib, antara lain mendakwa beliau ada hubungan wanita berkenaan.

Malam ini, Najib juga berkata, beliau telah dimaklumkan segala-galanya oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kepada beliau baru-baru ini.

Zulkifli yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas selepas dipecat oleh PKR mengikuti rombongan lawatan ke luar Washington, diketuai Najib, baru-baru ini.Baca di sini.

Kalau Najib bersumpah dua kali P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang menghilangkan diri tu juga buat dua akuan bersumpah dua kali selang sehari daripada akuan bersumpah yang pertama! Tapi PM Najib bersumpah dalam dua pilihanraya. Lebih-lebih lagi bila bersumpah yang kedua ini selepas dibawa 'dua ekor anjing penyerang BN' ke Washington iaitu MP Zulkifli Noordin dan MP Zahrain yang jadi MP bebas.Hang pa percaya ka dengan MP Zul tu? Aku besaq kuman pun tak percaya!

Dalam berita Malaysiakini 16 mac 2010 Nazri:SPRM masih siasat PI Bala melaporkan;

Pada sidang media 3 Julai 2008, penyiasat persendirian itu
mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.

Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.

Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.-Malaysiakini.

Baca juga, Culik Altantuya: 'Nasir Safar di tempat kejadian'-malaysiakini


2 ulasan:

  1. saya hormat pm kerana berani kerana benar.tapi peminpin pkr banyak berdalih malah takut menghadapi kenyataan.makamah dunia kita boleh lepas tapi kalau ALLAH nak tunjok tak lama...

    BalasPadam
  2. DATUK NAJIB BERANI BERSUMPAH,SAIFUL YANG DIA KATA KENA LIWAT BERANI BERSUMPAH TAPI DATUK ANWAR,ORANG YANG KENA TUDUH DAN KATA DIA TIDAK BUAT, TIDAK BERANI HENDAK BERSUMPAH ATAUPUN TOK GURU DATUK NIK AZIZ JEMPUT SEMUA ORANG KELANTAN HADIR SEMBAHYANG HAJAT DI STADIUM UNTUK MEMINTA PADA ALLAH UNTUK TUNJUK KEBENARANNYA.INSYAALLAH SEMOGA ALLAH TUNJUK KEBENARANNYA.SIAPA YANG BENAR DAN BERANI?FIKIR-FIKIRKANLAH

    BalasPadam