Isnin, 5 April 2010

Hanya Allah Maha Pengampun

Isu Kartika Sari Dewi yang diampunkan Sultan Pahang daripada hukuman sebat 6 rotan kerana kesalahan minum arak nampaknya tiada kesudahan. Ada pihak yang pertikai tindakan Sultan Pahang itu.Memang Sultan itu daripada segi perlembagaan negeri adalah Ketua Agama Islam.

Aku yang tak pandai undang-undang ni rasa tertanya-tanya. Kartika Sari tu salah minum arak adalah di sisi agama Islam. Beliau bukan bersalah dengan Sultan tapi beliau bersalah dan berdosa minum arak disisi agama Islam. Yang berhak mengampunkan beliau adalah Allah SWT saja. Dosa sesama manusia boleh minta ampun dengan manusia tapi kalau berdosa dengan Allah SWT bolehkah kita manusia dan makhluk yang lemah ini boleh mengampunkannya?

Pokok pangkalnya bukan hukum sebat 6 rotan atau 40 rotan tapi Kartika bersalah dan berdosa minum arak hanya Allah SWT saja yang layak ampunkan beliau. Beliau boleh bermunajat dan taubat nasuha kepada Allah nescaya Allah yang Maha Pemurah , Maha Penyayang dan Maha Pengampun akan mengampunkan beliau. Kita manusia yang lemah tidak terlepas daripada melakukan dosa, tak kiralah dosa kecil mahupun dosa besar jika kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat Allah akan ampun dosa kita kecuali dosa Syirik kepada Allah.

Dalam berita Bernama- Sultan Pahang Punya Kuasa Tentukan Hukuman terhadap Kartika-Nazri melaporkan:

Keputusan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meringankan hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarnor dengan kerja khidmat komuniti tidak wajar dipertikaikan kerana baginda mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat demikian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Sultan adalah pemerintah tertinggi dalam agama Islam. Baginda boleh menentukan apa saja hukuman berdasarkan kepada kepentingan awam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysa (PGSM) sebelum ini yang mempertikaikan keputusan meringankan hukuman sebat kepada menjalani hukuman khidmat masyarakat terhadap Kartika Sari Dewi, 33, yang bersalah kerana meminum arak.

Dia menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah mulai Jumaat lepas untuk tempoh selama tiga minggu.-Bernama.

Kalau Kartika berhutang dengan Nazri RM10 dan tidak mahu membayarnya maka Kartika bersalah dengan Nazri.Jika Nazri halalkan hutang Kartika dan kata tak perlu bayar maka Kartika tidak lagi berdosa dan bersalah dengan Nazri. Sekarang ni dosa minum arak Kartika tu bukan dengan Nazri dan bukan dengan manusia lain tapi dengan Allah SWT.Layakkah Nazri, layakkah kita manusia yang lemah buat kerja yang dibuat oleh Allah Taala?Siapa kita disisi Allah SWT?

Moga Allah ampunkan dosa Kartika dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang melakukan dosa kecil dan dosa besar kepada-NYA

Wallah hu a'lam
Berkaitan-Peguam Muslim bantah Sultan gugur hukuman sebat Kartika-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. salam...

    mga kisah kartika ini menjadi pengajaran kepda remaja dan dewasa yg galak tanpa segan meneguk arak yg haram lagi memudaratkan diri..mga Allah sentiasa memberi petunjuhk dan hidayah kepada hambanyayg menharap pintu taubat..wawahua'lam

    BalasPadam